Saturday 13 October 2012

Malang tak berbau - Aleesya injured!

As salam...

Dah masuk dua minggu dah.. Saya masih terasa kesal dengan ape yang telah berlaku. Mungkin tiada apa yang perlu dirisaukan..tapi, sebagai seorang ibu, saya rasa sangat guilty sebab that things shouldn't happen. Apapun, taknak kesal sampai tak boleh pikir nak menyelesaikan masalah, so positifkan diri ingat kemalangan kecil boleh berlaku tanpa kita tahu bila. Lebih baik tumpukan perhatian pada yang sedang berlaku dan precaution seterusnya.

Apa yang cedera tu?
Ok, ibu jari kaki Aleesya je.. Tapi, as a little child, it seems worst enough. Ini pun saya terus berjaga malam (sekarang dah pukul 4.11 am) sebab Aleesya mengerang kesakitan lagi. Actually, hampir seminggu dah Aleesya tak mengadu sakit, tiba-tiba malam ni tak henti dia menangis. Mungkin luka dia dah nak kering, jadi kulit tertarik dan mula berdenyut-denyut.

Teruk sangat ke?
For me, teruk juga..tiap kali nak dressing luka dia, saya pun nak pitam..

Apa yang berlaku?
2 minggu lepas, saya buat bihun sup untuk breakfast Aleesya. Bihun is one of her fav...
Saya letak baki bihun yang dah siap celur dan tos kat dalam mangkuk kaca yang kalau jatuh tak pecah tu, memang kebal mangkuk tu, berat pun macam kereta kebal! :p
Then, after lunch (lunch nasi n lauk lain) tiba-tiba Aleesya kata "hungry la mummy..." Aik? tadi kan baru je habis makan nasi.. Kebetulan adik Aneesa baru bangun tidur. Selalunya saya suap lunch Aleesya n Aneesa sekali, tapi hari tu jadual tidur Aneesa tiba2 lari. Time kakak makan, die tidur pulak.. Jadi, adik Aneesa bangun je saya nak prepare makanan untuk adiknya pula la.. "kejap ye Aleesya..mummy take adik jap."

Tiba-tiba....Kedebubbb! "UwaaAaaaaaa......."
Mangkuk berat tadi jatuh! tapi tak pecah..tengok kaki Aleesya kuku dia dah kaler merah..mangkuk tu jatuh betul2 atas ibu jari dia. Ibu jari Aleesya berdarah dalam. Internal bleeding. Meraung tak henti dia. Panic!
Ok, saya cuba bertenang sambil menenangkan dia..Aleesya tetap mengerang. Memang saya tahu AMAT SAKIT! (Alangkah kalau jari kita tersepit sikit pun berdenyut-denyut tak ingat kan..ni pulak sampai terus serta merta nampak darah dalam kuku, internal bleeding!) Ibu jari kaki Aleesya yang cenonet tu nampak sangat sakit.
(Saya letak mangkuk tu kat kitchen bench..biasanya Aleesya tak pernah ambil makanan kat situ sendiri. Kat meja je die akan ambil sendiri. Paling jauh pun, dia akan ambil kerusi plastic kecik die untuk jengah ape ada atas tu je.. Tapi mungkin kerana sebab dia nak sangat bihun tu, dia tarik mangkuk tu terus yang agak jauh dan tinggi tanpa guna kerusi pun...alahai.. )

Ok, pendekkan cerita..(panjang pulak..korang skip2 je la baca2 ni. Saya just nak buat catatan untuk Aleesya n family in the future nanti :p) Jadi, EXTRA belaian untuk Aleesya sejak saat itu..
Esok petangnya baru bawa pergi klinik. Doctor kata "takde ape.., nanti luka dalam tu akan baik sendiri dalam 3-4 hari..) just bagi cream antibiotik, ubat telan antibiotik n ubat tahan sakit...
 Daddy google tentang kes2 yang lebih kurang, ade yang docter cabut kuku kaki untuk heal luka dalaman tu..tp docter tadi tu kata tak perlu. Antibiotik dah cukup untuk elakkan bacteria membiak.So, tak bernanah and luka akan baik sendiri.

Then, keesokkannya..... keliling kuku Aleesya membengkak. Mengerang sakit jangan cakap la.. Ubat tahan sakit n psyco je untuk kurangkan kesakitan Aleesya.
Dan...semakin membengkak. Macam nak meletop! bengkak tu warna merah gelap..
Weekend keluar jalan-jalan bawa Aleesya. Kurangkan stress dia yang kesakitan tu. Tapi, memang EXTRA care untuk Aleesya. Balik tu, kaki Aleesya terlanggar daddy. Dah bleeding! banyakkkkk...tak henti darah dia. Mummy nak pitammmmm~ SO, daddy uruskan..mummy pantau dari jauh.
Daddy suspek darah yang kotor.. tapi, mummy rasa tu darah fresh! means luka dia kat dalam tu, maybe betul2 kena urat dan darah tak berhenti. Tu yang bengkak semacam nak meletop tu.
Ok, darah tak berhenti..tidur malam tu kaki gantung kat atas. Kurang sikit..time tidur lama2 takde darah keluar dah. Esoknya nak bawa gi klinik lain pula.
But, daddy work. Tunggu daddy balik sebab jaga exam. Pagi tu macam dah tak darah dah. Aleesya pun main macam biasa (tapi tak seaktif biasa la..) Then, bleeding lagi. Nak pitam mummy...~ daddy takde, harus kuatkan diri uruskan luka Aleesya.. Curahhh minyak gamat n gantung kaki dia sambil tunggu nak bawak gi klinik.

Daddy balik je, segera ke klinik..
Doctor tengok..doctor pun ngeri tgk jari Aleesya. Then, doctor selesaikan...
Doctor tekan luka tu, bagi darah yg kat tempat bengkak tu surut. then, letak ubat kuning n bandage.
Pesan dokter, "Luka ni internal. Suppose bila jadi macam ni, pun kena tekap ketat2. Macam kita kalau luka biasa, kita terus tekap kuat supaya darah tak mengalir kuar kan. Jadi, yang ni sebab darah xde tempat keluar, tu yang bengkak semacam."
Oooo..ok dokter. Take note!
Time dokter uruskan kaki Aleesya, daddy la layan Aleesya untuk alih perhatian dia. Kalau saya buat time tu, mesti Aleesya dah meraung. Dengan dokter dia sopan sikit.. Yela, tindakan Aleesya dengan mummy sndiri and dokter/ orang lain mesti tak sama kan. dan..Dokter bg ubat kuning and bandage. Mummy la kena dressing luka aleesya hari2. Pitam!~

Nak letak gambar jari kaki Aleesya yang cedera tu, macam tak mampu je. Saya tengok pic tu pun nak pitam..haha (tak habis2 dgn pitam..nak buat mcm mana, ngeri...tapi, saya kuat!boleh tolak tepi pitam saya ni untuk anak tercinta.. ala2 je nak pitam..) If tepek pic yang berdarah-darah tu, takut korang yang pitam pulak. Saya letak pic kecik yang tak bleeding lagi time tu je la.. :p
Pic bawah dari kiri, jari ibu hari kedua injured; kena bungkus nak bawa ke klinik sebab dah bleeding; ibu jari bengkak tepi kuku.

Huh! terpanjang pulak..
Sampai sekarang, for Aleesya is EXTRA good care, attention, patient, belaian..kesian anak mummy dan daddy ni. Mummy minta maaf ye sayang.. mummy tak sangka perkara macam ni boleh berlaku..

TAMAT!

p/s: Selasa lepas, 9hb Oktober birthday ke 3 tahun Aleesya. Tak sempat nak buat entry tu sebab pic tak transfer lagi dari camera daddy.. nanti update. Wassalam..




 

11 comments:

sal ya said...

dah lama tak datang sini. banyak blog tak visit lagi. tambahan pulak alya demam. kes terlanggar scooter snd dan bengkak pehanya. apa pun harap aleesya ok2 je.

MAY said...

wah..sakitnye!!!!!klu jari sy terkepit tk bengkak pun mlut ni da mcm pe mnjerit.lg si kecik ni..ish!

MAY said...

wah..sakitnye!!!!!klu jari sy terkepit tk bengkak pun mlut ni da mcm pe mnjerit.lg si kecik ni..ish!

wantie said...

patut le sunyi je blog kamu. saya email nak order cheesy tu pun tak berbalas. tak pe faham.. faham..

Aleesya saya pun suka sangay gagau barang barang kat atas meja. lepas tengok kuku Aleesya kamu yg hitam legam tu, memang kena hati hati le lepas ni.

kalau saya jadi kamu pun akan rasa guilty gak. tapi bila kita pay more ettention, rasa guilty tu akan berkurang. tul tak?

semoga Aleesya kamu cepat sembuh yer.

insan_marhaen said...

alahai siannya Aleesya...lebam kukunya... Takpe lah Aleesya ini salah satu pelajaran dalam menempuh hidup..kesakitan itu sebahagian yg akan mewarnai kehidupan kita ye NAK...Aleesya seorang anak yg kuat..

adyna AB said...

aduh kesiannya..memang kaki nye kecik lagi lambat baik memang risau kan ;)

tc ye aleesya ;)

achik dina doa dr jauh ye

Aty Fared said...

Mmng bc pon rase nak pitam..ley rase kesakktan tu...sian aleesy..sy pernah kene mcm gu ms kecik2 gak..tp sy sampai kuku kaki hujung kecik tu tercabyt sbb lnggar batu besar..sy tak ingt ape sy rase..tp sampai skrg kuku tu tak berape nk ade..kat jari dan kwsn kuku tu hitam skt..seb baik jari tu kecik jer..jd tak perasan sgt..

fieda said...

salam....lama betul kak fieda tak jenguk sini..ngilu plk tgk kaki aleesya tu...hrp sihat2 aje ye..

Mimie said...

ngerinye....tak sgup nak tgk pic nih...smoga cepat sembuh...

IntaNBerliaN said...

walaupun pnjg, sy bc sampai hbs.. kalu sy pun ngilu tgk... bgkak betoi yer.. sian aleesya..

ZieMarziah said...

adoiii sakitnya..kalau sy tersepit pintu pun berair bijik mata ni kan plak samapi bengkak mcm ni..kuat ye aleesya mummy nak pitam tu hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...