Saturday 16 March 2013

Shopping ekspress dengan mummy

As salammualaikum.. :)

Isnin minggu lepas, 11/3 harijadi cousin Aleesya. Sebab kenduri kesyukuran agak mengejut gitu, jadi present pun mummy nak cari mengejut jugak la..

Lepas ambil Aleesya skool, terus gi jusco. (eh, saya belum cerita lagi skool Aleesya yang baru di Melaka ni..ye la, lepas pindah sini, tak berapa nak update blog kan..kikiki :p) Kat melaka ni, jarang saya bawa anak anak sendiri keluar, bukan apa, sebab bila duduk di rumah mil, rasa macam lain sikit perasaan nak keluar rumah. Kadang nak gi pos ofis hantar barang pun serba salah. Harung je laa..hikhik.

Ok, taktau nak beli hadiah apa sebenarnya. Kalau boleh nak cari yang bermanfaat, yang memang akan digunakan bukan dibuang buang.. Nak beli buku, cousin Aleesya baru 2 tahun. Mainan? Ala..nanti campak campak rosak (melainkan yang mahal berkualiti, over bajet pulak). Last last asa nak belikan soft toys je. Lagipun dah janji nak belikan soft toys fish untuk Aleesya juga.

Bila settled cari hadiah, nampak sale baju kanak kanak. Biasalah, bila dah jadi mak mak ni, pantang tengok baju untuk anak. Baju sendiri dah tak terbeli. Memang ingat nak cari seluar saya sebab banyak dah longgar. Longgar sebab rasa macam saya makin slim, bukan sebab seluar lama kembang.haha.. Yer2..saya dalam misi untuk menaikkan berat badan, bagi solid balik sebab bahagian perut buncit dah berjaya kempiskan. (ehh..dah tercerita bab lain pulak) ok, sudahnya tak beli pun seluar saya, tapi beli baju untuk Aneesa. Sebab bila shopping dengan anak anak tanpa daddy nya mana nak dapat nak try dalam fitting room bagai kan. Takpelah, lain kali gi beli. Bajet pun dah lari sebab dah beli baju Aneesa.

Sempat layankan anak main kereta masuk duit syiling token kejap. Aleesya minta masuk dalam kids zone, tapi maaflah aleesya, lain kali ye. Kita nak shopping pantas. Kemudian belanja Aleesya dan Aneesa makan ais krim sebab dah janji dengan Aleesya bila dia baik batuk mummy belikan ais krim besarrr... :) tapi bila besar, mummy la tukang perhabiskan aiskrim..hahah :D


Sempat juga beli donut, roti hot dog, dannnnn...cheese cake span ni. Lama saya teringin nak makan tau. Dulu masa kerja kat uitm, ada pakcik tu jual tiap tiap minggu, terbaikkk. Saya memang customer tetap dia la..hihi. Tapi dah tak kerja ni lama la tak beli. Pastu member kata pakcik tu dah tak jual dah (mesti pakcik tak jual sebab customer tetap pakcik ni dah takde kan..sob..sob. Mana mau cari pakcik ni??) okeh..alternatifnya saya selalu beli cheese cake kat tesco tu. tapi bila cari sekarang ni dah takde la. Tak jual lagi agaknya..kenapa??kenapa?? Last, ni belila yang cenonet kat La Boheme tu. Tapi rasanya memang kurang best..tak menusuk kalbu. Tapi boleh la lepaskan gian..hihi. :p

Ok, balut hadiah cousin..hadiah untuk Aleesya mesti ada juga. So, balut je la fish dia tu. ;) kakak customer service yg tukang balut tu layankan je la sebab mmg sah sah tau tu hadiah Aleesya yang berdiri depan mata tunggu hadiahnya dibalut. ;p


Selamat harijadi Amani! Takde gambar snap pulak masa kenduri. :p







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...