Wednesday 12 June 2013

Sawan Stoberi at Cameron Highland :p

As salammualaikum w.b.t..

Lama rasanya nak pergi Cameron tak tercapai capai. Bukan apa, best kan sejuk sejuk kat atas nun, segar je banyak pokok-pokok, boleh makan fresh strawberi puas puas, luas saujana mata memandang kehijauan ladang teh..

Saya pernah pergi dua kali ke Cameron. Satu trip masa study ke BOH. Tapi tak gi mana, gi BOH dan balik..huh! Umur masa tu 19 tahun..wakaka. Gambar? ermm..mana nak godek ntah. 
Kali kedua, camping Kesatria Negara UiTM. Yang ni memang selebet je saya, tapi comel. kikiki..takmau kalah jugak :p So, sejuk je dapat time ni..uhuh!

Teringin gak nak dating2 dengan boipren kat Cameron. Tapi apakan daya takde boipren kan..haha. Pastu bila ada suami, ingat nak jugak merasa honeymoon kat cameron, tak dapat gak sebab honeymoon dah di plankan di tempat lain.hihi.. 

Bila ada anak seorang (Aleesya).. belum kesampaian juga nak ke cameron. Sampai lah ada Aneesa..
haaa..baru je dapat ke cameron, pada 12/6/2013. Tu pun last minit lepas konvo my hubby. :)

Kebanyakkan hotel dah full booked. Jadi, kami ambil keputusan ambil Hotel Titiwangsa, CH. Ok la..takde la hotel mewah, tetap selesa. rm188 dengan siap buffet dinner (steamboat, 6pm-10pm), dan buffet breakfast. Cuma....hmm, bab shower bilik air kitorang tak bape nak gembira. Air keluar macam ikut ombak gitu, kejap laju, kejap slow, kejap panas, kejap sejuk..dah la kesejukkan kan?tak nak mandi je rasanya..kikiki :p

Kami sampai ke Hotel dah malam..pukul 9:30 pm macam tu, sebab jem bila dah nak sampai. Urrghhh..memang penat amat. Rupanya jem sebab ada pasar malam kat sana kan. Ramai yang park sesuka hati tepi jalan menghalang perjalanan. Padahal, lepas pasar tu jalan clear je. Takpe..takpe. Menguji kesabaran je tu.hihi.. Sampai 9:30..gedebuk gedebak check in, mandi, siap siap untuk late dinner steamboat kat hotel tu. Nasib baik sempat, pukul 10:00 pm dia tutup. So, lagi 15 minit, memang kami makan laju laju.hihi.. sayur salad kat situ, perghhh! segar sangat! rangup n sedap. makan fresh je..tak sampai hati nak celur dalam sup steamboat sebab sayur die rangup sangat..hihi. :)



Di pagi hari.. Mummy semangat bangun nak pergi ladang strawberi. :D Awal bangun..cuaca sangat sejuk dan nyamannnn...~ :)
Pergi breakfast dulu kat hotel..sedap jugak. Puas hati :) :)

Then, pergi cari ladang stoberi. Tapi, time kami pergi ni, bukan waktu menuai. Stoberi banyak baru kuar putik je.. Kempunan nak petik stoberi sendiri tau.. :( takpe..gambar je la dengan seketul dua stoberi yang masih kat pokok.hihi.. :)








Mummy n kakak Aleesya, macam kena sawan stoberi. Excited woooo... :D Fresh Strawberry, Coklat Strawberry, Ais krim strawberry, dadih strawberry, semua strawberry! Adik Aneesa nak cuci stoberi je sbb nampak mummy cuci macam best. pastu paksa2 suap mummy makan jugak stoberi.. :p
Jom tengok Keek nak layan Stoberiii.... :) *sila tutup sound hot.fm widget kanan atas tu utk suara yg clear kat video keek..(sbb record tak betoi sgt, mic hp tak clear, jadi suara video ni perlahan.. ;p)*




Then, kami tak pergi mana pun lagi.. Sebab daddy tak sihat. Demam sebab kesejukkan. (camne next time nak gi main snow kat oversea ni..sejuk cameron pun dah  tak tahan.hihi...)
Dah janji nak bawak Aleesya pergi tengok butterfly, bird, tea field, flowerssss..belum kesampaian. Entah bila dapat datang Cameron lagi.. in shaa Allah nanti kita pergi lagi yeee.. :p

Hasil dari fresh strawberry..nak resepi? [klik sini]

1 comment:

Ratu Hatiku said...

Bestnya....stoberi.. :D
Dah lama x kesini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...