Sunday 21 July 2013

Oh..artis!

As salammualaikum.. :)

Dua hari lepas, saya rushing nak pergi jumpa kawan. Then, singgahlah Mydin Ayer Keroh nak beli vitagen sebab Aleesya dah berapa hari minta, tapi saya tak sempat nak beli. Nak topup beberapa groceries juga. 

Time tengah nak ambil troli tu, tetiba nampak ramai pula yang beratur. Ingat ada promosi hebat.hahaha..
Rupanya Lisa Surihani nak datang..meet n greet dgn duta Garnier.. :)

Ohhh..takde la kisah sangat. Walaupun mmg suka tengok Puan Lisa Surihani, tak pernah pun mengharapkan akan berjumpa dgn dia.. (ececehh..dulu2 zaman muda pernah gak masuk contest lip ice konon2 nak hi-tea dgn Lisa Surihani tu..hahah. Berangan je kan konon dapat jumpa! :p) lagipun, tak sanggup nak serbu dengan hangkut anak2 kanan kiri dgn gendong lagi. 

So, time ni dpt tgk live dari jauh je la kononnya...kikiki. Tengah tengok barang, Lisa pun sampai..

Sempat la snap tapi tak nampak muka.hahah.. Aleesya cakap.. "Mummy, sape tu kakak cantik yang tak pakai tudung tu? Macam dalam telivisyen tu je.."
Haha..aleesya pun tau rupanya.. Saya pun ye la, layan aleesya borak2. Tak habis2 dia ulang 'kakak cantik tak pakai tudung' dgn suara yg kuat sambil makan choki2 time puasa ni..hikhik. "psst..aleesya, jgn la cakap kuat2 tak pakai tudung tu. Ckp aunty cantik je.."hihihi..kebetulan kat cashier.. Kakak cashier tu pun tak pakai tudung..nasib lerr.. :p maaf ye..anak saya mmg berterus terang. 

"mummy..aleesya pun nak take picture dgn kakak cantik tak pakai tudung tu.."
Alamak! Aleesya dah request sbb nampak semua org gi ambil gambar. Adoyaiii..dengan ramai orang, dengan mummy muka baju tudung semua selebet. Uwarrrgghh... Takpe..takpe. Kerana anakku..

Kebetulan lepas bayar, org beratur nak autograf dah sangat susut. Tinggal bape ketul je..mungkin sbb rezeki Aleesya nak ambil gambar. Jadi, mummy pun pasrah gi ambil gambar dengan tak sememeh je rasa..dgn langsung tak pakai apa bedak pun...*kalau tau, i touch up tau sebelum kuar hari ni.. :p


Tapiiii...aleesya dah depan mata dgn lisa, mula lah dia maluuuu...aisehhh..aleesya ni. Takkan nak patah balik kan. Tangkap je la gambar..


Ok dah..tak nak tengok gambar ni lama2. Nangis tau tengok. Uwaaaa...Betapa contranyer diriku bila ambil gambar dengan orang cantikkk! *pasrah...
Subahanallah..Lisa Surihani mmg cantik :)

Ok, tak boleh lama nak tatap wajah cantik..sebab lepas tu saya rushing nak pergi poslaju, hantar barang Shaklee.. Takmo lewat2 sebab nak balik tolong MiL siapkan juadah berbuka puasa. :)

Wslm..








1 comment:

Bunda_nora said...

Assalam,

wah! dah jumpa face to face dengan lisa ye...best nyer...

SALAM RAMADHAN dari bunda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...