Wednesday 10 July 2013

Selamat hari lahir suamiku syggg.. :)

As salammualaikum..

Semalam 9 Julai hari lahir my hubby yang ke-30. Kali ni, tak dapat nak sambut betul2, makan luar ke, atau buat special kek. Bajet nak diperuntukkan utk bahagian yang lebih memerlukan, belanja harian dan persiapan rumah pre-impian kami, in shaa Allah.

Tapi, saya dan anak2 tetap nak buat sesuatu sebagai moment yg boleh diingati dan sebagai tanda dihargai penuh kasih syg..hihi.

Apa plan simple saya?
- Triffle
- aiskrim goreng
- handmade wishes card

Elehhh...tu je ke? Uhuk..uhuk. (-_-')
Ye la..tu je yang mampu buat setakat ni. Lagipun hari ni dah start puasa kan. Nak makan luar malam tadi macam ak sesuai sebab nak pergi tarawih. Jadi, perlu dulukan yang lebih penting semoga kita semua diredhai Allah, in shaa Allah.

Ok..jom tengok gambar antara proses persiapan.

Ok..tu je. Walau nampak simple, gigih juga saya nak menyiapkan dalam masa yang singkat. Sebab tengahari tu kelam kabut nak jumpa customer COD barang Shaklee, pastu terus beli barang, balik ambil Aleesya dan Aniq sekolah tadika, then balik runah siapkan makannan tengahari anak2, pastu baru terhegeh2 nak prepare triffle dan aiskrim goreng dengan 'bantuan' princess2 saya ni..fuh..fuh.. *kesat peluh*

Pastu dah siap part makanan, siapkan wishes card.. Mmg costless.haha.. Guna barang2 yg mmg dah ada kat rumah. Water colour Aleesya, marker..siap!
Then tidurkan anak, baru saya pun dapat rehat sikit.. zZz..

My hubby balik petang masa tak menentu. So kelam kabut juga baru nak goreng aiskrim tu, nak nyala lilin bagai..haha. Sampai lupa sesi penyampaian wishes frame tu.hihi.. 

"selamat hari lahir suamiku...moga sayang panjang umur, sihat sejahtera, dilindungi dan dirahmati Allah, berjaya dengan cemerlang dunia akhirat..moga kasih sayang kita sekeluarga berkekalan hingga ke syurga..amiiin"

P/s: selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat.. Maaf atas segala kekhilafan. Moga ramadhan memberi segala kebaikkan dan manfaat, in dhaa Allah. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...