Tuesday 14 October 2014

Gathering Baby Wearing Melaka & N9

As salammualaikum wbt.. :)

Sempena INTERNATIONAL BABYWEARING WEEK Oct, 5-11, 2014, Group Melaka & N9 Babywearer buat gathering 'Let's Walk The Babywearing Love!' pada 10.10.2014, last Friday di Taman Bunga Raya, berhadapan dengan Dataran Pahlawan Mall.

Saya memang teringin sangat nak join, Babywearing ni ilmu baru yang saya kenal masa pregnant nak masuk anak ke-3. Lambat saya tau tentang babywearing yang betul. Takpe, better late than never! :p

My hubby tak cuti Jumaat tu. Kalau kerja kat Melaka cuti la, sebab 10 Oktober tu public holiday melaka, TYT. Nak buat macam mana, buat masa ni masih kerja di Nilai, 2-3 hari sekali baru dapat balik. Moga ada rezeki in shaa Allah my hubby dapat kerja yang molek2 kat melaka ni..amiiin. :)

Ok, sebab my hubby kerja..jadi saya tak confident nak drive ke sana. Tak pernah drive sendiri area sana. Eh, pernah sekali sebab nak jumpa customer shaklee..terpaksa pakai GPS, tapiiiii sesat jugak! So, agak fobia la gitu jadinya.. hadoi.. :p

Teringin yang amat sangat. Jadi, whatsapp my hubby tanya pendapat. My hubby support. So, masih lagi terkial2 saya siap pukul 3 ptg tu. Agenda start 3 petang, tapi pukul 3 masih kat rumah..derrr...
Tumpang Aleesya dan Aneesa rumah MIL..hihi. Thanks ibu! :) ♥

Sampai lambat, tapi tak sesat..nak balik masih sesat.hahahaahha :D takpelah..hajat nak join gathering tu tercapai. Alhamdulillah. Ramai sangat sweet mommies! Seriously best.. :) :)


Ni kak Izam, sifu babywearing dari Baby Ultra. Shop beliau kat Bangi. Siapa kat sana nak try babywearing pergi la terjah ye. Thanks kak Izam ajar saya pakai wrap. First time lilit wrap. Best betul pakai wrap ni rupanya, tak tipu! hihii..

Berkenan dengan corak ni..hijau. Harga..untuk saya first timer, erkkkk...tercekik kejap. haha.. Tapi berbaloi...




Then, raba-raba wrap lain-lain yang semua sweet mommies share kat sana. Longgok banyak kat tengah. Inilah masanya royan dengan wrap!hihi.. Sila abaikan jika muka saya tak bape nak gojes time ni..haha. Ape mekap pun tak sempat pakai..kalut je. :p

Next try Soft Structure Carrier (SSC) brand Manduca. Price rm500++. Serius..yang ni memang selesaaaaaa betul! Tak rasa langsung berat baby! mudah pakai pulak tu....whoaaaa..termimpi-mimpi saya dengan SSC ni tau!


Pakai lagi wrap lain. Wrap Fiesta. Try pakai sendiri, memang belum kemas lagi, belum expert katanya..haha. Material lain sikit dari yang hijau tadi. For me, yang hijau tu lagi best. tengok harga la kann. (ape nama yang hijau tu eh? i lupaa..kikiki)

Baby Muhammad sampai terlelap-lelap layankan mummy dia meroyan dengan wrap dan ssc. Memang ramai baby tertidur dengan sendirinya dalam babywearing, sebab baby selesa sangat. Dah macam ada sleep dust. hihiihi... lambakkan je baby Muhammad yang tengah lena tidur tu dengan lambakkan wrap. Wah, lena betul tau dia tidur, sampai saya pergi solat asar pun tak bangun lagi. Penangan wrap dan scc. Mesti baby Muhammad pun tengah termimpi-mimpi babywearing tu juga.hahaha...

Sebab royan terlebih, saya lupa nak snap gambar potluck yang dibawa mommies. Sedap-sedap belaka. Kenyang tahap takyah dinner dah.

Dah nak balik tu, agenda seterusnya Heritage Walk. Mommies berbabywearing jalan kat bangunan merah tu. Saya taknak join sebab malu.. ye la, saya takde babywearing yang proper lagi, yang ada pun DIY ring sling yang banyak berjasa setakat ni.hihi.. Ok, jom layan gambar je la ye. :) Most photo credit to kak liza hasan. Thank kak!





Thanks to all babywearing sifu and all sweet mommies for your great sharing. Keep spread the love and positive vibes on babywearing mommies!


#ibw2014




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...