Monday 1 December 2014

Apa rasa Gingerbread Man Cookies?

As salammualaikum wbt.. :)

Pernah dengar gingerbread man kan? Alaa.. Kalau new year 25 Disember kan diorang yang menyambut krismas, mesti ada biskut gingerbread ni. They all akak decorate buat bentuk orang, tongkat, pokok pine..kan? kat dalam movie Shrek pun ada..GINGY!

Semalam we all pergi Aeon Ayer Keroh, survey something. Macam biasa memang akan drop by beli roti kat La Boheme. Masa dah nak bayar, terpandang GingerBreadman ni.. Wahh..comel. First time dapat sentuh secara realiti (tapi dia dah bungkus dalam plastik la..hihi).


Jadi, saya nak grab la untuk Aleesya dan Aneesa. Mesti anak-anak suka dan excited tengok gingerbread ni (excited mcm mommy jugak..kikiki :p) biasanya Aleesya dan Aneesa hanya tengok Ginggerbreadman dalam tv, dalam lagu kat tab/phone apps je.

Tapi, saya grab satu je. Sebab seketul 50g ni harganya dah rm3.30. Lagipun tak tau sedap ke tak or anak-anak boleh terima ke tak kan..sebab flavour halia kan.. Nak beli 1 ni pun asa ragu-ragu. Tapi takpe, kalau anak-anak tak habis, saya lah yg habiskan. Semua benda saya makan tak tolak, kecuali batu kayu dan rebung n siput sedut je tak pandai makan.eheheh.. :p nak beli apa-apa, saya suka tengok ingredient dulu.. ;)

Share la dua beradik ni.. Baca bismillah. "Sedap la bau diaa.." Nampaknya ala-ala boleh diterima.


Aleesya gigit kaki kanan gingerbreadman, Aneesa pula gigit kaki kiri. Alhamdulillah... "Mmmmm..sedapnyaaaaaaa"
Saya minta sikit nak rasa sebab memang teringin nak tau macam mana ia rasa. Iye, memang sedap! :) terus save senarai ingredient tadi sebab terfikir rasa nak buat cookies ni sendiri. Hihihi.. 



Nak review macam mana rasa biskut gingerbread man ni.. Rasa savory yang just nice combination. Ginger rasa yang lite je..sangat ok dan fresh. Then, ada cinnamon, bau cookies ni sangat harum. Cookies ni tebal sikit dari biasa. Tapi tak keras. Nak kata ranggup, tak sangat. Bit crunchy outside yet slightly chewy. Moist.. Perghhh..flavour n texture memang macam kena je dengan selera saya. Ia bukan cookies rapuh yang melt in the mouth. So, kalau anak-anak makan memang tak sepah, sebab biskut ni kental n teguh, tapi lembut just nice. Comel sangat rasa sayang nak makan. Hahaha.. Ok dah. 

Semalam dapat gift from husband. Alhamdulillah.., One in my wishlist. Tadaaa... :)

Cuba teka apa di dalam. Ok, nanti dah guna toy dalam kotak tefal ni, i buat review ye. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...