Tuesday 17 February 2015

Bekal Makanan Anak - BENTO

As salammualaikum wbt.. :)

Mood BENTO dah datang. Saya memang suka decorate untuk anak-anak walaupun tak kreatif sangat.haha.. Dari sejak Aleesya kecil lagi dah start buat sikit-sikit bento ni, tapi memang hentam kromo je..tak tau apa yang patut diguna, apa yang sesuai. Tapi...sekarang dah anak 3 ni, terjebak dengan BENTO semula. Gara-gara terjumpa dengan group Kelab Bekal/ BENTO kat facebook, semangat membuak-buak sekejap. Mommies kat sana hebat-hebat berbento belaka, tak tertanding saya.



Tahun ni, Aleesya dan Aneesa dah start ke halfday sekolah (PASTI). Saya memang suka bawakan anak-anak bekal, sebab saya dulu masa kecil pun mak abah dah biasakan saya bawa bekal(walau kadang bawak nasi, kicap dan telur goreng je..alhamdulillah tu pun dah syok sangat! :)). Saya suka..sampai satu tahap saya tak tau apa yang ada kat kantin, tak tau macam mana prosedur nak membeli.hahaha.. :D

Kat sekolah PASTI Aleesya Aneesa, memang ada sediakan makanan. Untuk hari Isnin, Rabu, Jumaat - makanan kuih-kuih atau biskut. Selasa dan Khamis baru berat sikit macam mee or nasi lemak. Aleesya Aneesa tak berapa makan pedas-pedas..jadi saya ambil keputusan, bawakan je bekal hari-hari. So far, masih bawakan bekal hari-hari walau tak seberapa. Saya buat tak ada la bento sangat pun, just saya rasa nak tarik minat lebih sikit untuk anak-anak makan atau memudahkan lagi diaorang nak makan.

Bekal yang saya bawakan yang simple je. Kuantiti pun tak banyak sebab anak-anak makan banyak mana je. Yang penting saya bawakan yang berkhasiat, bersih, cukup ada karbohidrat, buah, desert.

Antara yang pernah saya buat, macam gambar bawah ni. Tak ter-snap semua gambar hari-hari, sebab mummy dah kelam kabut nak siapkan semua. Mostly, baby Muhammad pun bangun awal, 'tolong' mummy. Jadi, memang sangat time limited.

Yang ni, keropok lekor. Pagi-pagi just goreng dan cucuk-cucuk je.
Marshmallow. Apples.
Versi cucuk-cucuk ni, saya ada juga buat untuk homemade nuggets. :)

Roti filling organic strawberry jem.
Biskut fish.
Buah pisang kaki.
Yang bawah ni belum beli bekas proper lagi. Pakai je apa ada.
Ada juga yang saya pakai bekas tau fu faa tu je. ;)
Ni versi "apa yang ada dalam dapur".haaha.. Bila stok tak berapa nak ada, makanya jadilah jemput-jemput
onion, potato and cheese... :)
Buah, apples.
Yang ni memang koboi. :p

Kadang bukan untuk bekal ke saya hias-hias makanan anak-anak, kat rumah kalau ada kelapangan masa sikit pun boleh je, in shaa Allah.


Baby Bunny with blankets.

Baby bear yang boleh duduk.

Buat saya naik semangat nak bekalkan anak-anak buah, sebab ada food picks yang comel-comel ni! Dah tambah hobby baru mummy, koleksi food picks.
Yang dalam gambar ni, first food picks.


Baru-baru ni dah grab food picks yang baru. Diamond theme. Adoiii..pening mummy. Asal nampak food picks je geram. Asal geram je nak terbeli! hahahha..:p

Ok, saya share ni je la dulu. Tak banyak gambar nak share sebab tak snap.
In shaa Allah next time sharing lagi ye. :)

Wassalam...

3 comments:

IntaNBerliaN said...

hheheh saya pun dah mula beli "aksesori" utk berbento ni haaa... sekali keluar beli 1... beli banyak terus kang pokai plak.. kikiii

Unknown said...

Tumpang tanya..kat mana beli aksesori bento ni ye?

Mommy_ima said...

@Jamalia Jaafar, kebanyakkannya saya beli kat Mr. DiY dan Daiso.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...