Tuesday 17 February 2015

Resepi Kek pisang BAKAR/KUKUS

As salammualaikum wbt... :)

Antara favourite saya masa kecik kecik ialah kek pisang. Sebab my abah macam selalu je beli kek pisang untuk meremah remah kat rumah. Dah diajar makan dari kecik, tentulah jadi favourite terus.hahahah..  Saya memang suka makan pisang pun. :p
Sebab dari kecik selalu makan yang beli je, tak pernah terlintas pun nak membuatnya. Lagipun, my hubby tak pandang sangat kek kek ni. Ada beberapa jenis kek je yang mampu menusuk kalbu dia. Yang lain, jamah sikit je (pastu nak sedapkan hati wife nya ni, cakap la sedap..kalau tak pun.. "Ummmppph..." je! Hahah..)

My MIL ada bagi pisang. Gemok gemok pisangnya. My bad memang tak kenal sangat jenis pisang, kecuali pisang tanduk sebab saiznya besar! Kikiki... My MIL bagi pisang belum berapa masak, jadi nak peram la sikit. Tapiii...terover peram dah sampai lebam lebam kulit..adoiii.. Ingat nak buat cengkodok je senang. Tapi, memikirkan saya ON DIET dari makanan deep fry (tapi dah ngelat makan ayam goreng seketul :p). Maka batalkan hasrat nak buat cengkodok. So, ingat nak buat lempeng je, pancake la kononnya. Tapi tak rajin time tu nak menunggu masak sekeping sekeping. Jadi, barulah tetiba terpikir nak buat kek pisang.

Lama saya buat research nak resepi yang mudah tapi sedap. (Haha..research la sangat, search google je :p)

Akhirnya saya pilih resepi dari blog Zana's Villa. Sangat best, mudah dan takkan pilih yang lain dah. Tapi saya adjust ikut saya agar lebih mudah lagi untuk saya. Terima kasih buat pemilik resepi kerana beri ilham. :)

RESEPI KEK PISANG

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
5-8 biji pisang
1 sudu kecil soda bikarbonat
Secubit garam
1/4 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
3 biji telur

Cara caranya:
1. Lenyek pisang dengan soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
2. Ayak tepung dengan baking powder. Tepikan.
3. Blend telur + minyak masak + gula.
4. Campur semua sekali. Mix well.
5. Masuk dalam loyang yg di griss untuk bakar. Saya saje saje buat 3 bahagian (bakar, muffin dan kukus).
6. Bakar atau kukus sehingga masak. Untuk bakar, anggaran 180degcelcius 25 minit (ikut oven masing masing ye). Untuk kukus lebih kurang 45minit.
Gambar: Yang atas tu bakar. Masa panas panas, crunchy di luar, gebus lembut di dalam..heaven! Bila dah simpan lama, luar tu dah tak crunchy, tapi lembutt je n kek makin moist.

Gambar...Yang bawah tu kukus. Gebus moist..lazat...



Mudah je kan?

Selamat mencuba! :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...