Saturday 30 May 2015

Homemade Chicken Popcorn

As salammualaikum wbt...

Cuti sekolah dah mula! Aleesya dan Aneesa last day sekolah sepatutnya hari Jumaat. Tapi kannn..last minit terpaksa cancel. Dah siap-siap, excited dengan pakai jubah cantik, dengan bekal makanan. Sekali mom nak buka pintu, mangga lock dah jammed! Stucked tak boleh buka..huwaaaa.

Dah la my hubby outstation. Kebetulan tak tidur rumah malam tu. Petang baru balik. Dengan sampah tak dapat buang kat tong besar luar, baju tak boleh nak sidai..aduhai. Tapi redha je, sebab pastu ada hikmahnya.

Ok, nak share bekal makanan anak-anak hari tu. Patutnya mereka nak makan kat sekolah waktu rehat. Tapi sebab tk jadi pergi sekolah, jadi breakfast je la jat rumah.hehehe..



Resipi Chicken Popcorn

Ayam bahagian isi
Telur 1 biji dipukul sikit (boleh letak garam secubit)
Breadcrumbs 
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Ayam dipotong dadu sederhana kecil (atau nak potong nipis ala-ala nuget pun boleh je).
Panaskan minyak.
Golek-golek dengan telur (kalau alergik telur, boleh bancuh tepung gandum sikit dengan air..just nak buat macam gam supaya breadcrumbs boleh lekat salut semua).
Pastu, golek-golek pada breadcrumbs, dan goreng hingga masak kekuningan.
Siap! :)

Simple, tapi sangat tidak menghampakan. ;) lebih sedap dari yang kita beli siap tu. Maybe sebab ayam ni extra fresh dari processed food kan..kan. ;p

Pastu nak sambung cerita tentang lock tadi. Aleesya dah 6 tahun, biasanya memang ada homework pada hari last untuk tugasan cuti sekolah. Kebetulan, jiran taman ni baru je jadi cikgu kat sekolah anak-anak ni. Jadi guru kelas Aleesya tau. Pastu cikgu yang baik hati ni dah siap-siap bawakan homework Aleesya. Balik sekolah terus singgah rumah pass homework. Kebetulan suaminya ada sekali. Jadi, tolong bukakan lock. Macam mana ntah digodam. Boleh pula buka. Alhamdulillah. Cikgu Aleesya tu risau kalau emergency kami susah tak dapat keluar rumah. Allah..terharu. Terima kasih kak noor a.k.a cikgu Aishah. :)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...