Friday 15 May 2015

Review Thermometer 4-in-1

As salammualaikum wbt.. :)

Hari ni beberapa barang saya beli online dah sampai. Antara salah satunya ialah thermometer. Saya beli kat Lazada. 

Place order hari rabu, jumaat dah sampai. Alhamdulillah. Actually dalam satu order tu ada 3 item, tapi 2 item je sampai dulu sebab lain company. 


Ni digital infrared thermometer 4-in-1. Dalam iklan lazada, backlight tu boleh tukar colour. Kalau green, ok. Yellow fever, red high fever. Tapi kannn... Yg saya dapat ni cuma ada green backlight SAHAJA. Hahah.. Tapi takpe..takpe. Yang penting ia berfungsi dengan baik, accurate. 

Kalau demam, suhu 38 degree celcius ke atas, disebabkan lampu backlight tak tukar, tapi ia ada muka smiley tu jadi 'sedih'. Then ada bunyi beep 2 kali. Ok sangat dah ni. 

Ni contoh gambar suhu demam sikit. Ada 2 muka smiley. Satu ok, satu sedihh.. Iyer..ni menunjukkan mom pun tengah sedihh sebab baby muhammad tengah tak berapa sihat. Tu suhu dia sekarang. 

Pakai thermometer ni ok juga. Sebelum ni saya pakai thermometer omron yang perlu masuk mulut atau letak dalam pelipat ketiak probe nya tu. Dan ia ambil masa nak dapat bacaan. Kalau thermometer 4-in-1 ni, letak dekat surface (contohnya dahi) tekan button sekali, satu saat je dah keluar result. :)

Boleh guna untuk check suhu dalam telinga juga. Buka penutup depan. Nanti ada probe yang boleh masuk dalam telinga. 

Yang saya beli ni, rm46.

Ada banyak harga berbeza tapi yang macam benda sama. Tapi mungkin ada perbezaan la agaknya. Entahlah..takkan saya nak beli semua sekali sebab nak tau perbezaannya kan. Takde backlight tukar-tukar tu, saya redha je. Small matter. Hihi.. Ni pun dah cukup. 

Harap membantu, sebab ada yang takut juga nak membeli harga murah benda ni sebab takut produk tiruan dan tak berfungsi. Sebab pernah baca ada yang beli barang lain murah sangat-sangat tapi tiruan.

Ok secara ringkas review tentang thermometer ni...

Yang best:

  • Ringkas, satu button je.
  • Ada lampu
  • Ada emoticon face (kalau suhu yang dah masuk area demam, ada 'sadness')
  • Result bacaan cepat, 1 saat je
  • Ringan
  • Ada memory bacaan result yang last.
  • Boleh guna untuk suhu dahi, telinga, dan persekitaran - 3 in 1.
  • Affordable.
Yang kurang best:
  • Lampu warna hijau sahaja, tak macam dalam iklan gambar.

Ok, sekian. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...