Saturday 28 February 2015

Berendam Air

As salammualaikum wbt... :)

Memandangkan cuaca sekarang panas, memang banyak duduk rumah je. Bahang juga dalam rumah. Rasa nak berendam je dalam air kan..heheh. :p

Semalam, my hubby off. So, sempatkan singgah rumah MIL. Lama tak datang sana walaupun dekat.hihii.. Hari weekend ni my hubby dah busy, ada shooting wedding kat Shah Alam. Jadi, hari Jumaat pun boleh la jadikan sebagai weekend untuk spend masa bersama keluarga. 

Petang tu, lepas pergi rumah MIL..my hubby dah janji nak isi air dalam pool kat rumah dengan anak-anak. Tapi my hubby kata, air tangki or paip sejuk sangat la..cuaca panas, tiba-tiba masuk sejuk sangat takut terkejut badan. 

So, last minute plan...my hubby ajak anak-anak ke kolam renang MBMB. Terus google tengok waktu jadual renang. 

5:45 pm sampai, tapi..belum bukak lagi. Rupanya jadual untuk 2015 baru tukar.


Jadi, kami pun tunggu la kejap sampai 6:15 pm. 

Memang excited masing-masing. Air kolam sangat best sebab warm je. Just nice suhu air tu, tak sejuk. Baby Muhammad pun first time dapat masuk kolam betul-betul. Biasanya swim dalam besen je.hahah..

Baby Muhammad dah masuk, taknak keluar okeh. Sampai kecut dia main air. Daddy la melayan. Saya tak masuk kolam sebab takde baju renang yang sesuai (hahah..alasan, padahal tak tau berenang! Takut air dalam..:p).

Ok, next time boleh pergi lagi. Tiket, berapa ye? Lupa nak tanya my hubby. Maybe rm3 je kot. Nanti saya confirm ye. 

Baiii... ;)
Wslm.

Thursday 26 February 2015

Bestfriend Saya Cikgu!

As salammualaikum wbt.. :)

Lately ni, Aneesa meragam kat sekolah. Asyik nak duduk dengan kakak Aleesya, taknak duduk kelas 4 tahun. Maka, terpaksalah berminggu-minggu jadi murid 'angkat' 6 tahun.hihihi..

Bila ditanya, kenapa duduk dengan kakak. Dia jawab, "takde friends nak duduk dengan adik..."

Alala..sedihnya. Tapi Aneesa kalau mula-mula belum kenal, memang pendiam. Kalau dah menangis...paling kuat.haha..maybe sebab nangis yang tak boleh dipujuk, cikgu 'serah' dia pada kakak. Menempel la dia dengan kakak. 

Semalam, saya bincang dengan cikgu minta pujuk dia duduk 4 tahun. 

Alhamdulillah..hari ni ok je. Tak nangis dah. Tapi duduk dengan cikgu! :)


Terima kasih cikgu sebab sudi jadi bestfriend Aneesa! 
Peace..bff forever..hihihi. 


Monday 23 February 2015

Resepi Homemade Chicken Nuggets

As salammualaikum wbt.. :)

Nuggets Homemade. Healthy. 
Puas hati! ;)

Walaupun rupanya tak cantik, tapi rasanya sedap! My dear daughters, Aleesya dan Aneesa pun setuju..hihih.

Dan yang penting, tiada pengawet, perasa atau pewarna tiruan. Aleesya ada sikit alergik dengan processed food, kalau makan banyak sangat, mulalah naik ruam gatal-gatal kat leher.

Resepi Chicken Nuggets by #zaimahbakar
(Hidangan 15 ketul comel-comel)

1 isi whole leg chicken atau chicken breast
3 sudu besar oats
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
1 biji bawang besar
2 ulas garlic
mix herbs
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1) bersihkan ayam, buang tulang, kulit dan urat muscle kalau ada. Then, blend..ketepikan masuk dalam bowl.
2) blend bawang besar, garlic dan telur. jangan masukkan air ye, nanti adunan lembik susah nak bentuk jadi nugget.
3) campurkan bahan yg blend dengan isi ayam kisar, oats, tepung, mix herbs, garam n gula. uli sebatikan.
4) bentukkam jadi nugget, golekkan dengan oats. (kalau ada breadcrumbs pun best. boleh search resepi breadcrumbs homemade dalam blog saya juga).
5) goreng dan hidang!

Kalau rasa banyak sangat nak goreng perhabiskan semua, boleh la simpan frozenkan. Bila nak makan baru goreng, senang! :)

Saya dah buat beberapa kali. Masa mula-mula buat tu kan, Aleesya makan seketul je pastu cakap, "dah mummy!"
Saya pun terkejut la kan..Sebab dia suka sangat, kenapa makan satu je. Lepas tu, saya  pun tanya la..

"Kenapa Aleesya tak nak lagi, tak sedap eh..."

"Sedap sangat...tapi, nanti kalau Aleesya makan banyak.....Alergik!", Aleesya jawab.

"Laa...it's ok. Yang ni mummy buat sendiri. Takde ALERGIK and healthy. Aleesya boleh makan banyak-banyak!"

Barulahhh dia makan dengan semangatnya.
Tapi bila dah tinggal seketul dalam pinggan, yang kat tangan tu dia pegang gigit sikit-sikit.
Tanya kenapa lagi, dah full ke?
Rupanya....

"Aleesya sayang nugget ni. Nanti kalau Aleesya makan cepat-cepat, habis!"

"Ya Allah..takpe, habiskan je. Nanti habis mummy buat banyakkk lagi ok sayang...."

Ok, selamat mencuba! :)
Saya buat banyak dan frozenkan. Yang ni bulat-bulat, cucuk kat lidi satay.
Bawakkan bekal Aleesya Aneesa ke sekolah. :)

Yang ni terOVERcooked.
Legam hitam sikit..ampunnn ye. ;P

Saturday 21 February 2015

Resipi Gingerbread Man Cookies

As salammualaikum wbt.. :)

Sebelum ni saya pernah post tentang anak-anak saya yang suka makan gingerbreadman cookies yang saya beli di La Boheme tu.

Jadi, mommy nya ni pun  gigih la search resipi yang paling best/ mudah untuk buat.

Saya pilih resipi dari website allrecipes.com.
Marvelous! alhamdulillah menjadi seperti yang diinginkan. Tak pilih resipi yang lain dah. ;)

RESIPI BISKUT GINGERBREAD



  •  1/2 cup margarine
  •  1/2 cup sugar
  •  1/2 cup molasses
  •  1 egg yolk
  •  2 cups sifted all-purpose flour
  •  1/2 teaspoon salt
  •  1/2 teaspoon baking powder
  •  1/2 teaspoon baking soda
  •  1/2 teaspoon ground cinnamon
  •  1 teaspoon ground cloves
  •  1 teaspoon ginger
  •  1/2 teaspoon ground nutmeg

Directions
In a large bowl, cream together the margarine and sugar until smooth. Stir in molasses and egg yolk. Combine the flour, salt, baking powder, baking soda, cinnamon, cloves, ginger, and nutmeg; blend into the molasses mixture until smooth. Cover, and chill for at least one hour.
Preheat the oven to 350 degrees F (175 degrees C). On a lightly floured surface, roll the dough out to 1/4 inch thickness. Cut into desired shapes with cookie cutters. Place cookies 2 inches apart on ungreased cookie sheets.
Bake for 8 to 10 minutes in the preheated oven, until firm. Remove from cookie sheets to cool on wire racks. Frost or decorate when cool.

Senang je kan?

Hasil dari saya... :)
Sedap!
Gingerbread BEAR dan Gingerbread BIRD!
hihihi.. :P
Selamat mencuba!




Friday 20 February 2015

De Rhu Beach Resort

As salammualaikum wbt.. :)

Entry dalam blog ni dah lompat-lompat ceritanya.. Yang pastinya semua dah lama berlaku dan berlalu. Sambil sambil saya belek koleksi gambar dalam henpon sambil delete mana yg tak perlu, jadi saya rasa nak update sikit sebelum terlupa. ;)

Kami sekeluarga dah lama tak bercuti bersantai. Jadi, mari kita mengimbau kenangan sambil tengok gambar-gambar lama..hehe.

Beach di sini unik sangat..ada makhluk yang sangat kecil comel di situ. SUbahanallah... :)
Pantai pun bersih sangat! We like!

30.08.2013, kami ke De Rhu Beach Resort, Pahang. Last minute booking, sehari sebelum..lepas my hubby booked, terus full dah. Memang dah rezeki..alhamdulillah. :) 
Tak rancang pun nak pergi bercuti jauh jauh.. (Takde lah jauh sgt..dalam negara lagi ni :p)

Asalnya adalah sebab my adik lelaki nikah.. Belah pengantin perempuan di Pahang. Actually, mereka ada siapkan homestay. Tapi oleh sebab family sedara mara rombongan dari pihak keluarga saya ramai dalam satu bas, jadi..kami pun decide nak booked homestay sendiri. But, my hubby yg lebih genius ni dapat cari tempat penginapan dan percutian yang sangat berbaloi!
Tak ingat la harga.. Rm200 kot (ye ke sayang??haha) utk 1 night, 2 tiket water theme park yg best!, 2 breakfast.. Permandangan pantai mmg cantikkk... Dan yang bestnya..pantai dia ada ketam yang kecik2 tu. Betapa excitednya my princess Aleesya dan Aneesa. ;)

My hubby kata..percutian kat De Rhu tu antara percutian yang sgt dia suka.. Santai je walau last minute punya plan. :) :)
Tq sayangggg..
Bilik standard biasa-biasa je. Tetap sangat selesa. :)

Sampai-sampai, semangat terus mereka nak mandi manda. Cuaca pun baik...
Water park yang lite je, tapi memang puas hati untuk melayan anak-anak.

Memang mandi sepuas hati.
Daddy pun jadi atlet perenang negara kejap.ahahaah.. :D
Nampaknya ex-lifeguard sedang beraksi di situ.

Keesokkan harinya. Breakfast.
Makanan sangat sedap. Alhamdulillah..

Ini lah makhluk ciptaan Allah kecil comel tu.
Ketam... Ya Allah... kagum kami.
First time Aleesya Aneesa pegang real and alive crab.
Aleesya cakap.."Aleesya rasa macam comelll je crab tu.."
Aneesa yang time ni 2years old pun ikut je apa kakak kata. :)

In shaa Allah...ada rezeki lebih boleh datang lagi... :)

sekian, wassalam..


Thursday 19 February 2015

REWARD family dengan Makan-Makan HOMEMADE

As salammualaikum wbt.. :)

Luruskan kaki dan pinggang....

Dinner semalam, buat makan-makan kat rumah. Jemput MIL, FIL dan keluarga SIL je dulu buat masa ni, yang lain masing-masing busy dan jauh sikit lokasinya.

Saya gembira dapat reward pada family dari hasil "bonus"..Shaklee, Homestay, etc.
Yang lagi best, seronok bila tengok orang makan yang kita masak dengan penuh berselera. :)

Apa MENU?

Western! My always favourite.. ;)

Actually my hubby tertengok iklan dalam Asian Food Channel (AFC) astro tu. Meleleh air liur tengok makanan western tu. Lama tak makan western. So, my hubby dah request nak makan. Request extra..nak jemput keluarga sekali. No hal la.. :)

Chicken Chop, gravy blackpepper, Pasta, Mushroom soup, Garlic Bread.

Sementara menunggu tetamu datang, nanti mereka tinggal tuang kuah je. :)
Boleh la... Masak tak ikut standard. Main campak-campak.
Ayam ada kecik ada besar. Ada yang terlebih 'chop'! Iyelah...saya belum expert buang tulang ayam..haha. Main hentam je. :p

Overall, sedap dan puas hati katanya.

Oh ye, gambar air tak sempat snap pula. Air kami malam tu, watermelon lychee juice! :)

Alhamdulillah...

Ada yang nak resepi ke? Semua homemade. Tapi tak ikut sukatan. Nanti saya throwback semula apa yang saya campak-campak ramuannya ye.hihihi.. Bila dah lengkap, saya paste dalam blog. ;)

Ok, wassalam...

Wednesday 18 February 2015

Rezeki ada baby FISH

As salammualaikum wbt...
Dua hari lepas, my hubby belikan new pets untuk Aleesya dan Aneesa. Kami decided belikan ikan.. Masing-masing dapat 3 ekor. Jadi total ada 6 ekor ikan. Ikan apa? Errrr...saya pun taktau.haahha..nanti saya upload gambar fish tu.

Disebabkan filter aquarium comel je, jadi air memang cepat kotor. 
Semalam, my hubby nak tolong anak-anak bersihkan akuarium la kan.
Tiba-tiba.....

"mummy...mummy..sini lah!"

Oren kecil je...dalamgambar zoom in, nampak 2 ekor.

Subahanallah... tengok-tengok..Ada anak ikan la..
My hubby macam tak perasan mula-mula nak buang air. Tiba-tiba ada benda kecil bergerak.
Perhati betul-betul rupanya baby fish.

Aleesya dan Aneesa excited la. Tapi kan...ada orang tu lagiiiii excited.hahaha...
Daddy lagi excited dari diaorang tau! :D
Iyelah..my hubby kata..seumur hidup dia beli fish, tak pernah ada yang bertelur, atau bunting ke. Dah beli ikan jantan betina pun, tak pernahnya berjaya nak membiak..hhihi.
Macam baru dapat baby gembira dia..Tahniah daddy sebab dapat 'anak' baru. (ehemm..anak ikan ni takpe,jangan 'anak ikan' lain sudah la..hee :p)

Kelam kabut my hubby settle kan tempat "kediaman" anak ikan.
Total anak ikan, ada 4 ekor.
Saya rasa anak ikan selalunya banyak kan, mungkin ada yang dah kena NGAP dengan ikan yang besar.
Memang ada diantaranya ikan yang agak agresif..hihi. Nak buat macam mana, 4 ekor je yang sempat diselamatkan. Tetap syukur alhamdulillah.

Nanti saya story lagi macam mana tempat kediaman baby fish dan 6 ekor ikan yang lain tu. :)

Wassalam..

Berminat dengan suplemen Shaklee, KLIK SINI. ;)



Tuesday 17 February 2015

Resepi Kek pisang BAKAR/KUKUS

As salammualaikum wbt... :)

Antara favourite saya masa kecik kecik ialah kek pisang. Sebab my abah macam selalu je beli kek pisang untuk meremah remah kat rumah. Dah diajar makan dari kecik, tentulah jadi favourite terus.hahahah..  Saya memang suka makan pisang pun. :p
Sebab dari kecik selalu makan yang beli je, tak pernah terlintas pun nak membuatnya. Lagipun, my hubby tak pandang sangat kek kek ni. Ada beberapa jenis kek je yang mampu menusuk kalbu dia. Yang lain, jamah sikit je (pastu nak sedapkan hati wife nya ni, cakap la sedap..kalau tak pun.. "Ummmppph..." je! Hahah..)

My MIL ada bagi pisang. Gemok gemok pisangnya. My bad memang tak kenal sangat jenis pisang, kecuali pisang tanduk sebab saiznya besar! Kikiki... My MIL bagi pisang belum berapa masak, jadi nak peram la sikit. Tapiii...terover peram dah sampai lebam lebam kulit..adoiii.. Ingat nak buat cengkodok je senang. Tapi, memikirkan saya ON DIET dari makanan deep fry (tapi dah ngelat makan ayam goreng seketul :p). Maka batalkan hasrat nak buat cengkodok. So, ingat nak buat lempeng je, pancake la kononnya. Tapi tak rajin time tu nak menunggu masak sekeping sekeping. Jadi, barulah tetiba terpikir nak buat kek pisang.

Lama saya buat research nak resepi yang mudah tapi sedap. (Haha..research la sangat, search google je :p)

Akhirnya saya pilih resepi dari blog Zana's Villa. Sangat best, mudah dan takkan pilih yang lain dah. Tapi saya adjust ikut saya agar lebih mudah lagi untuk saya. Terima kasih buat pemilik resepi kerana beri ilham. :)

RESEPI KEK PISANG

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
5-8 biji pisang
1 sudu kecil soda bikarbonat
Secubit garam
1/4 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
3 biji telur

Cara caranya:
1. Lenyek pisang dengan soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
2. Ayak tepung dengan baking powder. Tepikan.
3. Blend telur + minyak masak + gula.
4. Campur semua sekali. Mix well.
5. Masuk dalam loyang yg di griss untuk bakar. Saya saje saje buat 3 bahagian (bakar, muffin dan kukus).
6. Bakar atau kukus sehingga masak. Untuk bakar, anggaran 180degcelcius 25 minit (ikut oven masing masing ye). Untuk kukus lebih kurang 45minit.
Gambar: Yang atas tu bakar. Masa panas panas, crunchy di luar, gebus lembut di dalam..heaven! Bila dah simpan lama, luar tu dah tak crunchy, tapi lembutt je n kek makin moist.

Gambar...Yang bawah tu kukus. Gebus moist..lazat...



Mudah je kan?

Selamat mencuba! :)

Bekal Makanan Anak - BENTO

As salammualaikum wbt.. :)

Mood BENTO dah datang. Saya memang suka decorate untuk anak-anak walaupun tak kreatif sangat.haha.. Dari sejak Aleesya kecil lagi dah start buat sikit-sikit bento ni, tapi memang hentam kromo je..tak tau apa yang patut diguna, apa yang sesuai. Tapi...sekarang dah anak 3 ni, terjebak dengan BENTO semula. Gara-gara terjumpa dengan group Kelab Bekal/ BENTO kat facebook, semangat membuak-buak sekejap. Mommies kat sana hebat-hebat berbento belaka, tak tertanding saya.



Tahun ni, Aleesya dan Aneesa dah start ke halfday sekolah (PASTI). Saya memang suka bawakan anak-anak bekal, sebab saya dulu masa kecil pun mak abah dah biasakan saya bawa bekal(walau kadang bawak nasi, kicap dan telur goreng je..alhamdulillah tu pun dah syok sangat! :)). Saya suka..sampai satu tahap saya tak tau apa yang ada kat kantin, tak tau macam mana prosedur nak membeli.hahaha.. :D

Kat sekolah PASTI Aleesya Aneesa, memang ada sediakan makanan. Untuk hari Isnin, Rabu, Jumaat - makanan kuih-kuih atau biskut. Selasa dan Khamis baru berat sikit macam mee or nasi lemak. Aleesya Aneesa tak berapa makan pedas-pedas..jadi saya ambil keputusan, bawakan je bekal hari-hari. So far, masih bawakan bekal hari-hari walau tak seberapa. Saya buat tak ada la bento sangat pun, just saya rasa nak tarik minat lebih sikit untuk anak-anak makan atau memudahkan lagi diaorang nak makan.

Bekal yang saya bawakan yang simple je. Kuantiti pun tak banyak sebab anak-anak makan banyak mana je. Yang penting saya bawakan yang berkhasiat, bersih, cukup ada karbohidrat, buah, desert.

Antara yang pernah saya buat, macam gambar bawah ni. Tak ter-snap semua gambar hari-hari, sebab mummy dah kelam kabut nak siapkan semua. Mostly, baby Muhammad pun bangun awal, 'tolong' mummy. Jadi, memang sangat time limited.

Yang ni, keropok lekor. Pagi-pagi just goreng dan cucuk-cucuk je.
Marshmallow. Apples.
Versi cucuk-cucuk ni, saya ada juga buat untuk homemade nuggets. :)

Roti filling organic strawberry jem.
Biskut fish.
Buah pisang kaki.
Yang bawah ni belum beli bekas proper lagi. Pakai je apa ada.
Ada juga yang saya pakai bekas tau fu faa tu je. ;)
Ni versi "apa yang ada dalam dapur".haaha.. Bila stok tak berapa nak ada, makanya jadilah jemput-jemput
onion, potato and cheese... :)
Buah, apples.
Yang ni memang koboi. :p

Kadang bukan untuk bekal ke saya hias-hias makanan anak-anak, kat rumah kalau ada kelapangan masa sikit pun boleh je, in shaa Allah.


Baby Bunny with blankets.

Baby bear yang boleh duduk.

Buat saya naik semangat nak bekalkan anak-anak buah, sebab ada food picks yang comel-comel ni! Dah tambah hobby baru mummy, koleksi food picks.
Yang dalam gambar ni, first food picks.


Baru-baru ni dah grab food picks yang baru. Diamond theme. Adoiii..pening mummy. Asal nampak food picks je geram. Asal geram je nak terbeli! hahahha..:p

Ok, saya share ni je la dulu. Tak banyak gambar nak share sebab tak snap.
In shaa Allah next time sharing lagi ye. :)

Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...