Sunday 26 April 2015

BabyMuhammad baru nak ada gigi!

As salammualaikum wbt... :)

Setiap hari rasa gusi baby Muhammad ni pakai jari, nak check dah ada gigi tak. Heheh.. Iyelah, dah 10 bulan..tapi belum ada gigi. Saya ok je dia belum ada gigi, sebab seriau juga bila dah ada gigi nanti menyusu sambil digigit-gigit.huwaaa.. Tapi, sebab ramai sedara mara asal jumpa je bertanya - dah ada gigi? Dah jalan? 

Ahad lepas, saje rasa rasa macam selalu..tetiba rasa keras-keras macam tajam sikit..hehe. Dah muncul dah gigi dia! Tapi..tak dapat snap lagi gambar gigi. Nak buka mulut dia pun, tak bagi tengok.hehe..

Belanja gambar baby Muhammad 10 bulan..


Dah ada gigi, makan jadi hobi.. :')

Belanja gambar dengan mom pula..


Baru-baru ni, baby Muhammad ada demam. Boleh dikatakan merisaukan saya juga. Sebab, 2 hari tak mahu langsung minum susu, suapkan air masak je pun tak nak. Badan dia memang lesu sangat masa tu. Dehydration.. :'( tapi, syukur alhamdulillah.. Saya tak putus ada usaha supaya dia sihat semula. Rindu sangat time dia ceria, sayu tengok dia lesu tak bermaya.
Saya urut dia dengan virgin coconut oil + garlic.
Saya mandikan dengan air basic-H + lime.
Saya jelum badan kepala dengan basic-H.
Tapak kaki sapu minyak garlic.
Berdukung je..merengek semua tak kena. Saya pun jadi tak tentu arah..tapi kuatkan juga, sebab banyak yang nak diuruskan..
Sampai daddy pun kelam kabut balik kerja awal jauh-jauh semata nak tengok anak dia demam.

Ni antara gambar yang sempat snap masa dia demam. 


Dah jelum pun suhu tak turun 38. Sakit sangat gusi nak tumbuh agaknya sampai tak boleh nak menyusu. 

Syukur sangat bila dia dah boleh menyusu semula. Sebak time tu.. 
Mommy rela awak mengempeng lama-lama asal awak terus menyusu untuk kebaikkan awak..mommy tak sanggup rasanya nak hadapi bila awak tak nak susu mommy..emo! :'D

Ok..nanti sambung lagi. 
Nak buat entry ada video, tapi tak tau camne nak upload dari henfon.. Anyone help please..hihi :p



Wednesday 15 April 2015

Ceramah di Sekolah PASTI

As salammualaikum wbt.. :)

Malam Sabtu minggu lepas, ada ceramah "Keluarga Beriman" oleh PU Azman. Saya plan nak pergi bawa anak-anak. Lama tak pergi dengar ceramah live sejak ada anak kecil-kecil ni. Lagipun Aleesya request nak pergi juga, sebab dia kata tak pernah pergi tengok ceramah, dia tak tahu ceramah tu macam mana. Saya pun tunjuk la kat youtube macam mana ceramah tu. Dan memang dia nak pergi. ;)

Mula-mula, saya plan pergi dengan anak- anak je. Sebab daddy ada kerja, dan malam pula ada event kayuh basikal. Last minit daddy cancel sebab anak-anak tersayang excited nak pergi. So, daddy nak pergi sama-sama. :)


Sejuk hati tengok ustaz cilik saya ni.heheh..
'Khusyuk' dengar ceramah dia ni.haha..

Tengok...khusyuk dia main tikar ni.hahahah.. Jauh pergi, sedar-sedar mommy takde di sisi dia mengelabah. Pastu merangkak ke pangkuan pergi salah orang. ;')

Kakak Aleesya mana???


Mengendeng duduk kat cikgu kelas dia. Amboi kemain peluk cikgu. Hahah..macam-macam! :p

Selfie-wefie...


Alhamdulillah.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...