Tuesday 29 March 2016

Roti Naan Cheese

Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Nak kongsi resipi roti naan cheese di blog sendiri. Setakat ni baru pernah buat sekali. Terasa nak buat lagi dan lagi.. Jadi, kita letak resipi roti naan yang saya guna kat sini untuk rujukan masa akan datang. :)


Roti Naan Cheese saya yang comel-comel saiznya. ;)
23.01.2016

Garing sikit.. Yang legam tu aroma lebih katanya. haha.. :)


Saya ikut resipi dari rakan FB, sis Thirunnisah. Terima kasih dear. Sangat senang dan menjadi seperti yang diinginkan.

Ok, ni resepi Roti Naan Cheesenya.

Roti Naan
300 tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
sedikit garam
2 sudu besar yogurt (natural)*
1 sudu kecil baking powder
80-100 ml susu segar suam
3 sudu besar minyak jagung
cheese mozarella yang diparut.. (*Saya gantikan filling cheese tu dengan cheddar cheese slice sahaja. :) )

Caranya
1. Campurkan yis +1 sudu besar gula dr resepi diatas bakinya nanti 
masukkan dlm tepung dan sedikit saja air suam..kacau biarkan selama 5 
minit. *jika yis aktif ..campuran tersebut akan mengembang seperti dlm 
gambar
2. Masukkan adunan tepung, lebihan gula, garam, yogurt, baking powder 
dan minyak jagung ..aduk hingga menjadi seperti serbuk roti
3. Masukkan campuran yis tadi ke dlm adunan tepung..aduk sebati 
kemudian baru masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga 
adunan tak melekat ditangan...uli sehingga adunan licin 10-15 minit
4. Biarkan adunan naik sekali ganda...(tutup adunan dengan kain 
lembap..dlm 45mnit suhu agak suam2 panas (seperti dlm oven suhu 35c 
atau kawasan yang agak2 panas utk mempercepatkan proses kenaikan 
doh)
5. Adunan dah naik... bahagikan adunan seberat 80gm. Taburkan dengan
sedikit tepung..Bulatkan2 seperti dlm gambar sehingga habis. biarkan 
seketika dlm 10 minit tutup ngan kain..
6. Amik sebiji guna roller (penggelek) kemudian leperkan doh tadi dan 
masukkan mozarella parut ditengah2 doh dan tutup semula (mcm buat 
pau)
7. Kemudian leperkan balik guna roller tadi secara perlahan2 supaya 
cheese tadi tak terkeluar
8. Panaskan non stick pan tak perlu letak minyak ye. Api jgn kuat sederhana 
sahaja atau perlahan
9. Letak roti tadi atas non stick pan...tutup kejap ngan penutup ..balik2 kan
roti tadi...bila ia menggelembung leperkan ia..
10. Siap angkat..boleh dihidang ngan kari pekat, atau keema daging, 
chicken tandoori dan timun yogurt
** Jika yogurt takde tak mengapa abaikan...tak isi takpe takdosa...cuma nanti lebihkan cecair susu segar ye..
** susu segar tu jgn curah sampai habis nanti terlembik pula..masukkan sedikit demi sedikit ..adunan ni tak keras dan tak lembik ..ertikata lain tak lekat ditangan.
** jika anda suka letak madu..siap masak layang2kan madu atas roti naan tadi...


Sekian, selamat mencuba seperti saya. Lepas ni tak payah pergi kedai mamak kalau teringin. Saya (memang kurang nak masuk kedai mamak, kalau teringin sangat pun prefer bungkus saje.. :'D )

p/s: Resipi kari dhal, saya tak ingat guna yang mana. Hari tu pun google je. Ikut mana yang senang dan nampak ok.hehe.. :p

Love,
Mommy Ima..~♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...