Wednesday 3 February 2016

Nasi Dalam Bunjut...

Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Antara rutin setiap hari mommy sekarang, hantar dan ambil Aleesya dan Aneesa sekolah ON TIME! ;) Perlu on time atau selalunya memang mommy sampai awal sebab tak nak anak tunggu lama-lama. 

Jadi, mostly waktu mommy dan Alham banyak dihabiskan dalam kereta. Kira rumah bergerak nombor 2.hahaha.. :D 

Awal pagi, semua mommy angkut sekali harung. 
Mula-mula hantar Aleesya ke sekolah kebangsaan. Aleesya biasanya fully siap, dengan siap breakfast sebab masuk awal.
Aneesa pula dah siap mandi dan pakai uniform tadika sekali untuk ke sekolah tadika. Tapi belum dipakaikan tudung dan belum breakfast, sebab bangun pagi biasanya Aneesa terus minum susu. Jadi perlu bawa breakfast untuk Aneesa dan Alham untuk harungi perjalanan seterusnya.heheeh..
Alham pula, biasanya azan subuh dia bangun sekali. Sebab azan kat sini alhamdulillah memang clear. :) so, mandikan terus. In case dia tak bangun, angkut terus dalam kereta, takde hal. ;)

Waktu balik pula, biasanya Alham take a nap tengahari. Jadi tidur je dia dalam kereta masa ambil Aneesa tadika. 
Lepas ambil Aneesa, terus gerak ke sekolah kakak Aleesya. Tapi, awal sangat-sangat. Paling awal sampai okey.hahaha.. Nak buat macam mana...sebab kalau balik rumah dulu, tak berbaloi nak keluar balik ke sekolah Aleesya pula. Tak sampai 10 minit dalam rumah, dah kena gerak keluar balik. 

Maka, plan seterusnya yang mommy dah cuba lakukan untuk manfaatkan masa yang ada ialah, LUNCH dalam kereta! ;D

Nak lunch dengan kanak-kanak ribena dalam kereta sangat mencabar jugak dengan ruang terhad. Jadinya, method baru yang nampaknya berkesan, NASI DALAM BUNJUT PLASTIK. ;)
Korang kecik-kecik pernah tak makan nasi macam tu? Hehehe.. Nostalgia betul lahhh.. ;) ;)
Nasi lauk sayur segala masuk dalam plastik, ikat ketat-ketat, pastu nak makan tinggal gigit hujung bagi bocorkan sikit. :p


Semangat Aneesa makan nasi bunjut sambil melompat sana sini dalam kereta tau. Senang hati mommy tengok dia makan. Senang jugak hati ni tengok nasi tak tumpah berkecah..heheheh. 


Alham pun pandai dah makan sendiri. Tak nak mommy pegangkan. Nak buat sendiri je. Tengok jelingan manja dia, time tu mommy nak tolong dia tolak-tolak sikit nasi dalam plastik tu. Tak bagi dia mommy kacau.hahaha..

So, bila Aleesya dah balik, on the way sambil tunggu sampai rumah, Aleesya juga makan nasi bunjut. Jimat masa sikit untuk rushing ke sekolah agama pula. Sampai rumah  boleh rehat-rehat, mandi, solat dan gerak ke SRA.. Vrooommm.. ;)

Tuesday 2 February 2016

Journey Sebulan Persekolahan Aleesya

Bismillah..
As salammualaikum wbt. dan salam sejahtera.. :)

Welcome February 2015! Pejam celik dah sebulan Aleesya dah sekolah darjah 1. Aleesya masih menyesuaikan diri, mommy pun masih menyesuaikan diri..haha. Masih kalut dan nervous juga kadangkala. Dunia semakin mencabar. Nak balance kan pelajaran, life dan yang paling penting pendidikan agama untuk anak-anak. Jadi, mari tabah bersama hadap je la kan..hehe. ;)

Sebelum jauh perjalanan persekolahan Aleesya, nak juga buat sedikit catatan buat kenang-kenangan. :)

4 Januari 2016..Hari pertama sekolah Aleesya, teman Aleesya. Daddy, mommy, Aneesa, Alham pun ikut sekali. Tapi, teman sekejap je. Tak sampai jam 10 pagi, mommy daddy dah balik. Segala urusan pendaftaran dan pembayaran, mommy dah selesaikan masa orientasi 31/12/2015.


Gambar atas ni, semasa hari orientasi. Mula-mula pelajar letak secara rombak dalam kelas. Hari orientasi tu, ada ujian diagnostik sekali. Untuk menetapkan kelas pelajar.
Jadi, jangan lupa bawakan alat tulis lengkap untuk anak-anak ye! haha..ini kes mommy tertinggal beg Aleesya. (-_-') syukur cikgu bagi pinjam alat tulis.

Alhamdulillah.. Aleesya sekarang dah ditempatkan kelas pertama, 1 Arif. Berdebar sebab semua cerdik pandai. Takpe, semoga Aleesya juga bertambah cerdik pandai bila dikelilingi rakan-rakan yang bijak. In shaa Allah.. :)

Aleesya bangun awal pagi sekarang. Kalau weekend pun, dia dah bangun awal sendiri walau tak kejut.. (yang pelik sikit, time cuti boleh bangun sendiri, bila sekolah agak gigih mommy kena kejut..haha -_-' Alaaa..macam mommy tak biasa kan. Dulu kecik-kecik mommy pun macam tu jugak kan..kann..hahahaah) :p


Setiap pagi, mommy juga bangun super duper AWAL. Perlu awal SETIAP pagi tanpa gagal! :p
Iyelah..nak siapkan bekal makanan, buku dan beg sekolah (yang ni kalau prepare malam hari lebih tenang), siapkan baju untuk dipakai.
Paling kritikal bangun awal tu untuk siapkan makanan breakfast dan bekal, yang lain-lain boleh siapkan malam sebelum tidur.
Alhamdulillah.. So far, so good. Cabaran 30 hari bawa bekal tanpa gagal berjaya. (walau pernah miss tak masak, tapi siapkan roti bun je..haha. Yang penting anak kenyang dan sihat dengan makanan pilihan mommy daddy. Renjis-renjis sikit air tangan mommy juga. ;D baru berkat katanya. :p
Nanti in shaa Allah saya buat entry lain untuk share tentang bento untuk anak sekolah.
Nak story mory lebih sikit. :)


Breakfast dan refresh setiap pagi. Kalau Aleesya bangun lewat, memang kalut je pagi-pagi.
Kalau bangun awal, sesi ni tenang dan best sangat. Aleesya pun lebih ceria nak pergi sekolah jika ada sesi macam ni setiap pagi. :)

Oh ye, selain Sekolah Kebangsaan (SK), Aleesya juga ada sekolah sesi petang, Sekolah Rendah Agama (SRA). Setiap hari Isnin hingga Rabu untuk Tahun 1, 2, dan 3 ni. Memang agak kelam kabut sikit lepas balik SK nak siap ke SRA. Makan, mandi, solat, salin baju, vrooommmm terus ke SRA.
Fuhhhh...mencabar awal-awal tu. Aleesya kata dia penat dan letih sangat. Sampai tertidur dalam kelas SRA. Kesian dia mengadu sedih sebab tertidur. Jadinya, mommy kenalah fikirkan cara untuk atasi yang ni. Sekarang tengah tempoh percubaan usaha-usaha atasi masalah mengantuk letih dalam kelas. In shaa Allah saya update kemudian hasilnya. Jika you all pun sudi ada cadangan, boleh la drop by comment ye. :) :)

Banyak jugak kisah sebulan yang tak sempat nak catat kat sini. Yang menangis, mengamuk, masalah dalaman dengan kawan-kawan, masalah duit poket belanja Aleesya, tak sihat, tak hadir, borang yang kena isi, homework, waktu rehat sekolah, dan lain-lain..hehe. Aduhai.. 
Tapi Alhamdulillah syukur semuanya masih terkawal. In shaa Allah nanti sempat kita catit sini satu persatu di lain masa. 

Wassalam..

Love,
Mommy Ima~♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...