Sunday 17 April 2016

Bawa Abah ke Pakar Mata

Bismillah.. As salammualaikum wbt..

17.04.2016... Hari ni bawa abah mommy (kids' atok) ke hospital untuk check up mata. Best Johor ni, Ahad hospital beroperasi kan, jadi daddy Sunday off boleh tolong jaga anak-anak kat rumah. Tak prefer nak angkut anak-anak ke hospital semua. Kalau shopping complex boleh angkut.. :p

5.04.16 lepas, abah buat pembedahan mata buang selaput. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Jadi hari ni nak tengok ok ke tak. Kalau semua ok, in shaa Allah akan proceed next step untuk letak kanta. 


Thank you so much to my hubby sbb tolong jaga anak2 sepenuh masa dan tenaga dengan jayanya! Daddy is the best! :)


Next month check up lagi. Harap semuanya ok. 



Wednesday 13 April 2016

Ole-ole dari Korea

Bismillah... As salammualaikum wbt... :)

Annyeong haseyo... ;)

My MIL baru balik holiday kat Korea, nikmati bunga sakura. Wahhh..best sangat. Tumpang gembira setiap kali MIL hantar update kat group whatsapp family. :) :)

Anak-anak dan menantu-menantu serta cucu-cucu kesayangan haruslah dapat "tempias" dari Korea juga kan..hikhik. Masing-masing berpusu-pusu kerumah MIL menyambut kepulangan ole-ole..eh, takkk.. hahaaa.. Gurau je.. :p Menyambut kepulangan ibu bapa tersayang..Alhamdulillah selamat perjalanan mereka..tu yang paling penting bagi kami. :)


Buah strawberry fresh dari Korea. Subahanallah... Sangat manis dan juicy!
Gebu buahnya.. nikmat terasa bila buah strawberry ni masuk mulut sambil pejam mata bayangkan bunga sakura berguguran... :')




Segala macam ole-ole ada..
Pensel case untuk Aleesya dan Aneesa.
Kain baju pasang made in Korea untuk ladies in the house (boleh tempah baju raya dah.. :P).
Sheet masker untuk mommy (makin jelita lah mommy..hakhak..)
Baju kemeja kotak-kotak untuk daddy (sedap kainnya..makin smart daddy :D).
T-shirt ..I love Korea untuk kids.
Key chain..haa..berebutlah semua orang!hehehee.. :0


Sedap sangat strawberry ni. Jadi manfaatkan sepenuhnya.. Sayang kalau rosak.
Anak-anak bawa bekal strawberry. Kejap je dah licin kat rumah ni.
Strawberry tak boleh simpan lama-lama. 
Nak gi petik kat Korea belum masanya lagi.. :'D

Belum dapat jejak kaki ke korea, dapat sourvenir dari Korea pun sangat bersyukur. Alhamdulillah..terima kasih Allah, terima kasih ibu ayah. :)

Love,
Mommy ima...~:)

Tuesday 12 April 2016

Ikut Shooting Elvira Studio - Birthday Party


Bismillah... As salammualaikum wbt.. :)

Ahad lepas (10/4/2016), my hubby ada job photographer untuk birthday party. Client ni dah banyak kali ambil Elvira Studio dalam pelbagai event diorang. Last 2 weeks, ada majlis aqiqah cucu client yang sama. Alhamdulillah..rezeki serasi urusan Elvira Studio dengan mereka. 


Birthday party ni my hubby ajak sekali datang. Tuan majlis jemput kami anak beranak memeriahkan majlis sekali. Kebetulan, weekend yang lepas tak ada apa-apa planning family weekend. Mula-mula mommy rasa taknak pergi juga. Segan + taknak ganggu my hubby tengah kerja. Mood kerja dengan spend time together as a guest berbeza kan..hehe. 


Lokasi Holiday Inn Hotel, Melaka.

Decorasi Function Room. KF Event sebagai organizer. 

Penampilan khas, Minion!
Antara character fav si kecik Alham.. :)





Aleesya, Mommy, Alham dan Aneesa.

Main..dan main. Sampai tumbang tiang belon ni. (O.o)

Puas kakak kecik ni main dengan Alham. BAru kenal, Alham nak main dah.



Kami lagi..Lama tunggu event nak habis.

Fav main telefon. Gasak mommy kena layan..fuh.. :'D

Bergambar dengan minion. Alham excited tengok dari jauh. Sampai dekat-dekat,
tergamam!
dekat lagi nak snap photo.. "nanaaakkkk..."keluar suara dia.haha.. :'D 


Kesian daddy, nak makan pun cepat-cepat curi masa sebab nak catch up snap photo event. :')

Alhamdulillah..selesai aktiviti ringkas hujung minggu lepas. Syukur dapat luangkan masa bersama-sama keluarga tercinta, walau event ni rasa kekok sikit sebab daddy (my hubby) dalam mood bekerja sebagai photog. :p

Love,
Mommy ima..~♥

Sunday 10 April 2016

Throwback: Baby Dapat 'Kaki'

Bismillah..As salammualaikum wbt.. :)

Banyak sangat terskip nak catat perkembangan anak-anak sampai memory mommy pun hampir lupus. (faktor umur semakin meningkat barangkali)..

Jadinya..sementara belek-belek video lama kat account FB mommy, kita catat kat sini sekali. :)
Nanti mommy dah tua, scroll blog mesti agaknya.. "Oooo..masa ni la.. mommy dah lupa." boleh kenang-kenang balik kan sambil sengih sorang-sorang. :p

Alham Naufal first step:
(loading video...)


Malam ni ada budak baru dapat kaki! Ke hulu hilir dia usung stroller pink kakak #aneesaeryna..haha. Kipidap #alhamnaufal!#alhamfirststep #1yr
Posted by Zaimah Bakar on Tuesday, 16 June 2015
Muhammad Alham Naufal, first step yang mommy dapat record video ialah pada 16 Jun 2015. 3 hari selepas tarikh lahir masihi, 13 Jun. Mengikut dari reporter (maklong a.k.a kakak mommy) actually malam sebelum birthday party tu Alham dah menapak dah. Tapi mommy takde di tempat kejadian sebab sibuk tengah uruskan last preparation untuk birthday Alham.hehe.. ;)

Aneesa Eryna first step:


Nur Aneesa Eryna, first step 1 tahun 2 bulan. November 2012. Mommy ada buat entry tentang Aneesa dapat 'kaki' kat SINI. [Aneesa dah dapat kaki! :)]
Video ada record dalam tablet. Tak tau wujud lagi tak videonya..hehe. Nanti senang-senang nak korek balik video tu. ;p

Aleesya Elvira first step:
Tak sempat nak record la sayang.. :') Sebab mommy belum ada gadget handphone canggih bagai time tu nak record record.. tapi takpe. Ada gambar paling comel time Aleesya starting dapat 'kaki' juga. Time ni daddy dah start ceburi bidang photographer, Elvira Studio.


Lain anak, lain ragam. Lain-lain juga perkembangannya. Ada cepat, ada lambat. Jadi, jangan risau dan kalut kalau tengok anak orang lain dah pandai macam-macam. Just follow the flow. Info dan input yang dikongsi oleh mommies hebat semua kita simpan dan manfaatkan sebaik mungkin.
Being a mom is subjective. Apa yang hati ibu rasa betul, in shaa Allah segalanya ok. Mom's instinct selalunya always right, in shaa Allah... Good luck to all moms! muahhh.. :*

Ok, sekian dulu coretan mommy. Jumpa lagi di lain entry mood nak korek-korek 'album lama'.

Love,
Mommy Ima..~♥
10.04.2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...