Sunday, 10 April 2016

Throwback: Baby Dapat 'Kaki'

Bismillah..As salammualaikum wbt.. :)

Banyak sangat terskip nak catat perkembangan anak-anak sampai memory mommy pun hampir lupus. (faktor umur semakin meningkat barangkali)..

Jadinya..sementara belek-belek video lama kat account FB mommy, kita catat kat sini sekali. :)
Nanti mommy dah tua, scroll blog mesti agaknya.. "Oooo..masa ni la.. mommy dah lupa." boleh kenang-kenang balik kan sambil sengih sorang-sorang. :p

Alham Naufal first step:
(loading video...)


Malam ni ada budak baru dapat kaki! Ke hulu hilir dia usung stroller pink kakak #aneesaeryna..haha. Kipidap #alhamnaufal!#alhamfirststep #1yr
Posted by Zaimah Bakar on Tuesday, 16 June 2015
Muhammad Alham Naufal, first step yang mommy dapat record video ialah pada 16 Jun 2015. 3 hari selepas tarikh lahir masihi, 13 Jun. Mengikut dari reporter (maklong a.k.a kakak mommy) actually malam sebelum birthday party tu Alham dah menapak dah. Tapi mommy takde di tempat kejadian sebab sibuk tengah uruskan last preparation untuk birthday Alham.hehe.. ;)

Aneesa Eryna first step:


Nur Aneesa Eryna, first step 1 tahun 2 bulan. November 2012. Mommy ada buat entry tentang Aneesa dapat 'kaki' kat SINI. [Aneesa dah dapat kaki! :)]
Video ada record dalam tablet. Tak tau wujud lagi tak videonya..hehe. Nanti senang-senang nak korek balik video tu. ;p

Aleesya Elvira first step:
Tak sempat nak record la sayang.. :') Sebab mommy belum ada gadget handphone canggih bagai time tu nak record record.. tapi takpe. Ada gambar paling comel time Aleesya starting dapat 'kaki' juga. Time ni daddy dah start ceburi bidang photographer, Elvira Studio.


Lain anak, lain ragam. Lain-lain juga perkembangannya. Ada cepat, ada lambat. Jadi, jangan risau dan kalut kalau tengok anak orang lain dah pandai macam-macam. Just follow the flow. Info dan input yang dikongsi oleh mommies hebat semua kita simpan dan manfaatkan sebaik mungkin.
Being a mom is subjective. Apa yang hati ibu rasa betul, in shaa Allah segalanya ok. Mom's instinct selalunya always right, in shaa Allah... Good luck to all moms! muahhh.. :*

Ok, sekian dulu coretan mommy. Jumpa lagi di lain entry mood nak korek-korek 'album lama'.

Love,
Mommy Ima..~♥
10.04.2016

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...