Alhamdulillah.. Rezeki anak-anak dapat try Caliph yang baru ni. Free giveaway dari kak Fel. :)
Happy they all dapat present. :D
Yeay! Dapat Caliph sedap.. Kami suka! :D
Tengoklah..betapa happynya sampai menyanyi-nyanyi lagu tema Caliph. :'D
Lepas ni boleh nyanyi Caliph yang dengan Didi & Friends pula.. :)
(Allah..maaf. masalah teknikal tetiba video ni boleh hilang pula. Nanti mmy cuba upload lain ok..) (T_T)
Susu ibu yang terbaik untuk baby.. Baby selalu sakit? Antibodi lemah? Susu ibu juga paling win. Ibu makan makanan yang sihat, susu ibu pun jadi berkhasiat untuk baby. ;)
Ada juga yang baby still lemah antibodi walau minum susu ibu. Banyak faktor dah sekarang ni. Persekitaran, permakanan ibu, dan banyak lagi. Yang penting ikhtiar dan tawakal pada Allah.
Bila baby dah 6 bulan ke atas, beri dia makanan yang sihat dan sessuai untuk umurnya. Jangan main hentam je bagi semua dia telan tau! ;)
Contohnya Caliph stage 1 for baby ni, untuk baby yang dah berusia 7 bulan ke atas. Yang bawah dari tu, please say NO untuk beri makanan selain susu ibu ye. :)
Bila mmy semak ingredients list Caliph Stage for Baby (Stage 1) ni dengan yang Caliph for Kids yang ada kat rumah ni, in shaa Allah yang ni sesuai untuk baby yang dah mula makan solid food.
Antara bezanya, stage 1 ni takde madu. Baby under 1 years old kan tak boleh consume madu. Tentang ni you all boleh rujuk doktor dan pakar-pakar yang lebih arif ye.
Ingredients Caliph for Baby (purple label) dan Caliph for Kids (orange label).
After cuba yang Caliph for Baby (mmy test rasa dulu sebelum beri anak-anak..hehe), rasanya yang ni lebih lite dari yang Caliph for Kids. Manis-manis masam *less masam dari yang for kids tu. Tetap sedap! :) Lebih sesuai dengan taste buds babies. Kalau masam sangat nanti, terkemut-kemut muka baby nak telan pula..haha. ;D
Ni contohnya masa Alham try Caliph for Kids. Masa ni Caliph for Baby belum ada kat pasaran. Tapi Alham ni dah baby 1year+ time ni. Terkemut-kemut juga muka sebab masam-masam, tapi nak telan juga sambil selingan nyanyi mama nak caliph..haha. Sebab tengok kakak Aneesa dan Aleesya syok telan Caliph sambil nyanyi "Mama nak Caliph..". :D
Ok, sekian perkongsian dan review ikhlas dari mmy. Kalau you all nak cuba tapi khuatir dengan keadaan anak, sila consult dengan doktor atau pakar pemakanan bayi tau. In shaa Allah ok..
Love,
Mummy Eima
No comments:
Post a Comment