Saturday, 8 April 2017

Bila Mengidam, Nikmatnya Pai Telur


Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Terkenang kat pai telur, pemberian seorang sahabat. Sebenarnya, ummi kepada sahabat kakak Aleesya masa di tadika PASTI dulu. Terus, mak-mak ni berhubung jadi kawan pula.. :p



Istimewa sangat pai telur ni. Bukan setakat special pada rasa mewahnya je.. Tapi kisah di sebalik terjadinya pai telur ni, keikhlasan dan kesungguhan ukhti Shikin (ummi aisyah sofea) buat untuk mommy yang sarat menanti hari nak bersalin. :')

Ya Allah.. Nikmat sangat dapat makan pai telur sepuas-puasnya. Sempat juga, sehari sebelum bersalin tekak mommy ni rasa pai telur yang diidamkan. :) 



Mommy memang lama dah teringin rasa nak makan pai telur. Nak kata mengidam time mengandungkan Afeera tu, tak juga. Sebab masih boleh kawal keinginan, tapiselalu juga terbayang. Ummi aisyah ni memang niaga pelbagai homemade dessert. Antaranya pai telur ni. Tapiiiii.. Time mommy teringin nak makan ni, ummi aisyahsofea ni pun pregnant juga. Alahannya agak teruk, jadi dia terpaksa hold dulu niaga dessert sebab tak berapa larat nak baking and cooking. 

Bila mommy kira-kira ummi aisyahsofea ni  dah masuk trimester kedua, mommy cuna usha kot ummi aisyahsofea dah start baking semula. Mommy nak tempah pai telur sebab masih terbayang-bayang. Tapi, ummi aisyahsofea masih belum ambil tempahan buat masa itu.. :'(

Tapi kan, ummi aisyahsofea kata dia memang dah lama nak buat sebab anak-anaknya juga dah tanya teringin nak makan. Dalam masa yang sama, tak sampai hati kecewakan permintaan mommy mengandung yang mengada ni..hihihi. Jadi, dia ambil special order..buat khas untuk mommy! Yeay..alhamdulillah.. :D




Di hari kejadian kami berjumpa, mommy excited dan terharu sangat sebab ummi aisyahsofea sanggup ambil order walau alahan pregnant, buatkan pai telur.
Double triple mommy terharu, bila ummi aisyahsofea yang baik hati ni bagi mommy free je pai telur ni.. Ohhh...speechless. 

Betul-betul sehari sebelum mommy bersalin. Ya Allah, indah sungguh aturan-Mu. Hari Khamis jumpa ummi aisyahsofea dapat makan pai telur sepuasnya, Jumaat baby dah ready nak keluar ke dunia nyata. :')

Semoga Allah limpahkan lagi rezeki buat Shikin sekeluarga, diberi kesihatan yang sempurna, dipermudahkan perjalanan kehamilan dan kelahiran baby baru, serta bahagia dunia dan akhirat.. Aamiiin. 

P/s: Ummi aisyahsofea ni memang business woman yang kental tau. Macam-macam dia niaga. Selain dari homemade deserts,  ada juga muslimah and kids attires terkini yang cantik-cantik tau. Boleh cuci mata kat page: Aisya Sofea Collections.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...