Bulan Ogos je ingat hari Merdeka. Dah mula nampak bendera Malaysia berkibar-kibar. Rumah kami pun daddy dah pasang bendera. Balance bendera yang daddy beli untuk sambutan hari merdeka kat sekolah agama kakak Aleesya. Nak guna cuma 1 je, tapi kena beli 10 terus. Sebab kedai tu dah siap-siap jual 10 ketul dalam sepeket. :p Hehehe.. Takpe. Ada hikmahnya. Rumah terus awal-awal berseri dengan semangat Merdeka tau! ;)
Sambutan hari Merdeka kat sekolah agama kakak Aleesya nampaknya awal-awal dah selesai. Simple je.. Syukur dan bersederhana.. Kibar-kibar bendera. Sejam sebelum pergi sekolah agama, baru kakak Aleesya teringat minta tolong daddy beli bendera. Kalut terus daddy start kereta keluar dengan kakak Aleesya cari bendera. :'D
Sekolah agama tahap 1 (tahun 1,2 dan 3).
Untuk sambutan kemerdekaan sekolah kebangsaan tahun 2017 ni, tak pasti macam mana pula. Guru kelas kakak Aleesya tengah cuti bersalin. Buat masa ni, takde group whatsapp kelas, takde whatsapp nombor fon guru ganti. Redha je la.. :')
Baju kemerdekaan kakak Aleesya masa tahun lepas (2016), dah ada guru tahun 1 ambil pinjam. Mommy pun tak dapat info apa-apa, jadinya dengan rela hati beri pinjam. Harap cikgu pulang balik sebelum 31 haribulan, kami nak guna sebab nak sambut merdeka. :)
Baju bendera Malaysia kakak Aleesya. Special custom made, tailornya ibu Zahraa. Mommy siapkan bahan je. Memang terbaik! Dapat nombor 2.. Alhamdulillah..
Mommy sempat record masa "fashion show" pertandingan Gaya Merdeka kakak Aleesya tahun lepas tu. ;) Mommy kan busy body masa Aleesya tahun 1 tu, semua nak tahu.hahaha.. Cikgu pun bagi green light je mommy nak datang. Siap bagi tips jawapan kalau pak guard tanya kenapa nak masuk sekolah. :') Sepatutnya tu cuma internal progam je. :D mommy terharu tau dengan guru kelas kakak Aleesya masa tahun 1 tu.
Ni videonya.. Kagum tau anak-anak kecil baru 7 tahun, tapi berani naik atas stage.
Macam-macam gaya, macam-macam ragam. Penonton pun terhibur sama.. Memang menceriakan hari kami betul anak-anak cemerlang ni tau. :'D
Ok posing dengan mommy jangan dilupa. ;D
Maafkan rupa mommy yang comot. Nak cepat masa tu, sarung je apa sempat, touch up pun tak berapa ada mood. Masa tu dah pregnant kan Afeera, dalam 4 bulan macam tu kot. :D tu yang muka bertambah bulat. :')
Ok, Aneesa pun ada baju bendera tau. Special custome made juga, by mommy. :) skirt kembang je yang menjadi, maaf ye anakku sayang.. Itu je yang menjadi kenyataan, dalam bayangan mommy, macam-macam boleh buat kononnya. Tapi, Aneesa pun menang juga tau. Yeay! Alhamdulillah..
Gambar comel kakak Aleesya dan Aneesa dengan baju bendera Malaysia.
Ok, setakat ni.. gambar ni je mommy sempat jumpa untuk throwback sikit sambutan merdeka. Yang lain dah transfer dalam komputer. Tapi, malangnya komputer tengah tak boleh on. Mommy tak tahu apa masalahnya. Harap masih boleh diselamatkan lah. :') Sebab semua gambar kenangan dari mommy tunang dengan daddy, dalam tu je. Belum sempat mommy buat back up.. :'(
Ok, ada satu lagi gambar merdeka. Sambutan Merdeka daddy, join konvoi perbarisan merdeka kereta mini cooper.. :) gigih mommy daddy hias mini cooper ni. ;)
Lately ni daddy seorang pemalu. :p Atas request daddy, kita hide sikit muka daddy. (^_^)
Alhamdulillah.. Ada juga saki baki gambar mommy cedok dari private instagram mommy. Maaf ye kawan-kawan yang request untuk follow ig mommy yang ni, mommy tak dapat nak approved. (-_-") Takpe, tak rugi pun tau, sebab banyak gambar mommy yang perasan dan syiok sendiri je lebih dalam tu ;D untuk koleksi mommy sendiri di hari tua. Hahaha.. :D
kalau nak follow ig mommy juga, boleh follow yang lagi satu, @healthybeauty_my. ;p
Gigih mommy siapkan taip entry panjang-panjang malam-malam buta ni sambil stay up jaga Alham demam.
Semoga AlhamNaufal diberi kesembuhan yang sempurna, sihat tubuh badan dan akal fikiran.. Aamiiin..
Love,
Mommy_ima~
10/08/17 @2:08 a.m.
No comments:
Post a Comment