Showing posts with label 3y7m. Show all posts
Showing posts with label 3y7m. Show all posts

Wednesday, 4 March 2015

WW: Brush Teeth at School

As salammualaikum wbt..

Setiap hari rabu, mulai hari ni ada aktiviti berus gigi kat Pasti Ar- Rahim.

Aneesa memang dah pandai berus gigi sendiri. Enjoy the activity with friends, sayang... :)

Photo credit: Cikgu Shila whatsapp. Tq cikgu.. 

Thursday, 26 February 2015

Bestfriend Saya Cikgu!

As salammualaikum wbt.. :)

Lately ni, Aneesa meragam kat sekolah. Asyik nak duduk dengan kakak Aleesya, taknak duduk kelas 4 tahun. Maka, terpaksalah berminggu-minggu jadi murid 'angkat' 6 tahun.hihihi..

Bila ditanya, kenapa duduk dengan kakak. Dia jawab, "takde friends nak duduk dengan adik..."

Alala..sedihnya. Tapi Aneesa kalau mula-mula belum kenal, memang pendiam. Kalau dah menangis...paling kuat.haha..maybe sebab nangis yang tak boleh dipujuk, cikgu 'serah' dia pada kakak. Menempel la dia dengan kakak. 

Semalam, saya bincang dengan cikgu minta pujuk dia duduk 4 tahun. 

Alhamdulillah..hari ni ok je. Tak nangis dah. Tapi duduk dengan cikgu! :)


Terima kasih cikgu sebab sudi jadi bestfriend Aneesa! 
Peace..bff forever..hihihi. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...