Showing posts with label Baby Bump. Show all posts
Showing posts with label Baby Bump. Show all posts

Thursday, 12 June 2014

Nak bersalin di mana?

As salammualaikum wbt.. :)

Sekarang kandungan saya dah masuk 38 weeks 6 days. Alhamdulillah..semuanya baik-baik je. Kesihatan dan keadaan kandungan masih normal. :) Ada sikit blood show, maybe sebab renyah sangat.Tapi kejap ada n takde..sakit takde lagi, so relax je la dulu. ;) 

Actually dah 2 minggu skip untuk check up di KK..aduhai..memang 'bercinta' betul nak pergi check up di KK.haha..Jangan ikut perangai saya ye mommies sekalian. ;p

Last Wednesday, hubby offer untuk buat check up di Mahkota Medical Center, salah satu hospital private di Melaka. Kenapa? Hmm..setelah berbincang sekian lama, just buat persiapan plan B untuk bersalin di sana. Untuk booked hospital private memang selalunya perlu at least ada sekali check up untuk rujukan dokter..takmolah main terjah je time bersalin, dokter pun risau kalau tak tau history tentang keadaan kandungan.

Aleesya dan Aneesa memang dulu pun bersalin di private hospital. Kenapa? Hmmm..actually ada 1 alasan yang kami memang rasa susah untuk toleransi. Kami kalau boleh memang nak dokter yang menguruskan proses bersalin, dokter muslimah. Kalau GH, tak boleh nak request dokter apa kan...terpaksa akur dokter yang bertugas ketika itu. Kalau dokter muslimah, syukurrr alhamdulillah. Tapi kalau bukaannnn.. (T_T)
Takpe la..masing-masing kan. Selagi tak darurat dan terpaksa, kami usahakan untuk mendapatkan dokter muslimah juga. Mungkin jika dah nak bersalin, akan try check di GH siapa dokter yang in charged dulu *kalau sempat* :p

Gambar last week posing di MMC. :p Gemookkk rasanya sekarang ni. :')


Bila baby nak keluar? "Baby will come when he is ready – sometimes no matter what you will to happen, baby will not come when we would most like it! The greatest gift you can give your baby right now is the gift of choosing his own birthdate, should the both of you be healthy."


Sekian dulu..nanti sambung pot pet..:)
Wslm..



Sunday, 18 May 2014

Kandungan dah minggu ke-35

As salammualaikum wbt.. 😊

Alhamdulillah.. Sekarang kandungan anak ketiga kami dah masuk minggu ke-35. Sikit je lagi dah nak due date, in shaa Allah 21 Jun 2014. 😍 Doakan semoga yang bakal lahir nanti baby lelaki yang sihat tubuh badan dan sempurna ciptaaan-Nya..amiiin. 




Kakak Aleesya pun asyik la tanya.. "Perut mummy dah cukup besar ke belum? Bila baby boleh keluar?" Dah terasa dia besar, memang kakak yang baik. 😍 Semua yang jumpa dia kata Aleesya macam anak dara dah. Kadangkala memang ayat-ayat yang keluar dari mulut Aleesya, betul-betul macam dah dewasa. 

Aneesa pula memang dah besar juga. Tapi manja masih ada... Hihi..macam-macam ragam. Kadang nampak matang, kadang she is always pretending like still baby. 😆 Mungkin kerana semasa doa kurang sihat terkena HFMD minggu lalu, buatkan dia masih memerlukan perhatian sepenuhnya walau dah sembuh kan. ☺️Harap-harap boleh la jadi kakak yang baik nanti. Amiiin...


Besar tak baby bump saya? Hihihi.. 😘
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...