Showing posts with label Kids Activity. Show all posts
Showing posts with label Kids Activity. Show all posts

Friday, 25 August 2017

Cars 3 The Movie

Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Excited mommy dapatkan ticket movie premiere untuk Cars 3 The Movie. Masuk contest. Menang. Nak dapatkan extra tix lagi. Wahh.. Thank you Nuff! :)

Unfortunately, on the date of movie premiere (23rd August) tak dapat juga join. Daddy start busy with his job project time tu. Mommy dah la tak hilang lagi frustated tak dapat pergi IKEA (opps! Haha). Tapi redha, sebab tahu pasti ada hikmahnya. 

Entry photo post contest yang mommy join:-

Alham..
Nufayla... ;p


Aneesa.. 

Aleesya.. 

DM from Nuffnang. Mommy excited, syukur Alhamdulillah.. :)



Tak ralat sangat walau tak dapat pergi movie premiere ni. Jauh kan.. We all kat Melaka, tempat kejadian kat Sunway Pyramid (tempat selalu we all pergi kan.. spend family weekends masa stay kat Shah Alam dulu... :') )

Daddy pun at last dapat juga spend masa 2/9 bawa anak-anak pergi tengok movie Cars ni. Yeay! Alhamdulillah.. Ada rezeki lebih, bawa rombongan cousins anak-anak belah daddy. Kalau cousins anak-anak belah mommy dekat, memang dah ajak join sekali. Seronok anak-anak, meriah..



Best tak Cars 3? 
Mommy personal review: mommy bagi 7/10. Frust sikit sebab last McQueen jadi macam tu. Mommy bayangkan lagi hebat.hehehe.. Takmo citer lebih, kesian yang belum tengok..nanti kurang syiok. So far, jalan cerita memang ok. Takde la boring macam citer angry bird. Hahaha.. Opps..sorry. Personal review je ni. 


Love,
Mommy ima..~

Wednesday, 3 June 2015

Doktor di dunia si cilik

As salammualaikum wbt...

Hari ni lama pula anak-anak ni syok main doktor-doktor. Macam-macam request dengan mom nak keperluan itu ini untuk jadi macam 'real' doktor.

Hasilnya...

Seronok Aleesya dan Aneesa main. 
Alham mana????

Kalau dua orang kakak ni khusyuk bermain, sudahnya Alham main dengan mom je la. Hahah.. Takpe..mom suap watermelon je. Perut kenyang, hati girang.. ;)

Serius dan berdedikasi menjalankan 'tugas'. :)

Nak pakai tudung pula. Maybe sebab kat hospital hari tu, ramai doktor dan nurse yang pakai tudung. ;)

My hubby selalu tanya anak-anak "dah besar nak jadi apa? Nak jadi doktor tak?"
In shaa Allah moga-moga termakmul doa daddy at least salah seorang anaknya jadi doktor. Ameeen... :)

Sunday, 17 May 2015

DIY Paint Colour for kids

As salammualaikum wbt... :)

Antara aktiviti kegemaran kanak-kanak, bermain warna. Biasanya kalau beli water colour tu, memang kejap je habis. Jadi, kali ni kita buat je sendiri. Sangat berbaloi dan puas hati. 
Boleh buat banyak..Selamat, non-toxic, kalau termakan pun takpe tau..hehe.


Saya ada kongsikan resipi, how to make paint colour dalam video ni. Cubalah.. ;)


Awal-awal dah try masuk mulut..haha. Nasib baik kaler ni mom buat sendiri. Jadi tau la apa bahan yang selamat tertelan. ^_^"

Banyak juga anak-anak ni lukis hari tu. Takde snap pula. Nanti mom snap update lain ye. 



Sunday, 7 December 2014

Train anak-anak ke library

As salammualikum wbt.. :)

Apa aktiviti hujung minggu? Hari ahad my hubby kerja, jadi jalannnn je hari sabtu.. Opps, jumaat malam pun dah jalan, sambung sabtu pula.hahaha.. (Sbb roadtax mommy belum renew, tak boleh bawa anak2 kemana2. Terpaksa kerah daddy ke sana sini. :p)

Selalu lokasi shopping complex la. 
Aeon kita tuju kali ni. Tapi bukan nak shopping. Nak bawa Aleesya Aneesa ke perpustakaan. :)



Sebelum nak bawa, ada terfikir juga nanti they all bising pula kan. Kecil lagi, faham ke kena 'tolong senyap' kat library tu? Takpe, redah je ok. Sebab mommy tau, anak-anak mommy mudah diurus dan mendengar kata. 

Alhamdulillah... Aktiviti berjalan lancar. :)
Sebelum masuk tu, dah pesan awal-awal tak boleh bising. Aleesya Aneesa kata ok! ;)

Tapi..ada gak terlepas cakap suara kuat time they all ni excited.haha...tu belum masuk lagi suara baby muhammad nak susu. Saya nursing je baby kat lubrary, ambil port terselindung sikit.

Saya duk fikir cerita apa yang anak anak pernah tengok ada babak dalam library, sebab nak fahamkan kat they all dengan mudah tentang library. 

Ye.. Cerita movie Monster University! 


Dan they all faham. Mission accomplised! :)

Nanti kita pergi lagi ye. Aleesya macam taknak balik. :p


Saturday, 12 July 2014

Confinement Anak-Anak Juga?

Assalammualaikum  wbt..

12 Julai..dah 29 hari berpantang. Sekejap je dah nak sebulan! :) Baby Muhammad pun dah semakin semangat. Cuma prolong jaundis, hopefully tiada masalah dengan fungsi hati Muhammad. 16/7 ni repeat ujian LFT, kena ambil darah kat tangan..kesian T_T...sebab previous result bacaan tak berapa cantik. Hope kali ni result ok n kesihatan Muhammad juga ok. DOakan juga ye..

Ok, entry ni nak cerita kakak Aleesya dan kakak Aneesa. Cerita tentang baby Muhammad kita Q dulu..nanti story mory panjang berjela..hihi.

Sepanjang saya berpantang, anak-anak dara saya yang bijak Aleesya dan Aneesa ni pun berpantang juga. Kita mandikan baby, mereka pun mandikan 'baby'..kita dodoikan baby dia pun dodoikan 'baby'..nenenkan baby..dia pun juga.. ^_^" haiiihhh..sabar jela.. tapi yang paling fanatik 'main' dengan 'baby' ialah kakak Aneesa. Kakak Aleesya lebih fanatik main 'princess princess'.. ;)

Gigih anak-anak mummy pakaikan diapers 'baby'

Aneesa pantang nampak diapers baby.."mummy..anees ambil satu ehhh.." 
Satu..satu..satu...lama-lama menimbun dia ambil.. ^_^" abesss laa..
Nasib bukan pakai diapers mahal..ahaha. Newborn pakai pet pet, whoopee, brand tesco je untuk baby Muhammad.kikiki..alhamdulillah, takde rashes alergik diaper murahh.. :p

Selipar berpantang kami!

Wahh..ini bukan berpantang main-main. Aleesya dan Aneesa pun ada selipar dalam rumah pakai time berpantang okeh.

Last 3 days birthday my hubby yang ke-31. 9 Julai... Jemput keluarga MIL iftar di rumah.. Gigih saya masak walau tengah berpantang kan. Sampai demam urat saya malam tu. hAAA...tanggung je la kan..Sendiri sanggup kononnya. ;p 
Apapun..berpuas hati.. Alhamdulillah majlis hari lahir + iftar untuk keluarga my Hubby terlaksana dan berjalan dengan lancar. In shaa Allah next entry saya story. Nak kidnap gambar yang snap pakai my hubby's phone dulu. ;)

Sekian..wasalam..

Jemput shopping shaklee dengan saya..opss iklan tetiba. 


Tuesday, 4 December 2012

Aleesya dan bakat dalam Painting! :)

Assalamualaikum w.b.t..

Bulan lepas punya cerita..hahahah. Terserlah memang tak update ini belog!
Maaf..saya sangat sibuk menyesuaikan diri. Buat masa ni, saya tinggal di rumah MIL...sekian. :p

Ok, cerita lain dah pula. Bulan lepas, saya ada ke Shah Alam. With my hubby, kids and mil. Tengok keadaan rumah homestay.. (my ex-homeSweetHome.. :p) Then, pergi Empire Shopping Gallery - actually saya nak pergi ambil stok my Shaklee di sekitar situ. Jadinya, my hubby and mil bawa Aleesya round round kat shopping. Saya uruskan kerja sikit.

My Aleesya ada aktiviti baru kat situ rupanya..sangat seronok Aleesya tunjuk hasil kerja dia. Good job dear! Nice one Aleesya.. Jom tengok.. (saya pun terkilan tak dapat tengok secara LIVE first time Aleesya painting dengan colour/ paint ni..tapi takpe, nasib daddy memahami and snap banyak picture untuk mummy hayati kegembiraan Aleesya.. )

 Ni la hasil tangan Aleesya.. I'm proud of u sayang!

Excited...bersungguh-sungguh Aleesya..

 Apron...mengelakkan ter ter ter kena bajuu.. :p
banyak pilihan plaster untuk di paint kan :)

 
Start painting...the angry bird. She is great!

Nama shop tu ialah Plaster Fun House.. Tak silap harga buat tu RM10. Ok kot...ye la, dari beli toys ntah ape2, then sampai rumah buang pun tak guna. This really great. New experience for Aleesya.

Banyak perkembangan Aleesya yang membanggakan mummy. Aleesya dan anak2 mummy yang lain tetap terbaik utk mummy dan daddy! :) Alhamdulillah..

Ok, nanti sambung lagi.. Wassalam..

p/s: korang mesti dah tau bulan Disember promosi shaklee ape kan? Collagen tau! So, siapa yang memang teringin nak berkolagen tu, jom..jom.. Harga memang terbaiklah! :) boleh klik SINI utk info lebih lanjut...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...