Showing posts with label Senarai Keperluan Bayi dan Ibu Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Senarai Keperluan Bayi dan Ibu Bersalin. Show all posts

Wednesday, 23 July 2014

Tercicir Dari Senarai Checklist Bersalin

As salammualaikum wbt...

Sebelum ni, saya ada buat checklist barang baby dan mummy untuk di bawa ke hospital masa bersalin kan.. Saya rasa, ada sesuatu yang penting tak termasuk dalam checklist.. Tak pernah nampak dalam mana-mana checklist orang lain juga. Iaituuuu...

Checklist Barang Daddy!

Hahaha.. perlu ke? hmm..dalam kes saya perlu. Kalau next time bersalin lagi (kalau la kannn..rasa macam nak cukup setakat ini dulu..kikiki..sebab dah ada girl dan boy kononnya.. :p)
Kenapa kes saya perlu sangat???

Sebab, biasanya setakat ni my hubby akan temankan saya di hospital. Dulu masa Aleesya...lewat malam dah ada di hospital kat Melaka. So, sebab dari Shah Alam ke Melaka memang my hubby dah packing baju sikit untuk balik kampung. Then masa bersalin Aneesa pula..lahir dah dekat pukul 12 tengah malam..so selamat lagi dan my hubby pun ada balik rumah.
Tapiii... time baby Muhammad yang terbaru ni..my hubby dah kelam kabut kan..sebab petang terus siap nak ke hospital. Dengan berbaju kemeja kerja, dengan tak mandi lagi kann. Hadoilaa... saya pun tak teringat dan tak terfikir nak packing last tu sebab dah tak tahan contraction kan. :p

Jadi macam mana time tu? My hubby takde balik ambil baju pun. Sebab dah maghrib, perjalanan nak balik pun mungkin tak berapa lancar kot pada waktu tu. My hubby pun macam keletihan sebab panik menguruskan banyak hal tiba-tiba. So....terpaksa la my hubby pakai baju t-shirt saya yang di packing siap-siap. Masalahnya..t-shirt saya bawak semua jenis muslimah, berbunga-bunga u! :p berkain batik lagi~ (-_-')
Nasib la...terus tido je malam tu. Kesian my hubby. Sorry yer sayanggg...

If there is still more 'next time', in shaa Allah tak terjadi lagi perkara sebegitu.. packing siap-siap baju sekeluarga.hhahah. :D

p/s: tak tepek gambar laa..sebab, mestilah tak sampai hati nak ambil gambar berkenaan. :p

Sunday, 1 June 2014

Senarai Keperluan Bayi dan Ibu Bersalin

As salammualaikum wbt.. :) 

Ok, saya nak paste kat sini dulu senarai basic yang ada. Untuk rujukan bakal-bakal ibu dan saya pada masa akan datang lagi.. (hihi..ada hati berbaby lagi, yang dalam perut pun belum lahir.. :D) 
Actually, senarai ni panduan asal saya. Hasil google sewaktu dulu. Tapi saya dah ada siapkan list saya sendiri mengikut keperluan dan berpandukan pengalaman lalu dari kelahiran anak pertama dan kedua.
Jadi, saya letakkan yang draf asal dulu. kemudian nanti baru saya letak draf senarai saya. Jommm semak, mana belum beli..apa lagi, jom shoping! ;)


KEPERLUAN BABY ( PAKAIAN)
1) Bakul pakaian bayi
2) Baju Lengan Panjang
3) Baju Lengan Pendek 
4) Seluar Panjang
5) Seluar pendek 
6) Rompers 
7) Mittens & Booties 
8) Bonnet @ Topi-  
9) Baby Bip 
10) Barut
11) Bedung

DIAPERING
1) Napkin
2) Baby pin
3) Diapers @ lampin pakai buang
4) Wet tisssue
5) Changing mat
6) Nappy liners
7) Baldi dan bakul untuk lampin / baju kotor 
8) Detergent khas pencuci baju - saya guna Fresh Laundry
9) Botol sembur air

BABY CARE & GROOMING
1) Bakul Barang Mandian
2) Baby Bath
3) Baby Shampoo
4) Baby Powder
5) Baby lotion
6) Baby oil 
7) Tab Mandian Bayi 
8) Tuala mandi
10) Bakul Barangan Grooming &Health Care 
11) Minyak Telon
12) Nappy rush cream - saya guna herbal blend
13) Vicks 
14) Methylated Spirit- Alcohol 70%- cuci pusat sebelum luruh
15) Gripe water / Colic water (untuk kembung perut bayi)
16) Gunting Kecil 
17) Pemotong Kuku
18) Nasal Aspirator 
19) Termometer
20) Sikat / Berus Rambut
21) Toothbrush
22) Cotton Bud  
23) Cotton ball 


BARANGAN BREASTFEEDING
1) Botol Susu 
2) Puting 
3) Berus pembersih botol 
4) Penyepit botol 
5) Sterilising tablet 
6) Cecair pencuci botol - saya guna basic-H
7) Breast Pump Set 
8) Cooler Bag Set 
9) Warmer (tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh) 
10) Bottle Sterilizer 
11) Storage Bottle 
12) Nursing Cover 
13) Nursing Bra 
14) Nursing pad washable
15) Nursing pad disposal 
16) Termos


NURSERING- KEPERLUAN TIDUR BABY
1) Set tilam 
2) Extra tilam nipis bear 
3) Comforter
4) Kelambu 
5) Baby cot @ play pen

BARANGAN ASAS UNTUK MUMMY
1) Set Selepas Bersalin  
2) Bengkung 
3) Baju Sejuk
4) Tungku Moden 
5) Selipar 
6) Kain Batik
7) Pad (Extra Long)
8) Stoking
9) Minyak urut


KELENGKAPAN LAIN
1) Stroller
2) Car seat 
3) Baby carrier
4) Diapers bag
5) Mainan untuk play pen
6) Bouncer

BEG HOSPITAL MUMMY
1) Buku Rawatan Merah
2) Kad Pengenalan 
3) Guarantee Letter 
4) Telefon Bimbit 
5) Kamera
6) Baju / T-Shirt 
7) Kain Batik 
8) Tudung / Skaf 
9) Stoking
10) Baju Dalam / Seluar Dalam
11) Tuala Muka
12) Peralatan Mandi
13) Tuala Mandi
14) Bedak
15) Sikat
16)  Maternity Pad
17) Pad Biasa
18) Breast Pad 
19) Baju Sejuk
20) Selipar
21) Beg Plastik Baju Kotor 
22) Minyak Angin / Urut
23) Beg Pakaian 
24) Getah rambut 
25) Disposable panties (1set)

Alhamdulillah..sekarang saya dah 37 weeks plusssss.. whoaaa! less or more two weeks je lagi baby nak keluar. Moga semuanya berjalan lancar..Amiiin. So far dari senarai di atas, almost 90% dah siap persiapan barang. Ada yang KIV tunggu baby lahir baru akan dibeli juga.. Ok, later saya share updated list custom dari saya. Moga ia bermanfaat kepada yang memerlukan rujukan nanti.

Wassalam.. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...