Wednesday, 17 July 2013

Bilik Tidur Kanak-kanak Gegurl - Pink! :)


As salammualaikum..

Nak update tentang rumah pre-impian saya.. Maaflah, mungkin dalam sebulan dua post entry asyik berkisar rumah ni (ni pun control nak publish..control menunjukkan saya excited!haha.. :p)

Seperti yang telah mummy daddy janjikan pada anak dara kami, Aleesya dan Aneesa.. Bilik girl, kaler pink. Mmg Aleesya yang request nak kaler pink. Dua hari lepas, my hubby baru mengecat bilik aleesya ni.

Malam kelmarin, pergi tengok rumah. Sempat la snap gambar ni. 

Ok tak warna ni? Hihi.. Alhamdulillah..Aleesya love it! :)
Mula mula saya mmg nak buat feature wall.. Tapi my hubby kata sayanglah cat warna pink ni kalau tak pakai habiskan, ni cat baik..cat je lah keseluruhan ruang warna pink ye.. Iyerlah sayang..nnt kalau rasa dah muak dengan kaler pink ni, saya adjust letak feature wall. Bagi nafas baru bilik anak dara ni di masa akan datang..in shaa Allah.. :)

Haha..tingkap melopong. Renovation masih banyak. Anggaran untuk di diami sebelum raya macam semakin samar2..hikhik. Takpe lah, my hubby kata kalau nak renovation, kena bekorban buat betul2 sempurna. Nanti kalau dah duduk baru nak renovate, bergelumang dengan habuk, debu, bising dan kucar kacir semua barang. Baiklah sayangku! :)

Banyak rasa nak update. Tapi saya lagi rancak baca blog korang dari menaip blog sendiri.. Huwaaa..saya dah addicted dengan blog yang buat susun atur (organizing) ni. Heyy..korang punya rumah sangat cantik dan kemas. Nak macam tu jugaaaa.. Anda sebahagian dari sumber ilham saya nak deco rumah suatu hari nanti. :) tungguuu..

Doakan urusan rumah saya dipermudahkan dan tiada apa2 masalah ye..moga cepat saya dan family dapat duduk rumah pre-impian kami..amiin. 

0 comments on "Bilik Tidur Kanak-kanak Gegurl - Pink! :)"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men