Monday, 3 February 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

0 comments
As salammualaikum wbt...

Jom memeriahkan MEGA GA anjuran seorang ibu yang baik hati, Puan Ina. :) blogger IntaNBerlian.

Senang je..Korang gi terjah blog intan berlian, dan ikuti langkah mudah. (yang best, boleh copy paste je entry GA tu! ;p)

Ok, Klik Banner ni utk ke entry GA IntaNBerliaN ye:



1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry


Ok, SEMOGA BERJAYA!



Thursday, 19 December 2013

Resepi Sup Ketam

0 comments
As salammualaikum wbt.. :)
Lama tak letak resepi. Ok, kali ni nak letak resepi simple lagi. (dah memang selalu masak simple simple je kan saya ni..haha)

BAru-baru ni ada buat SUP KETAM. Actually pertama kali ketam saya masakkan sup. Sebelum ni, ketam asyik la kena dimasak lemak. Teringin punya pasal ditambah dengan nak cepat sebab tak berapa sihat. Jadi, masak yang simple, dah tak larat nak duduk kat dapur lama lama..Pitam! :')

Ok, ni resepi saya.. Saya olah ikut apa yang ada kat rumah. (Sebab sekarang limited nak keluar rumah beli barang, transport takde. :( Nak pos barang boleh la minta poslaju datang rumah pick up, tapi nak beli barang runcit??alangkah bestnya kalau kat melaka ni ada buat delivery barang barang runcit juga...)

Eh..pannjang betul mukadimah. Ok, jom teruskan tengok resepi.


SUP KETAM (utk 2 orang dewasa..tapi saya tiga orang sebab dua orang lagi anak anak yang kecil lagi, so diorang makan sorang seblah je :p)

Bahan bahan:
2 Ekor Ketam
1 labu bawang besar
2 ulas bawng putih
1/2 inci halia
1 batang Cili kering (dibelah 2)
1 biji kiub ayam maggi
Daun Bawang
Lobak Merah
Kentang
Garam secukup rasa

Cara cara:
Campak semua dalam periuk untuk ditumis. Letak air (saya mmg letak air banyak supaya banyak kuah untuk dihirup. :) Letak kentang dan lobak. Dah mendidih, masukkan ketam..daun bawang. Tutup api bila dah masak. ;)
Sedia utk dimakan!

Sekian...tu je dulu ye. Wasaalam.. :)


Sunday, 24 November 2013

Aneesa pegang cicakkkkkk!

1 comments
As salammualaikum wbt.. :)

Bagaimana hujung minggu anda? Moga kalian baik2 juga.. ;)
Lamanya tak update... Takpelah, update mana termampu. Kebetulan anak2 dah tidur keletihan, ada wifi kat rumah ibu mertua ni, sambil update whatsapp customer shaklee saya, sambil quick update blog dari henpon.. :p

Hari ni, kami teman MIL ke pameran ikan hiasan kat MiTC Melaka ni. Ok je.. Takde la menariks sangat utk saya yang tak berapa minat..kikiki. :p tp ok sebenarnya, dapat tengok hidupan laut yg kita tak mampu mak bela kat rumah..(ada yg mampu..tp mahal woo) itu jellyfish, ada berani nak bela kat rumah? Cantik sangat.. Tak sempat snap picture, sebab membawak kakak Aleesya yg khusyuk tgk hidupan2 tu semua dgn diiringi soalan2nya bertubi2. Hahah.. Layankan saje.. :) kanak2 nak membesar mmg banyak persoalan dlm minda mereka utk menjana pengetahuan. 

Eh..jap2. Tajuk entry lain..cerita lain la..hahaha.. Sori2. Tajuk tu letak sebab ni antara gambar yg sempat snap masa kat pameran td. :p
Tengokkkkkk....
Aneesa dengan cicaknyaaa.. Rm800 sekor okehhhh!

Ok, mummy awal2 dah surrender menyentuh makhluk itu! :p aneesa, aleesya memang beriya nak pegang. Lagi satu haiwan sugar glider, merajuk aleesya  nak jugak pegang. Part ni memang serahkan pada daddy untuk melayan sebab mummy dah geli geleman nengoknyaaa..uwaaa..

Anyway, glad to see them happy. :)

Dah, nanti sambung lagi di lain entry. Paste gambar kakak Aleesya pulak. 
Wassalam.. :)

Tuesday, 5 November 2013

Merajuk dapat mungeee.. ;)

1 comments
As salammualaikum wbt.. :)

Nak buat entry ringkas je.. Hati gembira dapat bungaaaa... ;)

Semalam saya yang buat silap kat my hubby.. Pastu mesti la kena marah. Then bila kena marah, sentap jap. Dah majukkkk. :p

Masalahnya..saya yang buat silap, tapi saya yang merajuk.. Then dapat dipujuk n dapat bunga? Ada ke patut? That is why i love my hubby more!hihihi..

Thanks a lot my dear hubby kerana selalu menerima saya seadanya... 
Bunga pun dah semakin mekar.. Semekar cinta kami..ehem2. Terjiwang pula. 


P/s: bunga diletakkan sebagai hiasan di bilik Aleesya, bukan bilik mmy ddy. Berebut bunga dgn mummy..nak jugak katanya..haha. Takpe la Aleesya syg.. ;) amek la...

Monday, 30 September 2013

Aktiviti Pilihan Hujung Minggu - Jogging, Cycling, Picnic

1 comments
As salammualaikum wbt.. :)

Terlalu banyak cerita nak update, tapi tak sempat nak update! Sampai tak tahu nak cerita mana dulu.kikiki.. :p

Takpelah..cerita tentang weekend lepas dulu. Then kita throwback satu2, kenang kisah2 yang dah terlepas nak update.hahaha..

Dah dua kali hujung minggu (Ahad) kami sekeluarga beriadah bersama keluarga MIL. Walau sekarang dah berpindah ke rumah sendiri, tak tinggal lagi di rumah mil..kebanyakkan aktiviti beriadah kami memang join together gether.Rumah MIL 5 minit je dah sampai kalau pecut! :p

LOkasi pilihan #TamanBotanikalMelaka. Sesiapa nak beriadah yang costless, priceless kat Melaka ni boleh la sekali jom.. Kot2 jogging, cycling kita berselisih, nanti hai hai la kan.. :)

Best! Sambil jogging dengar bunyi cengkerik, udara sejuk nyaman..berpeluh dan ringan badan. ;)
Jom layan sikit gambar. Tak snap banyak pun.. sebab leka berjogging kan (kononnya :p)

Kami cycling..tapi ni bukan basikal yg kami bawak.. action nak ambil gambar je ni. :p

Mil, saya, aneesa, aleesya, biras. Basikal ni ada dua..kami bawa yang ni la, sebab ada tempat duduk anak kecil (kat tempat aleesya sedang duduk tu). Penat kayuh naik bukit..masing2 dah tolak beskal! :p

Ni kat taman
Picnic..potluck! :)

Saya bawa sandwich dan buah tembikai.. :)

Last..dah ponat. jom balik! 
Best..in shaa Allah memang akan pergi lagi. Stay healthy, stay fit! :)
Wslm..


Saturday, 3 August 2013

Ucapan hari raya canggih - Bookmark! :)

4 comments
As salammualaikum wbt..

Dulu, asal nak raya je kemain gigih tulis kad raya, pakai posto posto..baru ada feel kan?hihi..
Nampaknya..zaman kad raya semakin pudar. Ramai yang wish hari raya melaui SMS, FB, dan lain2 servis mesej yang free. Kurang sikit feel..tapi, dah tu lah namanya peredaran zaman kan. ;)

Kalau ada yang bagi kad raya pun, tak ramai yang simpan..atau memang akan simpan berzaman dalam kotak. Excited dapat kad raya kejap je. Takpelah..sekurang-kurangnya, ada kad raya.. Saya, takde buat kad raya tahun ni. Wish kat blog je aci tak? hahah.. eleh..bukan ada org baca blog saya ni pun..nak wish kat siapa kan...sadisss... Tapi, kot2 ada yang baca, SELAMAT HARI RAYA YE! Ampun maaf jika ada salah silap.. :)

Ok..berbalik pada tajuk entry. Tahun ni saya dapat ucapan hari raya yang canggih dan kreatif!
Bookmark tau! dari salah seorang blogger yang sweet mweet.. - IntaNBeliaN :)
So, lepas hari raya..takde la terus simpan dalam kotak. Boleh selit dalam buku... Hari2 dok baca buku, tatap wajah lembut ina @intanbelian dan her cutest kids, Alisha & Aqilah. :) habislah..sampai termimpi2 nanti sebab tatap wajah mereka hari2..hihi. 

Terima kasih Ina! Selamat Hari Raya juga buat Ina sekeluarga.. Saya doakan supaya ina sekeluarga sentiasa berbahagia dunia akhirat..amiin.
Walau tak pernah bersua pun, tapi terasa macam ina sahabat saya..hari2 baca kisah ina dan anak2 dalam blog, rasa macam korang sefamili dekat je..kihkih. :) Terima kasih ina sebab kongsikan banyak cerita yang banyak  juga menjadi sumber inspirasi saya.. :) :) :)
Mana tahu, suatu hari kita dapat bersua... Wahh..excitednya kalau dapat jumpa ina.. kalah excited jumpa artiss tau. Macam2 saya nak interview ina nanti..haha. Opps..saya ada hutang ina soalan utk diajukan, tapi saya masih malu nak tanya.. nanti saya buat soalan yg ringkas dan padat eh.. entah bila~ :p

Ok, jom tengok bookmark raya 2013! :)

Oh ya..ada juga hp strap flower yang comel! tq inaaa... :)

Ok..tu je cerita dulu. Nanti saya sambung lagi..sebab, kerana bookmark ina ni, dah ada seorang lagi pembaca tegar blog IntaNBeliaN tauuu ;p

Tunggu story di lain entry..

Wslm.. 

Tuesday, 30 July 2013

Tema 'White House' bertukar

1 comments
Assalammualaikum wbt.. :)

Dah nak raya...rumah pre-impian masih belum siap sepenuhnya. Kalau tengok, macam banyak lagi. Tapi tak apa, ikut plan je. My hubby pun bekerja keras nampaknya dengan my FIL untuk menyiapkan rumah by this raya. :)

Alhamdulillah.. kebanyakkan renovation DIY. Jimat sikit..Kecuali renovation berat kat bahagian dapur dan car poarch. Sebab nak pasang tiles semua tu perlu yang berpengalaman. Wiring, finishing, mengecat..sampailah ke buat pagar gate pun my hubby and my FIL buat sendiri! Saya buat apa?haha..part part deco boleh la. Tapi selagi rumah tak bersih lagi, mmg payah saya nak perah otak ni. Lagipun banyak sangat dikelilingi "interior designer"..pening dan bercelaru nak terima semua pendapat. Nanti, dah duduk rumah pre-impian, baru saya fikirkan dan jalankan projek deco deco secara berperingkat.

Hari ni baru lepas 'hunting' for langsir! hihihi.. lama dah nak cari. Tapi kekangan masa asyik tak sempat nak singgah kat Kamdar atau Nagoya. Nak beli yang dah siap kat Tesco ke, Giant ke, Aeon ke..fuh! fuluss nya perlu banyakkk.. *kesat peluh* 
Jadi, bercita-cita tinggi nak jahit sendiri langsir. *peluh meleleh leleh ni..*haha..nasib baik la hanya langsir Sliding Door dan tingkap master bedroom 3 panel je. Ni pun harap sempatlah, yelaa jahit langsir tak bertauliah. Moga yang jadi nanti betul2 langsir..jgn langsuir sudah! :p


Tema kaler rumah sebelum ni ialah putih..putih..dan putih! Suci dan bersih..
Tapi sebab mengambil kira pendapat interior designer tersayang sayang, maka segala cadangan dipertimbangkan.
Maka, pada asalnya saya nak beli langsir kaler Grey + White dah bertukar pada Cream + Brown.
Tiles car poarch pun brown + light brown. Dapur tiles floor pun dark brown. Cuma table top dapur masih dapat dikekalkan WHITE! Yeayyyyyy :)

Ok..nnt sambung lagi.. nak tolong mil masak berbuka. ;)

Wslm..

Thursday, 25 July 2013

Wean off, 2 tahun?

0 comments
As salammualaikum wbt..

Aneesa sekarang ni, 1 tahun 11 bulan. Kalau ikut kalendar islam, 19 ramadhan ni dah genap 2 tahun. :) dah besar dah Aneesa.. Lama tak update tentang perkembangan Aneesa. Nanti perlu buat entry flashback untuk tengok perkembangan dia sepanjang 2 tahun ni..hihi. Bayar hutang entry tentang Aneesa yang tertangguh. :p

Wean off saya biasa dengar untuk anak2 yang 2 tahun. Ada juga ramai mommies sekarang ni tabah mengharungi breastfeeding journey lebih darin2 tahun, ada yang menyusukan adik kecik dengan kakak/abang serentak. Wah! Mmg tabik springgg..kagum dengan ibu kental. :) 

Saya? Setelah berbincang dengan my hubby, kontrak Aneesa dan us'us nya (cara aneesa sebut susu jadi us'us) mungkin akan ditamatkan dalam masa terdekat ni. Atas sebab2 tertentu. Takde terdesak untuk bercerai susu, tapi slow2. Harap saya dan Aneesa dah betul2 bersedia untuk ini. 

Banyak step2 yang saya dah cuba. Antaranya..Psyco, borak2 sampai dia faham, berlakon sakit saat dia tergigit cik N, letak asam jawa, garam, nescafe.. Nanti saya ceritakan satu persatu mungkin di kemudian entry. Hari ni nak cerita tentang cubaan n keputusan hari ni. Hihihi..

Jadam! Pagi tadi saya letak jadam. Sebenarnya saya tak sampai hati nak letak jadam. Tak nak beri memori tak best saat perpisahan the precious bonding ni. Kalau boleh, biarlah ia menjadi kenangan manis sampai ke akhirnya. :)

Ok, pagi tadi memang saya letak jadam. Tapi, saya tak beri Aneesa menyusu badan dari pagi sampai la petang. Biasanya, paling lama selang 3 jam mesti dia nak menyusu badan. Saya leka kan Aneesa pagi2 dengan macam2 makanan, koko crunch dengan susu, makan mee, nasi dan macam2. Saya pun tak sangka berjaya mengalihkan tumpuan dia nak susu selama ini. Ada juga tanda2 dia nak susu, meragam. Tapi saya cakap elok2 dengan dia tak boleh susu. Pastu cecepat alihkan tumpuan dia. mengamuk kecil tu mmg ada.

Kemudian, cabaran nak tidurkan dia. Mmg mencabar mula2. Saya sangka mmg saya tak sampai hati, dan akan bg jugak dia mengempeng sampai tertidur. Tapi, saya tak terus mengalah. Kuatkan juga hati. Borak2 dengan Aneesa, dia dah besar. Buatkan dia susu dalam botol. Alhamdulillah..Aneesa nampaknya mula minum sikit juga. Biasanya mengamuk terus bila nampak botol. 

Masa tu dah masuk waktu zohor. Tapi saya nak tidurkan Aneesa dulu supaya saya tak terfikir2. Aleesya pun masuk bilik, mengantuk katanya. Jadi, saya dodoi dua2 sekali kakak adik ni. Tepuk2 n zikir. Berapa saat je Aleesya yang dah terlelap. Aneesa masih rancak berborak dengan saya. "Aneesa dah big already. No need us us to sleep dah kan.." saya ulang2 cakap macam tu dengan Aneesa. Saya rasa dia pun sedang bergelut dengan perasaannya menahan nak susu. Huuuu..

Jam dah nak dekat pukul 3, saya masih dodoikan Aneesa, borak2 dengan dia. Takpe lah, saya rasa perlu solat dulu.
"mummy solat kejap ye sayang. Nanti mummy sleep kan Aneesa lagi. Aneesa bubum dulu n close your eyes ok. Nanti mummy come." pesan saya pada Aneesa.

Saya ambil wuduk dan terus solat berdekatan katil. Sedang saya solat, terdengar suara halus Aneesa "big already..big already..big already.." Aneesa ulang ulang ayat tu banyak kali..tiba tiba saya sebak. Saya teruskan solat juga. Suara makin lama makin perlahan..dan tiba tiba senyap. Mungkin dah terlelap Aneesa. Betul2 buat saya sebak terkedu. Tak tau nak bgtau macam mana perasaan tu. 

Habis solat, terus tengok Aneesa. Ya, dia dah terlelap. Bantal empat segi kecil tutup sebahagian muka dia. Pandainya anak mummy tidur sendiri dah..
Terfikir, adakah saat hari ni adalah harinya Aneesa dan mummy tiada lagi precious bonding?

Ok, terus ke dapur bantu MiL masak untuk berbuka.. Kelentung kelentang di dapur. Hihi.. Hampir pukul 4, aneesa dah teriak bangun. Pujuk2 dia, taknak reda. Ambik susu botol, lagi mengamuk teruk. Saya tak sekental mana hati ni. Jadi saya bagi juga. Tetiba teringat jadam saya ada letak pagi tadi. Masih pahit lagi rasanya..orang kata rasa jadam ni kuat betul n lama.

Tapi..Aneesa menyusu dengan semangatnya tanpa mengendahkan rasa jadam ke apa2. Atau dah hilang rasa pahit tu???

So, gagal untuk cubaan hari ni. Hihi.. Takde la gagal. Sebab nampak ada kemajuan. Sebelum tidur tu Aneesa berjaya tidur tanpa mengempeng! Tahniah Aneesa! U are such a good girl! Alhamdulillah...
Ok..nanti cerita lagi. Buat masa ni, saya juga sedang toilet train Aneesa. Saya akan ceritakan kemudian, in shaa Allah. :)
Submarine.. Sekadar gambar hiasan utk latest picture Aneesa at 1year 11months. :)

Sunday, 21 July 2013

Oh..artis!

1 comments
As salammualaikum.. :)

Dua hari lepas, saya rushing nak pergi jumpa kawan. Then, singgahlah Mydin Ayer Keroh nak beli vitagen sebab Aleesya dah berapa hari minta, tapi saya tak sempat nak beli. Nak topup beberapa groceries juga. 

Time tengah nak ambil troli tu, tetiba nampak ramai pula yang beratur. Ingat ada promosi hebat.hahaha..
Rupanya Lisa Surihani nak datang..meet n greet dgn duta Garnier.. :)

Ohhh..takde la kisah sangat. Walaupun mmg suka tengok Puan Lisa Surihani, tak pernah pun mengharapkan akan berjumpa dgn dia.. (ececehh..dulu2 zaman muda pernah gak masuk contest lip ice konon2 nak hi-tea dgn Lisa Surihani tu..hahah. Berangan je kan konon dapat jumpa! :p) lagipun, tak sanggup nak serbu dengan hangkut anak2 kanan kiri dgn gendong lagi. 

So, time ni dpt tgk live dari jauh je la kononnya...kikiki. Tengah tengok barang, Lisa pun sampai..

Sempat la snap tapi tak nampak muka.hahah.. Aleesya cakap.. "Mummy, sape tu kakak cantik yang tak pakai tudung tu? Macam dalam telivisyen tu je.."
Haha..aleesya pun tau rupanya.. Saya pun ye la, layan aleesya borak2. Tak habis2 dia ulang 'kakak cantik tak pakai tudung' dgn suara yg kuat sambil makan choki2 time puasa ni..hikhik. "psst..aleesya, jgn la cakap kuat2 tak pakai tudung tu. Ckp aunty cantik je.."hihihi..kebetulan kat cashier.. Kakak cashier tu pun tak pakai tudung..nasib lerr.. :p maaf ye..anak saya mmg berterus terang. 

"mummy..aleesya pun nak take picture dgn kakak cantik tak pakai tudung tu.."
Alamak! Aleesya dah request sbb nampak semua org gi ambil gambar. Adoyaiii..dengan ramai orang, dengan mummy muka baju tudung semua selebet. Uwarrrgghh... Takpe..takpe. Kerana anakku..

Kebetulan lepas bayar, org beratur nak autograf dah sangat susut. Tinggal bape ketul je..mungkin sbb rezeki Aleesya nak ambil gambar. Jadi, mummy pun pasrah gi ambil gambar dengan tak sememeh je rasa..dgn langsung tak pakai apa bedak pun...*kalau tau, i touch up tau sebelum kuar hari ni.. :p


Tapiiii...aleesya dah depan mata dgn lisa, mula lah dia maluuuu...aisehhh..aleesya ni. Takkan nak patah balik kan. Tangkap je la gambar..


Ok dah..tak nak tengok gambar ni lama2. Nangis tau tengok. Uwaaaa...Betapa contranyer diriku bila ambil gambar dengan orang cantikkk! *pasrah...
Subahanallah..Lisa Surihani mmg cantik :)

Ok, tak boleh lama nak tatap wajah cantik..sebab lepas tu saya rushing nak pergi poslaju, hantar barang Shaklee.. Takmo lewat2 sebab nak balik tolong MiL siapkan juadah berbuka puasa. :)

Wslm..








Wednesday, 17 July 2013

Bilik Tidur Kanak-kanak Gegurl - Pink! :)

0 comments
As salammualaikum..

Nak update tentang rumah pre-impian saya.. Maaflah, mungkin dalam sebulan dua post entry asyik berkisar rumah ni (ni pun control nak publish..control menunjukkan saya excited!haha.. :p)

Seperti yang telah mummy daddy janjikan pada anak dara kami, Aleesya dan Aneesa.. Bilik girl, kaler pink. Mmg Aleesya yang request nak kaler pink. Dua hari lepas, my hubby baru mengecat bilik aleesya ni.

Malam kelmarin, pergi tengok rumah. Sempat la snap gambar ni. 

Ok tak warna ni? Hihi.. Alhamdulillah..Aleesya love it! :)
Mula mula saya mmg nak buat feature wall.. Tapi my hubby kata sayanglah cat warna pink ni kalau tak pakai habiskan, ni cat baik..cat je lah keseluruhan ruang warna pink ye.. Iyerlah sayang..nnt kalau rasa dah muak dengan kaler pink ni, saya adjust letak feature wall. Bagi nafas baru bilik anak dara ni di masa akan datang..in shaa Allah.. :)

Haha..tingkap melopong. Renovation masih banyak. Anggaran untuk di diami sebelum raya macam semakin samar2..hikhik. Takpe lah, my hubby kata kalau nak renovation, kena bekorban buat betul2 sempurna. Nanti kalau dah duduk baru nak renovate, bergelumang dengan habuk, debu, bising dan kucar kacir semua barang. Baiklah sayangku! :)

Banyak rasa nak update. Tapi saya lagi rancak baca blog korang dari menaip blog sendiri.. Huwaaa..saya dah addicted dengan blog yang buat susun atur (organizing) ni. Heyy..korang punya rumah sangat cantik dan kemas. Nak macam tu jugaaaa.. Anda sebahagian dari sumber ilham saya nak deco rumah suatu hari nanti. :) tungguuu..

Doakan urusan rumah saya dipermudahkan dan tiada apa2 masalah ye..moga cepat saya dan family dapat duduk rumah pre-impian kami..amiin. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Mummy ♥ my lil greenyHouse © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men