Sunday, 28 January 2018

Gotong Royong Sekolah

Bismillah.. As salammualaikum wbt... :)

Aktiviti sabtu pagi hujung minggu bersama anak-anak coz daddy is away. Daddy outstation with ummi, so mommy keep busy to avoid loneliness.. Haha.. Takde lah lonely sangat, cuma lately ni hati banyak terasa sayu dan banyak benda bertalu-talu nak difikirkan. :')

Jadi, kebetulan ada program gotong royong di sekolah kakak Aleesya dan kakak Aneesa. Pergi gotong royong angkut semua anak-anak. :D boleh ke nak buat kerja?
Boleh je. Tapi ada beberapa tugas jadi limited sikit. Bantu mana yang termampu. 

Kelas kakak Aneesa tahun 1 Bijak. Banyak nak kena buat dari mula. Sebab kelasnya agak tak berapa ceria. Nampaknya banyak barang dah uzur juga. Mommy bawa drill tapi lupa nak capai mata drill yang sesuai. Jadi tak dapat gunakan juga. 
Dapat buat yang asas je. Balut meja, kemas-kemas, dan yang lain-lain kena aturkan semula masa sambung. 

Pasang alas meja murid dan meja guru baru. Guna tikar getah. 
Skirting guru dah ada, skirting meja murid on the way tempahan. 
Hari persekolahan hari tu dah bawakan Aneesa jam dinding untuk beri pada kelas. 
Jam dinding belum sempat gantung. Takde paku dinding simen, mata drill lubang pun lupa bawa. :p


Macam mana mommy bantu buat kerja ada baby? (bukan baby sangat sebab dah setahun, tapi sebab asyik nak berkepit dan kira bongsu buat masa ni, masih gelarkan baby. Hehehe..). 
Mommy pakai baby carrier, belah belakang. So, cikBaby pun kepit sambil perhati je kerja mommy buat. Terbongkok-bongkok mommg menyapu, potong tikar getah.., redah je... :'D 
(syukur carrier dah jumpa, sebelum ni mommy ada story yang ssc tertinggal tu, waiter tu simpankan.. :D) Memang carrier ssc mommy ni sangat membantu. 


Hijau alas meja kelas Aneesa.
CikBaby dah pindah gendong bahagian depan time ni sebab dia dah nampak macam nak take a nap. 


Alham pula macam mana mommy uruskan?
Alham memang agak aktif dari kakak-kakak yang lain. Sometimes mommy rasa tak berapa dapat nak fully control dia. Sebab daddy is away, so I need backup helper. Gadget! #jangankecam :'D 
Mommy memang masih stage nak gadget-free anak-anak, mostly Alham. So far masih dalam kawalan penggunaanya. 
Mommy beri tab/phone with limited time and reasons je. 
This time mommy pesan pada Alham;
- when mommy kata simpan dulu, simpan ok?
- when mommy kata dah, dah ok?
- at home cannot tab/phone anymore ok?

Alhamdulillah.. So far so food. Semua Alham cakap ok. Dan he stick to his promise. :)

Sampai rumah, "mommy, Alham nak fon mommy boleh tak?"
Saje nak test mommy ke apa tu? Hahahaha..
Mommy jawab, "cannot kan...kita dah at home"
Alham sambung, "at home cannot fon, games.. If follow mommy work, can kan?"
:)

Tinggalkan kejap kelas Aneesa, jengah kelas Aleesya tahun 3 pula if anything yang perlukan bantuan mommy. 
Fuhh.. Mencungap mommy naik tingkat 3 sambil kendong Afeera. Alham suka la dapat main tangga. 



Kelas Aleesya sangatlah cantik. Speechless mommy. Cikgunya memang suka dekorasi. 
Okay, this is one of the reason kakak suka pergi sekolah. :)
Nampak kelas 3A ni parents and guru kelas pun sangat supportive. Alhamdulillah. 
So, mommy tolong lite je. 
Potong-potong kertas jadual, susun kerusi meja, pasang alas meja instant. 

Cantik dan bersih. Kaca tinggap dinding pun bersih berkilat dah. Clearly boleh see through! :)
Wallpaper pun sangatlah mendamaikan warnanya. Mommy dah la suka green! I like kelas Aleesya ni. Syiling pun baru cat. Alhamdulillah ramai parents yang bantu kat sini. 

Mommy menyelit. Bantu sikit-sikit je hujung ni. CikBaby dah lelap. 
Warna oren peach ni la yang mommy kata alas meja instant tu. Bawah penjuru tu ada getah untuk sangkut kat meja. 
Plastik alas meja boleh selit kertas notes. 

Penutup, rajin Aneesa sapu kelas bersih-bersih. :)

Jamuan makan secara potluck. 
Mommy bawa sikit tambahan nasi lemak kukus dan kuih talam suji chocolate. Tempah jiran-jiran taman je. Tak menyempat nak plan prepare sendiri. Jiran masak pun sedappp... Boleh kata kerap beli pada mereka. Kalau you all area Melaka sini nak order kuih talam atau nasi lemak kukus singgit, bagitau mommy ok. Nanti mommy bagi contact number.

Okay, balik sakit pinggang dan kejang otot tangan. Hahaha.. 
Kakak Aleesya suddently slightly fever.
Hari ni sepatutnya ada kenduri jiran taman. Tak tahu dapat pergi tak sebab daddy is away, Aleesya pula tak berapa sihat. Tolong doakan sama untuk Aleesya get well soon ya.. Alham and Afeera pun baru baik demam. Moga-moga semua diberi kesihatan yang sempurna. 
Hati sayu.. :')
The struggle is real!

Love,
Mommy_ima~
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...