Thursday, 18 January 2018

Movie family-date: Jumanji


Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Lamanya tak update Blog mommy..
Macam biasa, sampai tak tahu nak update yang mana dulu. Hahaha..
Banyak juga nak kena tulis kat blog sebelum memori mommy dah luput.. :p

Last pergi tengok movie masa Cars 3.
Mommy kalau tengok movie, kena yang cerita kids boleh layan. Kalau tak, jangan harap dapat jejak lagi dalam panggung wayang. :'D lainlah daddy, sekejapan je dia calling-calling member ajak tengok movie bawa diri.  -_,-


Hari ni last minit daddy ajak tengok movie. Pada kitorang, best Jumanji ni. 8/10 stars mommy bagi. :)
Dah tak pakai dam dam lagi, yang ni pakai jumanji jenis play station. :D wataknya pun best.. Kelakar.. ;)

Kalau ada sesetengah part yang kids tak sesuai tengok (macam kissing ke..), my kids memang dah biasa tutup mata sendiri. Just selalu tanya "dah sudah belum..dah sudah belum.." :'D
Alham siap-siap dia yang tutupkan mata mommy pakai tangan dia. "mommy don't look!". Haha..
Ni antara first movie yang bukan cartoon rasanya bawa my kids. Owh..tak, sebelum ni pernah movie Cinderella. Tapi kira adaptasi cerita animasi juga tu kan.

Lepas layan movie, layan perut yang berkeroncong pula kat Boat Noodles.
Dah lama mommy nak makan Boat Noodles lagi. Tapi daddy tak minat, so tunda keingginan makan ni. Sebelum ni pernah makan Boat Noodles kat Damansara n D'pulze.
Thank you daddy sebab makan juga kat sini (terus makan sini sebab nampak sangat ke mommy jeling sambil telan air liur kat depan outlet Boat Noodles masa lalu tadi?hiks! :p)


Tapi mommy agak sedih bila dah sampai rumah, sebab baru terperasan yang baby carrier tertinggal! :'(


Sebab last daddy yang handle carrier ni. Daddy letak kat atas baby chair belakang tu. Pastu dah terlupa nak ambil. Aduhai... :(

Sentimental value carrier ni. First SCC mommy beli sejak Alham lahir. Memang berjasa banyak carrier ni. Sangat membantu mommy susah senang masa mommy sendirian uruskan anak-anak sejak daddy kerja jauh dulu.
Memang dah lusuh, tapi masih berguna. Mommy memang nak simpan je carrier ni buat kenangan walau next maybe takde baby kecil lagi.
Harap ada rezeki jumpa balik carrier ni.
Esok kalau ada masa, nak lari kejap singgah sana tengok kalau-kalau ada lagi. Sob..sob.. :'(

It's ok.. Ada hikmahnya. Sedia untuk berlapang dada menerima berita tentang ssc kesayangan esok. :')


Love,
Mommy_ima~

0 comments on "Movie family-date: Jumanji"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men