Thursday, 19 December 2013

Resepi Sup Ketam


As salammualaikum wbt.. :)
Lama tak letak resepi. Ok, kali ni nak letak resepi simple lagi. (dah memang selalu masak simple simple je kan saya ni..haha)

BAru-baru ni ada buat SUP KETAM. Actually pertama kali ketam saya masakkan sup. Sebelum ni, ketam asyik la kena dimasak lemak. Teringin punya pasal ditambah dengan nak cepat sebab tak berapa sihat. Jadi, masak yang simple, dah tak larat nak duduk kat dapur lama lama..Pitam! :')

Ok, ni resepi saya.. Saya olah ikut apa yang ada kat rumah. (Sebab sekarang limited nak keluar rumah beli barang, transport takde. :( Nak pos barang boleh la minta poslaju datang rumah pick up, tapi nak beli barang runcit??alangkah bestnya kalau kat melaka ni ada buat delivery barang barang runcit juga...)

Eh..pannjang betul mukadimah. Ok, jom teruskan tengok resepi.


SUP KETAM (utk 2 orang dewasa..tapi saya tiga orang sebab dua orang lagi anak anak yang kecil lagi, so diorang makan sorang seblah je :p)

Bahan bahan:
2 Ekor Ketam
1 labu bawang besar
2 ulas bawng putih
1/2 inci halia
1 batang Cili kering (dibelah 2)
1 biji kiub ayam maggi
Daun Bawang
Lobak Merah
Kentang
Garam secukup rasa

Cara cara:
Campak semua dalam periuk untuk ditumis. Letak air (saya mmg letak air banyak supaya banyak kuah untuk dihirup. :) Letak kentang dan lobak. Dah mendidih, masukkan ketam..daun bawang. Tutup api bila dah masak. ;)
Sedia utk dimakan!

Sekian...tu je dulu ye. Wasaalam.. :)


1 comments on "Resepi Sup Ketam"

MAZLIZA ABD RAZAK on 20 December 2013 at 08:20 said...

ermmm...nyum..nyum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men