Thursday, 27 November 2014

Persediaan First Baby Solid Food


As salammualaikum wbt.. :)

Wah wah.. excited nak cerita first solid food for baby pula. Macamlah anak baru 1. :p Anak dah 3 ni baru terhegeh-hegeh nak taip entry tentang solid food. Takpelah, buat rujukan akan datang (ada ke baby baru akan datang?hikhik.. :p) dan mungkin rujukan mommies to be yang lain.

Baby Muhammad will turn 6 month old very soon! Alhamdulillah..

Apa yang terfikir dengan BABY FIRST SOLID FOOD?

Nestum? NO NO NO okehhh!

Puree! Yes.. healthy smoothy gooey freshy food.

Jadi apa preparation?

  1. Steamer
  2. Blender/ processor
  3. Puree Storage cube/ cup.
  4. Feeding tools (sudu dan mangkuk BPA free -kaca pun bolehh je.. :p)
  5. resepi :)
Excited pula saya. Dulu masa anak pertama kedua pun excited juga, tapi excited kini kembali berulang.hahaha... Bertambah excited sebab macam-macam info dan ilmu dikumpul. 

Food Steamer & Processor. Banyak pilihan sekarang ni. :) hebat hebat belaka, canggih.

Avent Steamer and Processor. Yang ni memang best sangat! (harga pun best..kikiki)
Steam makanan, then terbalikkan tabung tu untuk terus blend panas-panas.
Awesome sangat tau! 
Tapi..saya takde la nak invest yang ni sebab memang akan guna kejap je. Lainlah kalau baby Muhammad ada adikkkk ramaiiii lagi lepas ni. :p


Little Bean Multifunction Food Processor LBBEF-BFS504. Yang ni antara yang saya tergoda. 
Steamer & Prosessor juga. Tapi lain-lain bekas. Yang kiri bekas bulat putih atas hijau tu steamer dia.
Harga paling mahal rm299. Tengah offer kat Lazada rm139 sahaja!
Tapi..tapi...saya masih nak baca review banyak-banyak dulu. Taknak menyesal beli.
Masuk wish list! :)

Philips Hand Blender. Yang ni best juga.
Boleh blend panas-panas terus. Dalam periuk pun boleh terus blend.hihi..
Senang cuci, senang simpan, boleh blend kuantiti sikit.
Harga, boleh tahan..kikiki. 
rm300-400 kot. :p



Philips Mini Blender. Comel je.
Senang nak angkut ke mana-mana.
Harga, tak pasti..sorii... :p




Shake n Take. Ada mommies yang guna ni je.
So far okey. Tekstur tak pasti la.
Ok kot..senang sebab mommy boleh guna sekali. Lagipun confirm tak bau cili.hahah..
Kalau tekstur tak ok untuk intro, maybe boleh je tapis. ;)



Food Chopper Cosway - ada review dari rakan facebook kata okey je dia guna ni untuk baby food. Blend smooth even untuk intro 6months. Dia beli pun tak mahal, rm60+. Wahh..ni kalau tak buat baby food pun, saya dah tergoda untuk blend macam macam..haha. 


Banyak juga brand lain yang saya baca review. Masih tak dapat buat keputusan.
My hubby pun tak larat nak layan saya. Kejap nak beli tu, kejap nak yang ni.
Kejap nak steamer. Aik???

Steamer pula.....kisahnya, sebab dulu memang kami bercita-cita nak beli steamer elektrik.
Dulu masa Aleesya Aneesa baby, saya steam pakai periuk besar je. Pastu saya dah bijak sikit, pakai kuali yang diletakkan jaring bulat tu, pastu tutup la pakai tutup kuali. Saya tak sanggup nak keluar masuk periuk kukus besar gedabak setiap hari..wakakaka. :D

Steamer Tefal. Tepek gambar TEFAL terus.hahahah.. :D
tinggi cita-cita. :p

Steamer ELBA. Murah sikit. ;)

Then, bila dah cita-cita nak beli steamer, blender macam mana?
Saya nak beli tabung blender je rasanya. Sebab yang ada ni dah lunyai buat blend cili bawang serai bagai kan. So nak beli tabung khas untuk makanan baby. Harap jumpa saiz yang sesuai dengan rumah power bawah tu la. Doakan jumpa ye, jimat sikit..hihi. Dan lebih praktikal, tak payah mak susah-susah nak fikir simpan banyak-banyak barang.

Puree storage pula saya ada beli 8 ketul. Yang macam ni:
Easy Storage Baby food/ breastmilk. rm17.
BPA free.

Beli 1 tray je. Sebab rasa cukup konon. Takpe, tak cukup beli lagi. Or maybe nak beli cube ice silicone, senang nak keluarkan cube puree. :)

Cute kan. Senang keluarkan frozen puree. Just pop up je. Then kumpul puree beku dalam satu bekas.
Jimat space. :)

Feeding tools. Tak cari lagi. Nak cari spoon yang sudunya lembut. Zaman kakak-kakaknya punya sudu, dah campak mana-mana la kan..haha. Haruslah yang baru.

Resepi?
Nanti kita google je. Atau boleh share resepi dari group facebook Solid & Semisolid Food for Your Baby.

Tu je dulu ye. Nanti saya try update lagi. ;)

Love,
Mummy Ima







2 comments on "Persediaan First Baby Solid Food "

IntaNBerliaN on 27 November 2014 at 09:55 said...

ini yg ai menyampah ni tau.... kang dah mula rasa nak beli blender khas utk baby plak... suka racun saya ima ni tau... menyesal baca entry nih... hahhahha ;p

Mummy GreenyHouse on 29 November 2014 at 08:41 said...

mmg banyak lagi racun nak ditabur dgn kasih sayang ni..hahah :D
amboii..cakap saya, ina pun banyak racun bertebaran tau.kikiki.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men