Thursday, 12 March 2015

Baby Cookies Homemade


As salammualaikum wbt... :)

Baby Muhammad dah nak masuk 9 bulan. Favourite Muhammad memang masukkan dalam mulut...gigit-gigit. Nak kata nak tumbuh gigi, tak juga. Sebab sejak 4 bulan dah start suka gigit-gigit.hihi.. Hobby sambil belajar agaknya. ;p 

Bila umur dah boleh start solid food, nak la bagi yang dia gigit-gigit sambil terus boleh makan. Orang kata 'teething biscuit' gitu.. ;)

Sedapp tak nampak? Hahah.. Sila abaikan bentuk senget benget. Saje je buat macam tu, baru la homemade katanya. :p

Sebelum ni masa start 6 bulan tu, ada juga beli sekali biskut baby Heinz tu. Tapi saya kurang gemar nak bagi kat baby Muhammad. Sebab manisss sangat, pastu tak berapa nak berbaloi denagn harga macam tu kan. Tapi gatal jugak tangan mummy ni membeli.hehheh.. Bz kononnya tak sempat nak buat sendiri. Maaf la ye. Sudahnya mummy dengan kakak-kakak baby yang habislan biskut Heinz tu. 

So, hari ni baru berkesempatan buatkan biskut khas untuk baby Muhammad. Senang je buatnya..

Resepi Biskut Baby Honey
2 sudu unsalted butter
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung atta
3 sudu kecil madu

Cara-cara:
- pukul butter sampai ringan/soft sikit.
- masukkan tepung-tepung.
- gaul rata.
- masukkan madu.
- uli jadi doh.
- bentukkan..dan bakar dengan suhu 120-150degree celsius 15 minit (ikut oven masing-masing) sehingga masak.
- sejukkan. Siap. 

Masa panas-panas, soft je biskut ni mummy dah 'ngap' dulu. QC check, tapi berketul-ketul try test rasa..hahaha. Sedap ohoii.. :D 

Melt in your mouth..memang sesuai untuk baby. :) nak bancuh jadikan macam bubur dikala emergency or travel pun boleh. Senang hati lepas ni. ;)

Lepas ni nak buat perisa lain pulak. Baby Muhammad, kakak Aleesya dan Aneesa semua suka biskut ni. Termasuk la mummy! :p 

Selamat mencuba!

2 comments on "Baby Cookies Homemade"

Alifah Saring on 22 December 2015 at 16:39 said...

Salam..nak tny x perlu tambah air ke utk doh tu?satu ag 1/1 tepung atta..cmne tu ek?biskut ni kena canai nipis ke?

Mommy_ima on 23 January 2016 at 17:05 said...

@Alifah, wslm.. saya tak tambah air. Saya guna butter n honey tu je utk jadikan doh. Bulat2 saiz kecil, then tekan2 pakai tangan je jd nipis. tekan pakai garfu sikit nak dapat garis2 atas tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men