Wednesday 28 December 2016

Simple Celebration Yet Memorable

Bismillah.. As salammualaikum wbt..

Alhamdulillah.. Happy 8th Anniversary to me and my beloved husband! :)
We have been married for 8 years and still counting, in shaa Allah.

Simple celebration, tapi mmy rasa syukur sangat. My hubby ambil cuti, spending time together with family. The most importance, mmy cannot skip any of my sweet people around. Love u my dear hubby, kakak Aleesya, Aneesa, Alham, and baby (very soon in shaa Allah.. ;p).

Celebrate at sweet BR ice cream, with my sweet family:~


Alhamdulillah... Thank you ya Allah atas nikmat yang Kau berikan kepada kami sekeluarga.
Moga ikatan kasih sayang keluarga kami berkekalan dunia hingga ke syurga. Aameeen..


8 years ago, throwback Andy and Eima solemnization day. 
27 December 2008 to 2016 and still counting. :)


Sempena one of our special day, nak keluar dating makan sweet2 dengan family yg sweet ni, mmy pun touch up muka jadi sweet sikit la kan.haha.. :D

Saje2 mmy share video record, sambil sahut challenge buat tutorial untuk simplysiti. Selalu daily touch up memang tak kuasa nak record la kan. ;P Simple je, mmy daily makeup simple naikkan seri untuk encik suami. ;) 

Kalau sudi nak view tutorial mmy (bagi chance mmy fefeling jap konon :p):~






"Makeup should never be used to hide yourself.
It should to be used to enhance your natural beauty..."πŸ˜ŒπŸ‘Œ
.
Bila dah level mak-mak, semua kena pantas..multitasking! πŸ’ͺ
.
Mmy memang tak sempat nak heavy makeup, everyday touch up je bagi naik seri katanya. πŸ˜‚
.
Nanti encik suami balik kerja, taknak la kusam kepam walau berpeluh dah lepas masak + kejar anak2 + mop lantai + etc.. 😁😁
Nampak isteri JELITA dan wangi boleh la hilang penat sikit kan. 😚😍
.
Ok, mmy sahut challenge @officialsimplysiti untuk buat tutorial. Mmy try makeup, in less 5 minutes. 😌πŸ’ͺπŸ’ƒ
Maaflah ye ada 'peneman' setia mmy dalam tutorial sekali, mmg berkepit je anak soleh ni 24jamsehari. πŸ˜‚ (ni belum princess2 mmy yg lain enterframe sekali).
.
Thank you for watching dengan sabar. Mmy sabar juga layan kerenah anak soleh ni sambil record video.πŸ˜‚
Tiba-tiba, blusher mmy mana???? 😱Sapu je lah apa yg ada kat pipi!πŸ˜‹
.
Mmy's tutorial using Simplysiti:
.
1. Simply Elegant Two way cake - natural beigeπŸ’‹
2. Simply Elegant Auto Brow Liner - black brownπŸ’‹
3. Liquid Lipstick La Collection D'Or - caramelπŸ’‹
4. Lipstick Ultra Moist - azimat cintaπŸ’‹
+
5. Ovul brush simplysiti (baru nak try, best!😍)
6. Tudung bawal (ole2 dari medan.πŸ˜‹)
7. Seketul anak soleh.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
.
You all antara pengguna Simplysiti kalau nak join pun sempat lagi, hari ni last..ada beberapa jam je tinggal ni. Jom cepat! :)


Ok, sekian dulu.

Love,
Mmy Eima~❤️



Friday 23 December 2016

Aneesa sertai Pertandingan Nasyid

Bismillah.. As salammualaikum wbt..

Dah hujung 2016 ni, bila mmy godek semula gambar-gambar rasa nak menaip blog. Throwback semula kejadian yang dah berlalu. Boleh jadi kenang-kenangan. :)

22 Ogos 2016, PASTI Melaka area Tangga Batu ada majlis Alam Ria PASTI. Macam-macam pertandingan berilmiah untuk kanak-kanak pelajar PASTI. Setiap tahun memang ada pertandingan macam ni. Tahun lepas, kakak Aleesya masuk pertandingan bercerita. Tahun ni, adik Aneesa masuk pertandingan nasyid. Great experience untuk anak-anak kecil. ;)


Si comel Aneesa dah ready tunggu turn persembahan..



Awal dah bangun. Hujan lebat sangat pagi tu. Dah 50-50 dah rasa nak pergi atau tak. Sebab mmy tak tau jalan, ddy pagi tu bertolak outstion ke Sabah. Memang pagi yang sayu, berjurai air mata mmy. :p

Aneesa dan rakan-rakan kumpulan nasyid. Sebelah Aneesa ni namanya Insyirah.
Kawan bertepuk tampar dia kat sekolah. ;D


Lepas ni giliran.. mmy enterframe sikit..
Hanya mmy dengan Aneesa je.
Ddy outstation, kakak Aleesya dan Alham 'transit' kejap kat rumah ummi (MIL).


Aneesa paling kiri dalam gambar.


Dah sudah persembahan, masing-masing baru lapar. Tadi nervous katanya..hehe.
Habis sebuku roti piza. "Anees pandai makan pedass tau.." kata Aneesa kat mmy. :D
Thank you cikgu-cikgu!



Saguhati untuk semua peserta..


Sempat facetime dengan ddy sementara Aneesa tunggu keputusan pertandingan nasyid, ddy pun sedang tunggu flight nak berlepas ke Sabah.

Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar. Walau pagi tu mmy sesat cari lokasi tempat majlis ni. :p
Walaupun tak menang, tapi anak-anak hebat ni semua bagus, kecil-kecil dah pandai buat persembahan dengan berani dan bersemangat.

Mmy sempat record video persembahan nasyid Aneesa. Tapi video kualitinya kurang baik. Maaf ye..




Aneesa asyik cakap je, "next time kalau adik masuk lagi macam ni, ddy datang tak? Adik nak ddy ada, kakak ada..Alham ada, mmy ada juga tengok adik.." ~
I feel u adikkk... (-_-) Ddy tengah diambang workhard time ni. In shaa Allah, we will get better family time after this. Aameeen.. 

Love,
Mmy Eima

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...