Friday, 23 December 2016

Aneesa sertai Pertandingan Nasyid


Bismillah.. As salammualaikum wbt..

Dah hujung 2016 ni, bila mmy godek semula gambar-gambar rasa nak menaip blog. Throwback semula kejadian yang dah berlalu. Boleh jadi kenang-kenangan. :)

22 Ogos 2016, PASTI Melaka area Tangga Batu ada majlis Alam Ria PASTI. Macam-macam pertandingan berilmiah untuk kanak-kanak pelajar PASTI. Setiap tahun memang ada pertandingan macam ni. Tahun lepas, kakak Aleesya masuk pertandingan bercerita. Tahun ni, adik Aneesa masuk pertandingan nasyid. Great experience untuk anak-anak kecil. ;)


Si comel Aneesa dah ready tunggu turn persembahan..



Awal dah bangun. Hujan lebat sangat pagi tu. Dah 50-50 dah rasa nak pergi atau tak. Sebab mmy tak tau jalan, ddy pagi tu bertolak outstion ke Sabah. Memang pagi yang sayu, berjurai air mata mmy. :p

Aneesa dan rakan-rakan kumpulan nasyid. Sebelah Aneesa ni namanya Insyirah.
Kawan bertepuk tampar dia kat sekolah. ;D


Lepas ni giliran.. mmy enterframe sikit..
Hanya mmy dengan Aneesa je.
Ddy outstation, kakak Aleesya dan Alham 'transit' kejap kat rumah ummi (MIL).


Aneesa paling kiri dalam gambar.


Dah sudah persembahan, masing-masing baru lapar. Tadi nervous katanya..hehe.
Habis sebuku roti piza. "Anees pandai makan pedass tau.." kata Aneesa kat mmy. :D
Thank you cikgu-cikgu!



Saguhati untuk semua peserta..


Sempat facetime dengan ddy sementara Aneesa tunggu keputusan pertandingan nasyid, ddy pun sedang tunggu flight nak berlepas ke Sabah.

Alhamdulillah.. majlis berjalan lancar. Walau pagi tu mmy sesat cari lokasi tempat majlis ni. :p
Walaupun tak menang, tapi anak-anak hebat ni semua bagus, kecil-kecil dah pandai buat persembahan dengan berani dan bersemangat.

Mmy sempat record video persembahan nasyid Aneesa. Tapi video kualitinya kurang baik. Maaf ye..




Aneesa asyik cakap je, "next time kalau adik masuk lagi macam ni, ddy datang tak? Adik nak ddy ada, kakak ada..Alham ada, mmy ada juga tengok adik.." ~
I feel u adikkk... (-_-) Ddy tengah diambang workhard time ni. In shaa Allah, we will get better family time after this. Aameeen.. 

Love,
Mmy Eima

0 comments on "Aneesa sertai Pertandingan Nasyid"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men