Wednesday, 16 November 2016

Smart Kids Indoor Playground, Plaza Angsana


Bismillah.. As salammualaikum wbt.. 

Minggu lepas 7/10 ke JB ikut ddy ke JB atas urusan kerja. Alang-alang kat JB malam ddy dah free, bawa anak-anak round JB. Sebab last minit ikut ke JB, jadi tak sempat nak survey kat mana nak ronda kat JB tu. Redahh je la.

Kami pun singgah Plaza Angsana lepas dinner. Ada indoor playground yang nampak menarik. Mula-mula taknak la membazir kan, tapi ddy kata nak reward anak-anak coz they did great in their final exam. Keputusan Alhamdulillah cemerlang. :D Jadi bawa juga masuk.

Walaupun indoor playground ni takde la nampak brand new sangat, tapi sangat bersih, tersusun, dan abang kakak yang jaga kanak-kanak kat situ pun friendly sangat dengan anak-anak. Kebetulan kami pergi tu kan weekdays, jadi memang tak padat dengan orang. Maybe kalau weekend or public holiday, penuh la kan.. :p


Tempat pertama yang anak-anak paling excited terjah. 
Sand play. Aleesya Aneesa dan Alham memang suka main pasir kat beach.
Kira ni moden indoor sand. Bagus..bersih. Pasir tak pasir sangat, macam batu-batu kecil.
Rasanya  banyak dah tempat-tempat indoor playground dah ada port main sand ni.



Play pretend. Aleesya nak jadi doktor. Katanya cita-cita nak jadi doktor haiwan. :)
Jiwa memang pecinta haiwan sejati dari kecil. ;)



Aneesa kalau ditanya nak jadi apa bila dah besar?
Nak jadi chef macam mmy! katanyaaa.. ;p
Mmy chef la sangat pada mata dia la kan..haha. 



Alham? Tempat dituju bila kat booth play pretend ni, car workshop! :D
Walaupun Alham membesar most of the time dikelilingi kakak-kakak dan mmy in the house,
syukur jiwa dia tetap kental sebagai lelaki sejati. Tetap minat sangat dengan kereta, and most of his favourite is TRACTOR! Pantang nampak tractor lalu.. bulat biji mata, mulut tak henti excited celoteh tractor yang dia nampak.



Anak kreatif, Aneesa. 
Angkut kereta lari dari track bawa ke sini siap susun-susun kon untuk parking katanya. :D




Cik polis paling comel.. :)




Best, siap ada kostum baju untuk ambil gambar.



Aneesa nak jaga baby kat hospital.



Port pasir ni juga Alham keluar masuk balik. Tak puas dia nak main ni.
Tengok laaa..ada excavator tractor, lagi la dia suka kan. :'D


Mmy dengan ddy pun nak main jugakkkkk..hahah :D
....
...
..
.


Apa senyum-senyum.. ddy suka eh kena tangkap masuk penjara hati mmy? :p

Video slide untuk kenangan..~




Banyak dah playground best dan up to date kat Malaysia ni kan? In shaa Allah kalau berpeluang ke playground tempat-tempat lain pula lepas ni.
Mmy kongsikan apa yang pernah pergi dulu ye.. :)
Next time kita cerita lagi..

Love,
Mummy Eima

0 comments on "Smart Kids Indoor Playground, Plaza Angsana"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men