Saturday 13 May 2017

Afeera Say Thanks!

Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Alhamdulillah.. dah masuk 4 bulan my miracle baby, Nur Afeera Nufayla. 
Sekarang tukar-tukar panggil nama Nufayla pula. Jadi, bila panggil mana-mana nama pun dia tahu itu nama dia. :p Kalau rajin, memang panggil nama penuh sekali dengan binti. :D

Syukur sangat, perkembangan Nufayla sangat baik dan sempurna.
Dah masuk 4 bulan ni, daddy selalu kata Nufayla nampak sangat cepat dari semua aspek.
1 bulan dah pakai baju saiz 6-12 bulan.
2 bulan dah start kenal orang.
3 bulan dah nak duduk.
4 bulan..macam-macam lah. Sampai tak sempat mommy nak catit milestones Nufayla. :'D

Luas rezeki Nufayla.. Sampai sekarang masih banyak Nufayla dapat gift macam-macam.
Mommy doakan moga Nur Afeera Nufayla terus diperluaskan pelbagai rezeki yang tak putus sampai bila-bila. Aamiiin.. 



Terima kasih pada semua.. Keluarga, kawan-kawan, saudara mara, para peminat. Tanpa anda, siapa lah saya! Eh, dah macam ucapan terima anugerah pula. :')

Banyak lagi gambar Nufayla yang mommy belum transfer. Jadi tak dapat nak upload update kat blog sementara ni. Nanti mommy upload ye. 

p/s: Selamat ulangtahun kelahiran buat anak mommy daddy, Muhammad Alham Naufal. Sempena 15 Syaaban (nisfu syaaban), genap umur Alham 3 tahun mengikut kalendar hijrah.
Nanti mommy update lagi tentang early celebration birthday Alham, ok. Muaah! :*

LOve,
Mommy Ima~♥


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...