Monday 13 November 2017

Majlis Konvokesyen Prasekolah

Bismillah..  As salammualaikum wbt..  :)

Alhamdulillah,  our Aneesa dah tamat prasekolah tahun ni. Sambutan konvo pada Khamis yang lalu, 9 November 2017.


Majlis konvokesyen berlangsung di Hotel Holiday Inn, Melaka. Disebabkan majlis du hari persekolahan biasa, kakak Aleesya tak dapat join. Kebetulan pada hari yang sama ada program pemulangan dan agihan buku teks.


Janggal pula bila family potrait kurang ahli. Kakak Aleesya pun banyak kali asyik sebut je kenapa majlis buat pada hari yang sama kena pulang buku. Tapi kalau Aleesya tak datang sekolah, nanti ambil buku teks kemudian selalunya dapat buku yang baki-baki dah lusuh. Kakak pun tak suka kan..


Ummi pun turut serta. Terima kasih ummi sudi luangkan masa memeriahkan suasana. :)


Syukur sangat.. Mommy daddy dapat kejutan dari Aneesa. Tak sangka dapat tempat ketiga dalam kecemerlangan akademik. Prasekolah Aneesa, takde peperiksaan. Mommy pun tak sempat tanya cikgu bila penilaian dibuat. Sebab Aneesa selalu tak datang sekolah kan.. Manja. :p
Tahun lepas di tadika PASTI pun Aneesa beri kejutan dapat tempat kedua dalam peperiksaan. Diam-diam berisi anak mommy daddy. :D


Sijil dan jambangan bunga coklat disampaikan oleh guru besar. Daddy kata BFF baru daddy tu. Hahah.. Kemain nama daddy disebut juga dalam ucapan guru besar. ;p


Persembahan ringkas anak-anak prasekolah yang comel. Baby Shark Doo Doo Doo Doo..~ :) ni kalau tak buat latihan pun, semua kanak-kanak dah expert kan.  ;p

Terhibur dengan persembahan anak-anak. Semangat baby shark semua ni. :D


Puas hati dah Alham dapat pakai baju jubah dan topi konvo ni. Awal pagi sampai-sampai hotel je meragam kemain sebab tak dapat pakai apa yang kakak Aneesa pakai ni. Puas mommy pujuk. Dah dapat gambar full ni, seriously baru mood dia okay.  :'D


With bestfriends. 

Alhamdulillah.. Majlis berjalan lancar. Terima kasih kepada guru-guru,  pihak sekolah dan pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis untuk anak-anak kami. 

Video sekitar majlis:


Mommy daddy love you so much Aneesa. Tahun depan dah naik tahun 1. Semoga anak mommy daddy terus berjaya dengan cemerlang dunia hingga akhirat. Aamiiin.. :)

Love, 
Mommy_ima~
09.11.17

Sunday 5 November 2017

Grand Opening SSF Elements Mall

Bismillah.. As salammualaikum wbt..  :)

Aktiviti di hujung minggu. Ronda-ronda shopping mall baru. Kebetulan ada grand opening SSF. :D 

Yeay!  Terapi mata dan hati betul bila tengok home decor yang cantik sangat-sangat. Lagi-lagi bila ada offer bersepah! Hahaha.. 

Sempena grand opening SSF kat Elements Mall Melaka ni, ada offer dari 3-14th November 2017 tau!
First 3 item 30% off. 4th item dapat 50% pula wow wow wow sangat! 

Macam-macam ada kat SSF showroom baru di Elements Mall ni. Mommy masih tak boleh move on terfikirkan barang-barang kat SSF. Habislah malam ni sampai termimpi-mimpi agaknya. Hahaha..




Ada lion dance. ;)
First time Alham tengok lion dance secara live yang dekat. Terus speechless dia. Heheh.. 




We have fun! lion siap datang kat kami. Heheh.. 
Alham terus terus tersorok kat belakang mommy masa snap photo ni. Mungkin sebab terkejut sangat bila lion ni tiba-tiba datang 'menyerang' secara dekat. Hahaha.. :D
Lion siap bergurau manja main tangkap belon kat tangan mommy. 


Macam-macam ada kat SSF ni. Banyak barang-barang baru dan fresh. Showroom lebih besar dari yang ada sebelum ni kat Melaka. 


Ada yang berkenan? 
Banyak betul mommy letak dalam wishlist..hihihi. 


Daddy pun siap landing baikkk punya..  :D
Kalau panjang jodoh dengan sofa ni, kita berjumpa lagi ye sofa.. Hahaha.  ;D


One of the best part,  makan free.. ;)
Nasi beriyani sedap, bihun (MIL kata hangit ada aroma hangit sikit.. :p), karipap sedap,  dadih sejuk sedap sehingga anak-anak makan tanpa henti.  :'D



Ada masa nanti kita singgah lagi. Offer sampai 14 Nov okay. ;)
SSF pun banyak offer best best. Offer untuk yang sign up member SSF pun ada. Tak silap bayaran untuk sign up membership RM39 per year.

Elements mall, overall nice place to hang out over the weekends. Tapi cuma banyak outlet belum buka sepenuhnya.
Kalau dah beroperasi semua,  mesti best.
Ocean view selat melaka pun cantik sangat dari bangunan Elements Mall ni. :)



Okay.. Sekian dulu short review mommy tentang SSF dan Elements Mall.
Stay tuned for more updates and review from mommy,  okay.  ;)

Love, 
Mommy_ima~
04.11.17



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...