Monday 13 November 2017

Majlis Konvokesyen Prasekolah

Bismillah..  As salammualaikum wbt..  :)

Alhamdulillah,  our Aneesa dah tamat prasekolah tahun ni. Sambutan konvo pada Khamis yang lalu, 9 November 2017.


Majlis konvokesyen berlangsung di Hotel Holiday Inn, Melaka. Disebabkan majlis du hari persekolahan biasa, kakak Aleesya tak dapat join. Kebetulan pada hari yang sama ada program pemulangan dan agihan buku teks.


Janggal pula bila family potrait kurang ahli. Kakak Aleesya pun banyak kali asyik sebut je kenapa majlis buat pada hari yang sama kena pulang buku. Tapi kalau Aleesya tak datang sekolah, nanti ambil buku teks kemudian selalunya dapat buku yang baki-baki dah lusuh. Kakak pun tak suka kan..


Ummi pun turut serta. Terima kasih ummi sudi luangkan masa memeriahkan suasana. :)


Syukur sangat.. Mommy daddy dapat kejutan dari Aneesa. Tak sangka dapat tempat ketiga dalam kecemerlangan akademik. Prasekolah Aneesa, takde peperiksaan. Mommy pun tak sempat tanya cikgu bila penilaian dibuat. Sebab Aneesa selalu tak datang sekolah kan.. Manja. :p
Tahun lepas di tadika PASTI pun Aneesa beri kejutan dapat tempat kedua dalam peperiksaan. Diam-diam berisi anak mommy daddy. :D


Sijil dan jambangan bunga coklat disampaikan oleh guru besar. Daddy kata BFF baru daddy tu. Hahah.. Kemain nama daddy disebut juga dalam ucapan guru besar. ;p


Persembahan ringkas anak-anak prasekolah yang comel. Baby Shark Doo Doo Doo Doo..~ :) ni kalau tak buat latihan pun, semua kanak-kanak dah expert kan.  ;p

Terhibur dengan persembahan anak-anak. Semangat baby shark semua ni. :D


Puas hati dah Alham dapat pakai baju jubah dan topi konvo ni. Awal pagi sampai-sampai hotel je meragam kemain sebab tak dapat pakai apa yang kakak Aneesa pakai ni. Puas mommy pujuk. Dah dapat gambar full ni, seriously baru mood dia okay.  :'D


With bestfriends. 

Alhamdulillah.. Majlis berjalan lancar. Terima kasih kepada guru-guru,  pihak sekolah dan pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis untuk anak-anak kami. 

Video sekitar majlis:


Mommy daddy love you so much Aneesa. Tahun depan dah naik tahun 1. Semoga anak mommy daddy terus berjaya dengan cemerlang dunia hingga akhirat. Aamiiin.. :)

Love, 
Mommy_ima~
09.11.17

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...