As salammualaikum wbt.. :)
Mood BENTO dah datang. Saya memang suka decorate untuk anak-anak walaupun tak kreatif sangat.haha.. Dari sejak Aleesya kecil lagi dah start buat sikit-sikit bento ni, tapi memang hentam kromo je..tak tau apa yang patut diguna, apa yang sesuai. Tapi...sekarang dah anak 3 ni, terjebak dengan BENTO semula. Gara-gara terjumpa dengan group Kelab Bekal/ BENTO kat facebook, semangat membuak-buak sekejap. Mommies kat sana hebat-hebat berbento belaka, tak tertanding saya.
Tahun ni, Aleesya dan Aneesa dah start ke halfday sekolah (PASTI). Saya memang suka bawakan anak-anak bekal, sebab saya dulu masa kecil pun mak abah dah biasakan saya bawa bekal(walau kadang bawak nasi, kicap dan telur goreng je..alhamdulillah tu pun dah syok sangat! :)). Saya suka..sampai satu tahap saya tak tau apa yang ada kat kantin, tak tau macam mana prosedur nak membeli.hahaha.. :D
Kat sekolah PASTI Aleesya Aneesa, memang ada sediakan makanan. Untuk hari Isnin, Rabu, Jumaat - makanan kuih-kuih atau biskut. Selasa dan Khamis baru berat sikit macam mee or nasi lemak. Aleesya Aneesa tak berapa makan pedas-pedas..jadi saya ambil keputusan, bawakan je bekal hari-hari. So far, masih bawakan bekal hari-hari walau tak seberapa. Saya buat tak ada la bento sangat pun, just saya rasa nak tarik minat lebih sikit untuk anak-anak makan atau memudahkan lagi diaorang nak makan.
Bekal yang saya bawakan yang simple je. Kuantiti pun tak banyak sebab anak-anak makan banyak mana je. Yang penting saya bawakan yang berkhasiat, bersih, cukup ada karbohidrat, buah, desert.
Antara yang pernah saya buat, macam gambar bawah ni. Tak ter-snap semua gambar hari-hari, sebab mummy dah kelam kabut nak siapkan semua. Mostly, baby Muhammad pun bangun awal, 'tolong' mummy. Jadi, memang sangat time limited.
 |
Yang ni, keropok lekor. Pagi-pagi just goreng dan cucuk-cucuk je. Marshmallow. Apples. Versi cucuk-cucuk ni, saya ada juga buat untuk homemade nuggets. :) |
 |
Roti filling organic strawberry jem. Biskut fish. Buah pisang kaki. |
Yang bawah ni belum beli bekas proper lagi. Pakai je apa ada.
Ada juga yang saya pakai bekas tau fu faa tu je. ;)
 |
Ni versi "apa yang ada dalam dapur".haaha.. Bila stok tak berapa nak ada, makanya jadilah jemput-jemput onion, potato and cheese... :) Buah, apples. Yang ni memang koboi. :p
|
Kadang bukan untuk bekal ke saya hias-hias makanan anak-anak, kat rumah kalau ada kelapangan masa sikit pun boleh je, in shaa Allah.
 |
Baby Bunny with blankets. |
 |
Baby bear yang boleh duduk. |
Buat saya naik semangat nak bekalkan anak-anak buah, sebab ada food picks yang comel-comel ni! Dah tambah hobby baru mummy, koleksi food picks.
Yang dalam gambar ni, first food picks.
Baru-baru ni dah grab food picks yang baru. Diamond theme. Adoiii..pening mummy. Asal nampak food picks je geram. Asal geram je nak terbeli! hahahha..:p
Ok, saya share ni je la dulu. Tak banyak gambar nak share sebab tak snap.
In shaa Allah next time sharing lagi ye. :)
Wassalam...