Monday, 19 October 2015

Penyusuan Eksklusif Gold Pakej ;)

As salammualaikum wbt... :)

Alhamdulillah, anak saya Muhammad Alham Naufal @ Muhammad sekarang dah cecah 16 bulan+. Syukur saya dapat settlekan peyusuan ekslusif  6 bulan pertama. Bertambah syukur dapat additional penyusuan sehingga sekarang sebagai nutrisi sampingan selain dari real food kepada Muhammad. :)

Nak kata tak pernah drop susu? Pernah...merundum serundum rundumnyaa... :( Tapi, saya percaya rezeki Allah, dan sentiasa titipkan rasa syukur anak-anak pernah rasa susu saya. :) Bila kita tenang tanpa stress, selain tu ambil makanan seimbang dan air yang cukup, in shaa Allah... masih ada rezeki untuk anak tercinta.

Kenapa saya obses sangat dengan breastfeeding?

6 bulan pertama... memang sangat-sangat penting tau. Untuk baby, mahupun mommies.

Antara kebaikan untuk baby:-
membina antibodi semulajadi baby.
mengurangkan risiko baby daripada mendapat jangkitan, cirit birit, jangkitan paru-paru (penafasan), alergi, dan banyak lagi.
pembentukan dan perkembangan otak baby.
mengeratkan kasih sayang antara baby dan mommy. 

Untuk mommies pun banyak kebaikan. Antaranya:-
mengurangkan risiko breast canser. 
bakar kalori (up to 600calories/ day!) Wahhh..ni yang paling top dalam wishlist mak-mak kan..hahah. Termasuk saya nak slim n fit juga! :p

Aktiviti breastfeeding ni memang moment paling indah tau. Walau rasa selalu macam sampai cramp pinggang menahan lama tunggu anak siap menyusu.. ;p Tapi, bila tenung anak yang tengah meyusu tu. Allah....hanya Allah je tau perasaan kasih sayang yang mengalir. Percaya atau tak, anak kecil tu pun boleh rasa kasih sayang yang kita lemparkan tu. Sebab tu kadang banyak anak-anak yang breastfeed, 'melekat' dengan mak je.. lebih selesa dan secure perasaan anak kecil tu dengan mak.

Pernah tak dengar tentang TITISAN EMAS?
Subahanallah.. kalau korang tengok gambar mikro dari kolustrum susu ibu, memang sebiji macam titisan emas. It's perfect! sangat menyentuh perasaan tau. Tu secara fizikal je. Bila dah masuk dalam badan baby, tersangatlah ajaib sebab dari situ juga ia boleh menaikkan antibodi baby, mengenyangkan baby, memberi nutrisi kat baby untuk membesar dengan sihat. Semua dalam satu! :)


[sumber: Google]

Hebat kan?

Saya tak menyesal langsung pilih untuk eksklusif penyusuan anak saya. Walau sebelum anak lahir lagi, saya dah niat dalam hati nak susu sepenuhnya. Yang paling PENTING, 6 BULAN PERTAMA.

Jadi, kepada mommies sekalian.. kuatkan semangat tau! Teruskan penyusuan baby secara eksklusif. Kalau ada masalah penghasilan susu, kita ikhtiarkan sehabis baik. Biar anak latching, sebab ia boleh hantar signal kat otak kita untuk penghasilan susu ibu.
Banyak lagi tips yang mungkin saya boleh kongsikan, hasil dari pengalaman dan pembacaan. In shaa Allah akan dikongsikan di lain entry.

Bagi mommies to be, jom niatkan dalam hati untuk menjayakan penyusuan eksklusif untuk anak sejurus sahaja ia dilahirkan. In shaa Allah. Moga Allah perkenankan doa dan niat kita. Aameen.. :)

Love, 
Mommy ima :)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...