As salammualaikum wbt.. :)
Semua jenis makanan saya makan. Masakan melayu, western, cina, thai, india, arab, jepun, atau apa-apa je lah..in shaa Allah saya telan je takde masalah.
Steak? Sebelum ni tak pernah!
Macam ni..Very juicy steak... |
Korang pernah dengar Me'nate Steak Hub? Yang tambah famous jap sebab Azwan Ali tu. Oops..hehe..
Kat Melaka ni ada steak hub juga tau.
Melantak Steak Hub. Boleh dikira macam anak didik Me'nate juga.
First trial nak survey (survey dulu..kalau mahal sangat, next time sebelum datang nak kena withdraw dulu..haha. )
Datang untuk supper je. Sebab anak-anak tiba-tiba lapar lepas jalan shopping. Erk! Semua kedai banyak tutup kan. Nak drive thru mcd memang takkkkk la. Insaf dah. In shaa Allah.
Untuk supper, kami order:
- 2 x hot drink (boleh refill, pilihan ada banyak.. Cappucino, milo, soya, mocha, dan banyak lagi. Air sedappp ada ummmph!)
- set mushroom soup + garlic bread.
- extra 1 bowl mushroom soup.
- fries (panas-panas sedap.. Kentang ori potong gedabak besar. Crunchy diluar, lembut di dalam)
Second time kami pergi waktu dinner. Yeay! My hubby ajak lagi.. Nak bagi saya try steak.
Steak! yeayyyy.. |
Tengokkk.. Selera tak? Saya ambil kecil je, bahagian stirloin. Waitress suggest ambil ni jangan tebal-tebal untuk beginner macam saya.. Dia cadangkan try medium well cooked. 75% masak, masih juicy. Kalau agak-agak tak boleh telan, bagitahu dia. They all akan masakkan lagi bagi masak terus.
Harga steak?
rm37.80 sahaja..ada lagi yang lebih mahal ohoi..ikut besar and bahagian mana dagingnya.
Ada gaya tak? Mak jemah dari kampong baru first time merasa steak tau! haha.. |
My hubby's plate.. Chicken chop grill. Sedap! :) |
Anak-anak happy je..makanan yang diorang suka, laju je makan. Tengok saiz fries yang Alham pegang..beza tak dengan yang biasa? :) |
Steak sangat lembut senang nak potong. Rasa yang sedap, tapi first time makan daging yang masih ada merah-merah, kekok rasanya..hihih.. :p |
Total?
Sangat berbaloi...kenyang tahap taknak makan daging seminggu..haha. :p |
Will come again..in shaa Allah.
Kalau nak pergi, kena awal-awal. If lambat.....penuh table. ;)
No comments:
Post a Comment