Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Monday, 11 December 2017

Lazada Online Revolution

As salammualaikum wbt.. :)

Dah tak terkira berapa banyak yang mommy dah pernah beli di Lazada. Hehe.. Kalau cuci mata, boleh dikatakan hari-hari jengah Lazada. ;p
Masa dulu belum pernah beli online kat Lazada, risau dah takut juga macam-macam. Tapi, bila mommy dah beli dengan jayanya dan semua okay...mommy would like to say Lazada is one of the most trusted online shop!

Why? Why mommy suka shopping kat Lazada?haha.. :'D Jom revealed..


a.  Apa barang pertama mommy beli kat Lazada?


Mommy dah rancak start purchased di Lazada, around tahun 2015.
First time products mommy beli kat Lazada - waterproff matress protector, infrared thermometer, and stick blackboard chalk.
My first time order dengan Lazada. ;)


Matress protector ni masih ada hingga sekarang! Sangat berguna ada anak-anak yang start training diapers free. ;)
Thermometer ok lagi, tapi bateri dah k.o. belum berganti..hihi.
Sticker blackboard pun masih utuh lekat kat wall playroom anak-anak. Hehehe... :)

Masih melekat di dinding playroom anak-anak yang sama. 2015-1017. :D
Masih digunakan dengan sebaiknya oleh anak-anak soleh dan solehah mommy. :)
From left; Aneesa, Alham, Aleesya.


b.  Jenis item macam mana yang mommy prefer beli online kat Lazada?

Antara barang yg mommy suka dan prefer beli kat Lazada - firstly, bahagian Baby & Toys.
Kalau nak borong diapers, memang syok beli kat Lazada. Harga mostly lebih murah.
Tak payah tangan mommy yang sado ni nak angkut berkotak diapers. :'D Nanti Lazada hantarkan sampai depan rumah.
Lagipun, selalu je ada offer Free Delivery. Memang time offer ni, harus grab cepat! :)
Educational toys pun bagus-bagus kat Lazada. Senang kalau nak cari buat hadiah anak-anak kan. Suprise terus sampai rumah, anak-anak pun tambah excited. :D
Tools untuk baby and toddler pun mommy banyak beli kat Lazada. Portable toilet trainer seat, baby soother, baby teether, breastmilk collector, dan macam-macam lagi.

Second, mommy suka cuci mata pastu terbeli kat bahagian Home & Living.
Dalam ni pun mommy rambang mata.hahaha..
Cleaning tools, kitchen tools, storage and organization.
Banyak dah beli, mommy tak listkan kat sini ye. Take time nak ingat balik dah beli apa sebelum ni. Hahah.. :'D

Mula-mula, mommy prefer barang yang bukan elektronik. Sebab mommy risau masa delivery handling tak proper, tercampak atau terjatuh. Atau cip elektronik yang sensitif.
Tapi mommy pernah beberapa kali beli barang elektronik juga kat Lazada. Sebab tak tahan godaan harga murah.hehehe.. :')
Ada yang cari-cari kat kedai tak jumpa, nampak kat Lazada. So, beli online je senang.
Alhamdulillah, setakat ni tiada masalah barangan elektrik dan elektronik yang dibeli. Its working well till now.
Contohnya kami beli Wireless triangle sweeper, Xiaomi phone, OTG pendrive, smart watch, GPS kids watch, etc.


c.  Apa bagi mommy yang suka sangat beli kat Lazada?

Beli online kat Lazada macam-macam jimat.
+ Harga lebih murah
+ Jimat masa. Just click, add to cart, payment. Done beli!
+ Then, tunggu depan rumah. Delivery to your doorstep. Jimat minyak.
+ Each item ada details tentang product, ruang review dan feedback dari pembeli. So, boleh teliti dengan tenang satu persatu yang mana pilihan hati.

Sambil baring-baring pun boleh shopping.
Boleh rancang sebaiknya apa nak dibeli.
Then, senang nak bandingkan harga dan offer yang ada. :)


d.  Products apa yang mommy plan nak beli kat Lazada semasa Online Revolution sales nanti?

Diapers, Printer, toys, steamer iron, spray mop, drones, mi band dan banyak lagi.

Mommy selalu beli diapers brand Drypers dan Genki.
Alhamdulillah, so far memang tiada masalah beli dari Lazada.
Terasa lagi mudah. Lagi best bila beli banyak-banyak time Free Delivery. heheh.. :p



Spray Mop dan Steam Iron. 
Mop lantai dan iron baju antara task mommy setiap hari. Kalau dapat beli 'pembantu' macam ni, memang bahagia sangat.hihihi..
Tengah tunggu mana tau esok ada offer baik punya, memang mommy grab tanpa segan silu.:p



Printer. Masih sedang survey beberapa jenis dan brand dan seller di Lazada.
Tapi memang confirm akan beli.
Sebab tahun depan dah dua orang anak mommy bersekolah.
kerja sekolah sekarang advance. Banyak betul nak kena print lah, photostate lah..
Kalau ada kat rumah dah senang. Takde kelam kabut cari kedai fotostat malam-malam hari. :'D

Toys. Ni bukan toys untuk anak-anak je. Dengan mommy daddy pun tumpang main sekali. hahaha.. :D
Trampoline, balloon shark ni dah lama tersimpan dalam wishlist.
Harga pun dah offer ni, rasa tak sabar nak add to cart dan check out terus. :p


Mommy sedang survey Drones atau Mi Band untuk wedding anniversary gift to daddy... Shhh.. (harap daddy belum baca post entry mommy ni sebelum anniversary kami yang ke-9 tak lama lagi..hihihi. :p) 


You all, jangan lupa tau ada sales hebat 12.12!
Jom Lazada Online Revolution sales, start dari 11th - 14th December 2017.
https://www.lazada.com.my/online-revolution

Pasti tambah berbaloi-baloi! :)




Download siap-siap apps Lazada tau!
Ni memang 'lokasi' yang jari mommy selalu pergi hari-hari..hehehe.
Add to wishlist items idaman, pastu mana berkenan terus add dalam cart. :)

Love,
Mommy_ima~

Sunday, 5 November 2017

Grand Opening SSF Elements Mall

Bismillah.. As salammualaikum wbt..  :)

Aktiviti di hujung minggu. Ronda-ronda shopping mall baru. Kebetulan ada grand opening SSF. :D 

Yeay!  Terapi mata dan hati betul bila tengok home decor yang cantik sangat-sangat. Lagi-lagi bila ada offer bersepah! Hahaha.. 

Sempena grand opening SSF kat Elements Mall Melaka ni, ada offer dari 3-14th November 2017 tau!
First 3 item 30% off. 4th item dapat 50% pula wow wow wow sangat! 

Macam-macam ada kat SSF showroom baru di Elements Mall ni. Mommy masih tak boleh move on terfikirkan barang-barang kat SSF. Habislah malam ni sampai termimpi-mimpi agaknya. Hahaha..




Ada lion dance. ;)
First time Alham tengok lion dance secara live yang dekat. Terus speechless dia. Heheh.. 




We have fun! lion siap datang kat kami. Heheh.. 
Alham terus terus tersorok kat belakang mommy masa snap photo ni. Mungkin sebab terkejut sangat bila lion ni tiba-tiba datang 'menyerang' secara dekat. Hahaha.. :D
Lion siap bergurau manja main tangkap belon kat tangan mommy. 


Macam-macam ada kat SSF ni. Banyak barang-barang baru dan fresh. Showroom lebih besar dari yang ada sebelum ni kat Melaka. 


Ada yang berkenan? 
Banyak betul mommy letak dalam wishlist..hihihi. 


Daddy pun siap landing baikkk punya..  :D
Kalau panjang jodoh dengan sofa ni, kita berjumpa lagi ye sofa.. Hahaha.  ;D


One of the best part,  makan free.. ;)
Nasi beriyani sedap, bihun (MIL kata hangit ada aroma hangit sikit.. :p), karipap sedap,  dadih sejuk sedap sehingga anak-anak makan tanpa henti.  :'D



Ada masa nanti kita singgah lagi. Offer sampai 14 Nov okay. ;)
SSF pun banyak offer best best. Offer untuk yang sign up member SSF pun ada. Tak silap bayaran untuk sign up membership RM39 per year.

Elements mall, overall nice place to hang out over the weekends. Tapi cuma banyak outlet belum buka sepenuhnya.
Kalau dah beroperasi semua,  mesti best.
Ocean view selat melaka pun cantik sangat dari bangunan Elements Mall ni. :)



Okay.. Sekian dulu short review mommy tentang SSF dan Elements Mall.
Stay tuned for more updates and review from mommy,  okay.  ;)

Love, 
Mommy_ima~
04.11.17



Friday, 11 August 2017

Spin Mop Review

Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Lama tak review barang yang mommy guna. Hari ni nak share experience guna spin mop yang nampak macam best ni. Ada jual banyak online. Contohnya GoShop, CJWow, Lazada, etc.. Kat offline sesetengah kedai pun ada ternampak jual ni. You all kalau berminat, boleh la survey kat mana yang berkenan. 


Daddy belikan 'toys' baru mommy ni kat Lazada. Warna favourite mommy, green. Excited kejap nak guna. ;)
Dalam wish list mommy, sebenarnya cuma teringin nak spray mop Rubberma*d tu pun dah cukup. ;p 
Dah daddy tergoda dengan spin mop ni. Jadi daddy belikan mop yang lagi gedabak besar ni, harga pun lagi up..mommy terima je dengan tangan yang terbuka tanpa banyak bicara. :p
Spin mop kat Lazada ada banyak jenis tau. Ada yang harga dari RM30+ hingga RM100+ pun ada. Daddy dah survey specification tu, daddy beli yang RM100+. Daddy kata, mesti ada sebab kenapa mahal kan. Hmm..no komen. :') Tapi kadangkala, tak semestinya murah tak serasi kan..hee~ ;)
Apa kelebihan yang mahal sikit ni selain dari yang biasa? 

Pros:
Heavy duty material - rod daripada stainless steel. 
Ada pedal untuk spin dry mop lepas celup air.
Ada lubang untuk buangkan air. Jadi bila siap mop, takyah tongangkan nak keluarkan air banyak yang berat. 

Cons:
Berat sikit. Boleh bina muscle mommy. Hahaha. ;D
Susah sikit nak lock supaya jangan pusing sekali masa mop lantai. 
Kat kepala mop yg besi bulat pegang kain mop tu, besar. Rambu ramba tu pendek sikit, jadi masa mop tu kalaulah rambu ramba tu tak balance, besi tu akan bergesel dengan lantai. Mommy ngiluuu sikit. >.<
Nak menyimpan perlukan ruang. 
Walau ada roda, agak mencabar jugak setiap kali nak angkuttt keluar masuk stor-tandas. 

Specification lengkap, boleh view link ni:
http://www.lazada.com.my/easy-spin-mop-micro-fiber-cloth-wpedal-wheels-amp-stainlesssteel-basket-19908428.html?spm=a2o4k.category-250103000000.0.0.dbAoFu&ff=1&sc=ER8y

Mommy so-so je dengan mop ni. Tak recommended sangat for me. Walaupun pada mulanya tengok kat goShop bila tengok orang tu promot, iols tergoda.hahaha.. :')
*spraymop masih menjadi idaman hati..hehehe.

Pakai mop tisu beli kat daiso pun mommy dah cukup gembira tau. Itu juga yang mommy capai dulu kalau nak pantas. Terbaik mop daiso tisu ni untuk mop rambut bersepah kat lantai. \(^_^)/

By the way, mommy guna floor cleaner liquid Basic-H ni dah lama dah. Masih setia dan belum pernah bertukar. 
Oddorless. Safe. 
Mommy selalu letak sikit dettol dalam air untuk mop juga.




Teringin juga nak beli brand lain yang natural dan bau segae bugar.
Tapi, sayang $ juga nak invest sebab bukan murah sangat. 
Pastu takut juga bau tak serasi dengan loobang hidung ni..haha. Paling tak best bau menusuk, boleh sakit kepala jadinya. (-_-) 
Pastu, tak tukar-tukar jugak brand lain sebab pakai basic-H ni macam tak habis-habis. Apesal eh? ;*
Jimat dan tahan lama tau rupanya. 

Ok, itu je setakat ni yang teringat nak taip.
Disclaimer: ni review hanya pendapat peribadi mommy.. Lain orang mungkin lain serasinya. Mommy just nak share jika ia membantu sesetengah pihak. 

Love,
Mommy_ima~
@ 3:39 a.m. -aik? Malam-malam buta lagi menaip hari ni. (@_@") monitor anak-anak yang kejap-kejap terkejut ni haa bunyi guruh kilat petir, hujan lebat.. ;)

Saturday, 7 November 2015

Terapi minda shopping di hujung jari - The Body Shop

As salammualaikum wbt... :)

Kali ni nak share story tentang salah satu produk favourite saya dari dulu lagi, The Body Shop. Siapa suka wangi-wangi??? Angkat keyboard! Hehe..

Bila dah jadi mak-mak ni, mostly semua produk yang saya pilih mesti lebih kepada natural, mesra alam, dan selamat. Saya suka baca label, sebelum beli apa-apa yang berkenan. Mostly juga cepat2 study 'google' sebelum beli..hehe. Selalu jugak tak menyempat pergi kedai beli, jadinya - sambil google, sambil membeli. Semua di hujung jari... :D

Contoh yang terbaru, dah beli The Body Shop secara online.. ;) mudah je..hehe. Just pergi website body shop, www.thebodyshop.com.my.. Register.. Pastu lawat la satu persatu..Klik la item yang korang nak. Details tentang produk-produk dalam website pun lengkap tau. Siap ingredient lengkap satu persatu, cara guna, saiz, macam-macam lagi lah.. Kalau pergi outlet, biasanya kita boleh la try tester ambil bau kan. Kat website, tak payah la cium screen korang..hehehe. Baca je description kat situ dah lengkap. Pastu..Korang imagine je. In shaa Allah ia ala-ala seperti yang diharapkan. :)
Saya ada try beli online pakai desktop dan smartfon. Dua-dua ok , website tbs ni supported. So far pembelian berjalan lancar (tapi pastikan akaun ada $$$ :p). Oh ye..kalau sign up, biasanya belian kali pertama akan dia emailkan voucher free gift tau. Saya dapat puree strawberry.. Perghhh..bau lotion ni, serius sweet yummy macam nak makan!
Dah check out, masukkan voucher code (kalau ada), payment siap, so korang tunggu je depan rumah kurier datang hantar barang korang kan! ;)

Tadaaaa... Selamat sampai.



Sebenarnya ia 2 parcel yang berbeza.. :) sebab dah siap shopping sekali, tiba-tiba nak beli lagi. Lagi-lagi tengah FREE DELIVERY ni tanpa minimum amount! (free delivery sehingga 19 Nov 2015 ni, cepattt tau! ;p ) Apa lagiii... ON je la. ;)


Order saya sampai cepat. Dalam 2 hari bekerja. Bungkusannya kemas. Pastikan "do not accept if the seal is broken". Dalam kotak, penuh 'bird nest'. Memang 'selesa' item-item yang dibeli. Tunggang terbalik masa proses penghantaran pun, in shaa Allah barang yang fragile ni masih selamat. ;)

Ada beberapa item yang saya nak share story dan review kat korang.
Oils of Life dan Tea Tea range.

Ok, yang Oils of Life.. Saya beli:
Oils of Life™ Intensely Revitalising Bi-Phase Essence Lotion.
Ini kira macam ala-ala toner. Tapi ada 2 base. Secara ringkas maksudnya ada elemen air dan minyak..sebab tu special ada Bi-Phase. ;)
Nampak tak dua lapisan air-minyak yang terpisah tu.
Ni yang special ni.. :) 2 dalam 1.. 

Goncang-goncang sebelum guna. 
Supaya bila kita titis keluar, dapat la dua-dua elemen air dan minyak tu. 

Saya dah lama sangat tak pakai toner. Skip step toner sebab muka saya dulu jenis pakai toner je jadi kering kejung. Siap terkopek-kopek pedih tepi hidung dan mulut. Kalau pakai bedak time terkopek tu, memang bercapuk tahap tak sanggup pandang muka sendiri kat cermin! Tapi..bila tak pakai toner, muka start jadi berminyak dan jerawat pasir pula. Redha je oily sebelum ni sebab tak sanggup pedih kering terkopek..erk! :'(

Disebabkan Oils of Life ni ada essence lotion a.k.a 'toner' special, jadi pintu hati saya ni terbuka la nak cuba pakai yang ni. Walau mula-mula agak gentar nak mencuba sebab nama item ni ada 'OILS'.. (Dalam hati terdetik, habis la..muka bertambah minyak. Tak payah beli minyak nak masak lepas ni kot. Hahaha..)

Ni SEBELUM guna apa-apa. Kulit muka togel sahaja.. :p
Kalau perhati betul-betul, ada banyak jerawat kecil-kecil kat dahi tu. Memang susah nak hilang.
Berminyak muka walau baru berapa minit lepas cuci..kilat hidung! T_T



Ok, pertama kali apply OOL lotion ni kat muka..
- wah! Sedapppnya bau dia. Lembut tapi 'rich'. Tak tau nak bagitau macam mana bau dia. Best betul bau..
- pastu..wahwah. Sapu tak rasa oil2 pun. Meresap je masuk kulit rasanya..saya suka saya suka!
- bila dah lama sikit sebelum rutin biasa nak letak pelembab. Terasa..wahh macam tak payah nak letak pelembab je. Kulit muka rasa segar.

Ini SELEPAS guna Oils of Life Essence Lotion dalam 5 hari.
Gambar semua tanpa edit. Dah KURANG jerawat kecil kat dahi tu! Hampir tiada. :)
Muka pun dah tak berminyak. Tengoklah..hidung dah tak berkilat!
Yeayyy.. ;D

Selepas pakai dalam 5 hari, taktau la kenapa rasa perasan diri ni macam berseri-seri.hehehe.. Bukan la kata terus macam jadi cerah putih melepak, tapi macam bersinar dan tona sekata. Liang pori yang besar pun berkurang. ;)
Pssttt..My hubby pun ada tegur 2 hari lepas kata nampak saya cantik pula.. :p alhamdulillah..pujian suami memang sangat bermakna. :) Lagi-lagi my hubby ni jenis jarang puji. Opps! ;p

Serius sangat amazing! Syukur alhamdulillah ia serasi....yeay, misi pencarian berakhir! :) :) Terasa confident je tanpa tepek muka mekap tebal-tebal. ;)
Harga sebotol 100ml ni, RM125. Pakai sikit-sikit je. Maybe boleh bertahan lama. (Nanti dah nak habis saya bagitau anggaran tempoh penggunaan sebotol ni).
In shaa Allah ada rezeki nak try item lain dalam range Oils of Life ni. Ada pure oils (mesti lagi power sebab betul-betul concentration), dan moisturizer.

Ok, item kedua.. Wangi-wangi pulak. Saya memang gemar sangat wangian tbs ni. Dari EDP, EDT, body mist, butter, dan lain-lain juga lah.. :)

Kali ni try Fuji Green Tea™ Cologne. Dapat bayangkan bau green tea tak? Bukan macam bau daun tau! Tapi bau segar..fresh sangat. Wangi ke tak? Pada saya sedap. Kat hujung-hujung bau fresh tu, ada bau bunga-bunga juga. Kira fresh yang amat (tapi bukan bau 'keras' tau) + sipi-sipi floral. My hubby pun suka, maka dia pun rembat pakai sekali.hahaha.. Sehati sejiwa, seharum sebau sekali.. ;p Ok la tu, sebab bau colonge ni bukan yang jenis 'ayu', kira unisex pada pendapat saya. Lelaki dan perempuan pakai tetap sesuai harum je baunya. ;) sebelum ni memang saya ada pernah beli fuji green tea body scrub dekat outlet tbs. Yang tu pun my hubby pun pakat pakai sama..hehe.

Yang best Fuji Green Tea™ Cologne:
- sangat segar dan manis dihujung bau dia.
- perempuan atau lelaki pakai pun match sangat harumnya.
- colonge bau lebih tahan lama dari body mist.
- pakai lepas mandi, melekat lama bau dia.
- time cuaca panas-panas pakai kat badan sejuk je rasa, segar. Spray kat baju pun boleh tahan lama dia.
- penutup dia lebih cantik dan exclusive dari body mist biasa..heheh. :p

Spray..spray.. segar dan harummm.. ;p

Harga colonge Fuji Green Tea ni RM95 sahaja.. Ok sangat sebab kira macam perfume dan body mist, 2 in 1..hehe. ;)

Ok kan? Siapa suka body shop, kita geng! :D
Jadi kalau pergi shopping, singgah outlet TBS try ambil bau semua. Staf-staf outlet tbs so far sangat friendly. Pastu cuci mata kat website TBS pulak. Klik-klik, shopping terus..hehehe.


Dah confident kulit muka bertambah ok, tak payah kelam kabut nak pakai foundation bedak segala bila suami balik kerja. Tinggal calit lipstik sikit, topup spray wangi sikit, siap. Sambut dengan senyumannn..ahaks! :) :) :p

Senyum dengan CONFIDENT! :) :)

Yang baik-baik kita share.. Moga info ni bermanfaat ye sayang-sayang sekalian.
In shaa Allah, nanti saya share review yang lain lagi. :)

Love,
Mommy Ima ;)

Thursday, 22 October 2015

Melantak Steak Hub!



As salammualaikum wbt.. :)

Semua jenis makanan saya makan. Masakan melayu, western, cina, thai, india, arab, jepun, atau apa-apa je lah..in shaa Allah saya telan je takde masalah. 

Steak? Sebelum ni tak pernah!

Kalau western, saya pernah makan yang biasa-biasa macam chicken chop/grill, fish grill, fish n chips, spagetti/pasta.. Ala..boleh kata yang biasa-biasa dan mampu saya milik je la.hahaa. Si sudut hati, teringin juga nak try makan steak..steak yang medium well cooked ala-ala omputeh gitu. 
Macam ni..Very juicy steak...

Korang pernah dengar Me'nate Steak Hub? Yang tambah famous jap sebab Azwan Ali tu. Oops..hehe..
Kat Melaka ni ada steak hub juga tau.
Melantak Steak Hub. Boleh dikira macam anak didik Me'nate juga.

First trial nak survey (survey dulu..kalau mahal sangat, next time sebelum datang nak kena withdraw dulu..haha. )
Datang untuk supper je. Sebab anak-anak tiba-tiba lapar lepas jalan shopping. Erk! Semua kedai banyak tutup kan. Nak drive thru mcd memang takkkkk la. Insaf dah. In shaa Allah. 


Untuk supper, kami order:
- 2 x hot drink (boleh refill, pilihan ada banyak.. Cappucino, milo, soya, mocha, dan banyak lagi. Air sedappp ada ummmph!)
- set mushroom soup + garlic bread.
- extra 1 bowl mushroom soup.
- fries (panas-panas sedap.. Kentang ori potong gedabak besar. Crunchy diluar, lembut di dalam)
Total rm19. Pada saya sangat berbaloi. Kalau fast food pun makan remeh-remeh je, lebih kurang camni. Kadang lebih lagi..urgh..


Second time kami pergi waktu dinner. Yeay! My hubby ajak lagi.. Nak bagi saya try steak.

Steak! yeayyyy..

Tengokkk.. Selera tak? Saya ambil kecil je, bahagian stirloin. Waitress suggest ambil ni jangan tebal-tebal untuk beginner macam saya.. Dia cadangkan try medium well cooked. 75% masak, masih juicy. Kalau agak-agak tak boleh telan, bagitahu dia. They all akan masakkan lagi bagi masak terus.

Harga steak?
rm37.80 sahaja..ada lagi yang lebih mahal ohoi..ikut besar and bahagian mana dagingnya.
Ada gaya tak? Mak jemah dari kampong baru first time merasa steak tau! haha..

My hubby's plate.. Chicken chop grill. Sedap! :)


Anak-anak happy je..makanan yang diorang suka, laju je makan.
Tengok saiz fries yang Alham pegang..beza tak dengan yang biasa? :)
Steak sangat lembut senang nak potong.
Rasa yang sedap, tapi first time makan daging yang masih ada merah-merah, kekok rasanya..hihih.. :p


Total?
Sangat berbaloi...kenyang tahap taknak makan daging seminggu..haha. :p


Will come again..in shaa Allah.
Kalau nak pergi, kena awal-awal. If lambat.....penuh table. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...