Showing posts with label AfeeraNufayla. Show all posts
Showing posts with label AfeeraNufayla. Show all posts

Thursday, 5 April 2018

Throwback moment Afeera 1 Tahun

Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Alhamdulillah 13 Januari 2018, ikut kalendar masihi genap setahun Afeera lahir. Tak dapat buat kenduri di rumah masa birthday Afeera 1 tahun ni. Last minit, kami perlu ke Medan Indonesia untuk majlis perkahwinan sepupu daddy.

Apa-apapun, moment 1 tahun untuk Afeera masih ada. Sambut di airport je sementara nak tunggu depature.


Kek personal untuk Afeera. Tapi bukan Afeera yang makan pun. Kek kecil.cinonet kena serbu kakak Aleesya, Aneesa and Alham. Hihihi..


Dress yang Afeera pakai ni, turun temurun yang Kakak Aleesya dan Aneesa pakai masa umur satu tahun juga. :) 
Nanti mommy cari balik gambar masa kakak-kakak satu tahun pakai dress yang sama tu. ;)


Random selfie dengan birthday girl.


Perkembangan Afeera sepanjang setahun ni, Afeera membesar dengan sempurna. Syukur alhamdulillah..  
Dah pandai jalan, mula nak berborak dengan bahasa dia, gigi dah banyak dan macam-macam lagi. 

Moga AfeeraNufayla diberi kesihatan sempurna dan ceria, sentiasa dalam lindungan Allah serta terus menjadi anak solehah yang berjaya cemerlang dunia dan akhirat. Aamiiin...

Love,
Mommy_ima~ :)




Sunday, 28 January 2018

Gotong Royong Sekolah

Bismillah.. As salammualaikum wbt... :)

Aktiviti sabtu pagi hujung minggu bersama anak-anak coz daddy is away. Daddy outstation with ummi, so mommy keep busy to avoid loneliness.. Haha.. Takde lah lonely sangat, cuma lately ni hati banyak terasa sayu dan banyak benda bertalu-talu nak difikirkan. :')

Jadi, kebetulan ada program gotong royong di sekolah kakak Aleesya dan kakak Aneesa. Pergi gotong royong angkut semua anak-anak. :D boleh ke nak buat kerja?
Boleh je. Tapi ada beberapa tugas jadi limited sikit. Bantu mana yang termampu. 

Kelas kakak Aneesa tahun 1 Bijak. Banyak nak kena buat dari mula. Sebab kelasnya agak tak berapa ceria. Nampaknya banyak barang dah uzur juga. Mommy bawa drill tapi lupa nak capai mata drill yang sesuai. Jadi tak dapat gunakan juga. 
Dapat buat yang asas je. Balut meja, kemas-kemas, dan yang lain-lain kena aturkan semula masa sambung. 

Pasang alas meja murid dan meja guru baru. Guna tikar getah. 
Skirting guru dah ada, skirting meja murid on the way tempahan. 
Hari persekolahan hari tu dah bawakan Aneesa jam dinding untuk beri pada kelas. 
Jam dinding belum sempat gantung. Takde paku dinding simen, mata drill lubang pun lupa bawa. :p


Macam mana mommy bantu buat kerja ada baby? (bukan baby sangat sebab dah setahun, tapi sebab asyik nak berkepit dan kira bongsu buat masa ni, masih gelarkan baby. Hehehe..). 
Mommy pakai baby carrier, belah belakang. So, cikBaby pun kepit sambil perhati je kerja mommy buat. Terbongkok-bongkok mommg menyapu, potong tikar getah.., redah je... :'D 
(syukur carrier dah jumpa, sebelum ni mommy ada story yang ssc tertinggal tu, waiter tu simpankan.. :D) Memang carrier ssc mommy ni sangat membantu. 


Hijau alas meja kelas Aneesa.
CikBaby dah pindah gendong bahagian depan time ni sebab dia dah nampak macam nak take a nap. 


Alham pula macam mana mommy uruskan?
Alham memang agak aktif dari kakak-kakak yang lain. Sometimes mommy rasa tak berapa dapat nak fully control dia. Sebab daddy is away, so I need backup helper. Gadget! #jangankecam :'D 
Mommy memang masih stage nak gadget-free anak-anak, mostly Alham. So far masih dalam kawalan penggunaanya. 
Mommy beri tab/phone with limited time and reasons je. 
This time mommy pesan pada Alham;
- when mommy kata simpan dulu, simpan ok?
- when mommy kata dah, dah ok?
- at home cannot tab/phone anymore ok?

Alhamdulillah.. So far so food. Semua Alham cakap ok. Dan he stick to his promise. :)

Sampai rumah, "mommy, Alham nak fon mommy boleh tak?"
Saje nak test mommy ke apa tu? Hahahaha..
Mommy jawab, "cannot kan...kita dah at home"
Alham sambung, "at home cannot fon, games.. If follow mommy work, can kan?"
:)

Tinggalkan kejap kelas Aneesa, jengah kelas Aleesya tahun 3 pula if anything yang perlukan bantuan mommy. 
Fuhh.. Mencungap mommy naik tingkat 3 sambil kendong Afeera. Alham suka la dapat main tangga. 



Kelas Aleesya sangatlah cantik. Speechless mommy. Cikgunya memang suka dekorasi. 
Okay, this is one of the reason kakak suka pergi sekolah. :)
Nampak kelas 3A ni parents and guru kelas pun sangat supportive. Alhamdulillah. 
So, mommy tolong lite je. 
Potong-potong kertas jadual, susun kerusi meja, pasang alas meja instant. 

Cantik dan bersih. Kaca tinggap dinding pun bersih berkilat dah. Clearly boleh see through! :)
Wallpaper pun sangatlah mendamaikan warnanya. Mommy dah la suka green! I like kelas Aleesya ni. Syiling pun baru cat. Alhamdulillah ramai parents yang bantu kat sini. 

Mommy menyelit. Bantu sikit-sikit je hujung ni. CikBaby dah lelap. 
Warna oren peach ni la yang mommy kata alas meja instant tu. Bawah penjuru tu ada getah untuk sangkut kat meja. 
Plastik alas meja boleh selit kertas notes. 

Penutup, rajin Aneesa sapu kelas bersih-bersih. :)

Jamuan makan secara potluck. 
Mommy bawa sikit tambahan nasi lemak kukus dan kuih talam suji chocolate. Tempah jiran-jiran taman je. Tak menyempat nak plan prepare sendiri. Jiran masak pun sedappp... Boleh kata kerap beli pada mereka. Kalau you all area Melaka sini nak order kuih talam atau nasi lemak kukus singgit, bagitau mommy ok. Nanti mommy bagi contact number.

Okay, balik sakit pinggang dan kejang otot tangan. Hahaha.. 
Kakak Aleesya suddently slightly fever.
Hari ni sepatutnya ada kenduri jiran taman. Tak tahu dapat pergi tak sebab daddy is away, Aleesya pula tak berapa sihat. Tolong doakan sama untuk Aleesya get well soon ya.. Alham and Afeera pun baru baik demam. Moga-moga semua diberi kesihatan yang sempurna. 
Hati sayu.. :')
The struggle is real!

Love,
Mommy_ima~
 

Wednesday, 27 September 2017

New Drypers Head To Toe Wash

Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

You all pernah tak pakai sabun baby tapi baby tak bau macam baby?haha.. Maksud mommy, bau yang lembut wangi comel rasa geram je kat baby. (walaupun baby bau mashammm pun tetap geram je kan.. :p). Kadang-kadang tu, sabun bau too much fruity flavour, macam too much fragrance pun ada. Memanglah wangi tapi macam hilang bau comel semulajadi baby.. :')

Mommy dah jumpa salah satu sabun baby yang bau macam real baby. Bau melekat tahan lama! :) yeay... :D

My baby Nufayla bathtime with Drypers Head to Toe. :)


Dah la bau lembut sangat, lepas tu kulit baby rasa macam semakin gebu gebas, tapi tak mengeringkan. Kulit rasa halus lembut dan ia kekalkan kelembapan kulit juga. Rambut pun gebu gebas bersinar dan lembut tanpa kusut masai..hehe.
So far pakai ni, memang tak nampak kulit baby kering. (mommy ada try pakai-pakai juga buat cuci muka sebab nam express capai apa yang ada je depan mata..haha. memang kulit muka tak rasa kering, tak rasa tegang terik yang amat tu..you all faham kan maksud mommy.. :p)


Drypers head to toe wash ni ada khasiat dari avocado extract & oat kernal extract juga. Memang sesuai sangat untuk kulit dan rambut baby secara semulajadi. (asal mandi je terbayang avocado. sedapnya avocado.. ;p nak beli la nanti. Buat baby food, bakinya mommy makan..hihihi.. :p)




Lagi satu yang best juga tentang sabun ni tears free. Relax je baby Nufayla mandi dengan sabun drypers nj walau air sabun meleleh masuk mata masa cuci rambut. Hehe..kalau tak, mengelabah merengek terus masa cuci rambut.. :')


Tak pedih mata pun! :D


Ok. Ini pendapat mommy yang dah beli dan cuba sendiri gunakan sabun drypers ni. My baby AfeeraNufayla and kids (kakak Aleesya, Aneesa and Alham) enjoy sangat masa bath time! ;)

Rating: 9/10

AfeeraNufayla enjoying her bath time!

Abang AlhamNaufal pun enjoy! :)

Mommy selfie dengan anak-anak mommy yang bertambah comel lagi wangi dengan sabun drypers.



Love,
Mommy_ima~

Update: additional info ingredients for this drypers head to toe wash - water, sodium laureth sulfate, cocamidropropyl, betaine,decyl glucoside,glycerin, penoxyethanol (and) sorbitan caprylate, peg-150 distearate, edta, citric acid, pantheanol, avena sativa (oat) meal extract, persea gratissima fruit extract.
*Mommy tak gunakan darypers wash or any baby wash (comersial type) start from newborn. Mommy start guna sabun bila baby dah growing for months and skin dah nampak takde masalah lagi (coz most likely my baby skin is sensitive type masa early born).



Friday, 4 August 2017

Baby Afeera is Now Half Year Old

Bismillah.. As salammualaikum wbt... :)

Lama tak update, sedar-sedar dah 6 bulan 3 minggu umur our little miracle baby, Afeera Nufayla. 



Alhamdulillah.. So far so good. Mommy bersyukur dengan perkembangan Nufayla yang baik dan sempurna. Nak kata cepat sangat pun tak, nak kata slow sangat pun tak. Just nice for us, alhamdulillah. ;)

Afeera 6m milestone:-
- Late 5 months dah merangkak dan maju bertapak-tapak, dan accidently terduduk sendiri. Pastu dia buat muka pelik taktau nak buat apa. Mommy clap hand, baru afeera nampak happy and feel normal. Hahaha.. Then banyak kali afeera try duduk, banyak kali juga bergelimpangan. Whoopsy! :')
- early 6 months dah start duduk tegap. Alhamdulillah..
- baru je duduk tegap, dah capai sofa konon nak diri. Ececee.. Bergelimpangan lah lagi..hiks. :p
- now, dah diri tegap dengan pautan. Kalau tak berpaut, masih bergelimpangan. Tapi its look like afeera nak belajar start imbangkan diri sekali sekala. Kita tunggu dan lihat. ;)
- solid food? early 6 months mommy tried suapkan mashed banana + EBM. Hmm.. Belum berapa nak menelan. Hehehe.. So, mommy decided untuk delay start beri Afeera solid food. Will continue on baby solid food soon. 

Throwback sikit Afeera's monthly photo:
















Okay, tak sempat lagi nak story tentang pipi Afeera yang sensitif. 
Actually, skin Afeera nampaknya sensitif. Rasanya, start nampak terserlah dalam 2-3 bulan lepas. Rashes kat pipi. Then rashes tu siap berair. Now, alhamdulillah nampaknya dah beransur pulih. Nanti in shaa Allah mommy share apa yang kami ikhtiarkan untuk baby sensitive skin ni. 

Love, 
Mommy ima~❤️

Saturday, 13 May 2017

Afeera Say Thanks!

Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Alhamdulillah.. dah masuk 4 bulan my miracle baby, Nur Afeera Nufayla. 
Sekarang tukar-tukar panggil nama Nufayla pula. Jadi, bila panggil mana-mana nama pun dia tahu itu nama dia. :p Kalau rajin, memang panggil nama penuh sekali dengan binti. :D

Syukur sangat, perkembangan Nufayla sangat baik dan sempurna.
Dah masuk 4 bulan ni, daddy selalu kata Nufayla nampak sangat cepat dari semua aspek.
1 bulan dah pakai baju saiz 6-12 bulan.
2 bulan dah start kenal orang.
3 bulan dah nak duduk.
4 bulan..macam-macam lah. Sampai tak sempat mommy nak catit milestones Nufayla. :'D

Luas rezeki Nufayla.. Sampai sekarang masih banyak Nufayla dapat gift macam-macam.
Mommy doakan moga Nur Afeera Nufayla terus diperluaskan pelbagai rezeki yang tak putus sampai bila-bila. Aamiiin.. 



Terima kasih pada semua.. Keluarga, kawan-kawan, saudara mara, para peminat. Tanpa anda, siapa lah saya! Eh, dah macam ucapan terima anugerah pula. :')

Banyak lagi gambar Nufayla yang mommy belum transfer. Jadi tak dapat nak upload update kat blog sementara ni. Nanti mommy upload ye. 

p/s: Selamat ulangtahun kelahiran buat anak mommy daddy, Muhammad Alham Naufal. Sempena 15 Syaaban (nisfu syaaban), genap umur Alham 3 tahun mengikut kalendar hijrah.
Nanti mommy update lagi tentang early celebration birthday Alham, ok. Muaah! :*

LOve,
Mommy Ima~♥


Friday, 24 March 2017

1mo Moment Baby Afeera

Bismillah.. As salammualaikum wbt...

Alhamdulillah.. Afeera dah masuk 2 months old. Tapi disebabkan memory komputer dan phone dah almost full, jadi mommy nak throwback sikit moments Afeera since day 1 hingga 1 month old. 

Bismillahi masyaAllah.. tiba-tiba mommy touching bila tengok balik gambar-gambar Afeera yang baru lahir. :') Our precious miracle baby, Nur Afeera Nufayla.








Semoga Nur Afeera Nufayla membesar dengan sempurna, sihat tubuh badan dan akal fikiran, terus menjadi anak solehah yang beriman berilmu dan bertaqwa, taat perintah Allah, taat pada mommy daddy dan semoga sentiasa dipelihara oleh Allah. Aamiiin, in shaa Allah.

Love,
Mommy Eima~












Saturday, 11 March 2017

Our 2017 Newborn

Bismillah... As salammualaikum wbt.. :)

Alhamdulillah... Miracle baby ke-4 kami selamat dilahirkan pada 13 Januari yang lalu. 
Dah nak masuk 2 bulan beberapa hari lagi.



Baby weight on birth, 3.55kg. Lenght on birth 55cm.
Dilahirkan di hospital Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) pada jam 8:24 malam, hari Jumaat. Alhamdulillah.. indah sungguh perancangan Allah. Semua anak-anak mommyima daddyandy dilahirkan pada hari Jumaat. :)


Syukur, pada hari ke-7 selamat dicukur kepala oleh ddy, selamat diuruskan aqiqah seekor kambing (diuruskan oleh ummi), dan selesai dinamakan.
Nama diberi Nur Afeera Nufayla, Cahaya Yang Rajin Yang Suka Memberi (dermawan).


Hari yang ke-10, berat naik sikit je..3.6kg.  :p
Alhamdulillah.. Jaundis tak lama, last discharged check up kat klinik kesihatan, hari ke-11.


Hari ke-20, nurse datang timbang baby. Alhamdulillah 4.3kg dah, patutlah bila angkat dah terasa. ;) Daddy sampai confused, ni umur 20 hari ke atau 2 bulan? :D


In shaa Allah, akan mmy kongsikan lagi moment kelahiran baby kat blog ni (handphone mommy tak boleh on. Sedih banyak kenangan dan gambar anak-anak dalam tu... Jadi, sementara mana yang ada simpan dalam draft ni, mommy coretkan kat blog. :'D)

Soon, in shaa Allah mommy up story mommy tentang ni pula:~
Moment hari sebelum kelahiran, 
Moment di hospital (in shaa Allah mommy kongsikan review service sebab kami first time ke hospital baru ni),
Kronologi kelahiran anak ke-4,
Moment berpantang (Suamiku Penjaga Pantangku - tajuk novel :p),
In shaa Allah, moga diberi kelapangan waktu untuk berblog semula. Encik suami a.k.a pembaca setia pun dah tanya banyak kali, bila nak masukkan dalam blog. :'D

Harap handphone mommy cepatlah elok. Rindu nak throwback gambar-gambar dalam tu. Tak sempat nak transfer ke komputer, tiba-tiba handphone 'koma'.. Nangis! (T_T)

Thank you sudi baca! :)

Love,
Mommyima


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...