Showing posts with label Fulltime mommy. Show all posts
Showing posts with label Fulltime mommy. Show all posts

Sunday, 28 January 2018

Gotong Royong Sekolah

Bismillah.. As salammualaikum wbt... :)

Aktiviti sabtu pagi hujung minggu bersama anak-anak coz daddy is away. Daddy outstation with ummi, so mommy keep busy to avoid loneliness.. Haha.. Takde lah lonely sangat, cuma lately ni hati banyak terasa sayu dan banyak benda bertalu-talu nak difikirkan. :')

Jadi, kebetulan ada program gotong royong di sekolah kakak Aleesya dan kakak Aneesa. Pergi gotong royong angkut semua anak-anak. :D boleh ke nak buat kerja?
Boleh je. Tapi ada beberapa tugas jadi limited sikit. Bantu mana yang termampu. 

Kelas kakak Aneesa tahun 1 Bijak. Banyak nak kena buat dari mula. Sebab kelasnya agak tak berapa ceria. Nampaknya banyak barang dah uzur juga. Mommy bawa drill tapi lupa nak capai mata drill yang sesuai. Jadi tak dapat gunakan juga. 
Dapat buat yang asas je. Balut meja, kemas-kemas, dan yang lain-lain kena aturkan semula masa sambung. 

Pasang alas meja murid dan meja guru baru. Guna tikar getah. 
Skirting guru dah ada, skirting meja murid on the way tempahan. 
Hari persekolahan hari tu dah bawakan Aneesa jam dinding untuk beri pada kelas. 
Jam dinding belum sempat gantung. Takde paku dinding simen, mata drill lubang pun lupa bawa. :p


Macam mana mommy bantu buat kerja ada baby? (bukan baby sangat sebab dah setahun, tapi sebab asyik nak berkepit dan kira bongsu buat masa ni, masih gelarkan baby. Hehehe..). 
Mommy pakai baby carrier, belah belakang. So, cikBaby pun kepit sambil perhati je kerja mommy buat. Terbongkok-bongkok mommg menyapu, potong tikar getah.., redah je... :'D 
(syukur carrier dah jumpa, sebelum ni mommy ada story yang ssc tertinggal tu, waiter tu simpankan.. :D) Memang carrier ssc mommy ni sangat membantu. 


Hijau alas meja kelas Aneesa.
CikBaby dah pindah gendong bahagian depan time ni sebab dia dah nampak macam nak take a nap. 


Alham pula macam mana mommy uruskan?
Alham memang agak aktif dari kakak-kakak yang lain. Sometimes mommy rasa tak berapa dapat nak fully control dia. Sebab daddy is away, so I need backup helper. Gadget! #jangankecam :'D 
Mommy memang masih stage nak gadget-free anak-anak, mostly Alham. So far masih dalam kawalan penggunaanya. 
Mommy beri tab/phone with limited time and reasons je. 
This time mommy pesan pada Alham;
- when mommy kata simpan dulu, simpan ok?
- when mommy kata dah, dah ok?
- at home cannot tab/phone anymore ok?

Alhamdulillah.. So far so food. Semua Alham cakap ok. Dan he stick to his promise. :)

Sampai rumah, "mommy, Alham nak fon mommy boleh tak?"
Saje nak test mommy ke apa tu? Hahahaha..
Mommy jawab, "cannot kan...kita dah at home"
Alham sambung, "at home cannot fon, games.. If follow mommy work, can kan?"
:)

Tinggalkan kejap kelas Aneesa, jengah kelas Aleesya tahun 3 pula if anything yang perlukan bantuan mommy. 
Fuhh.. Mencungap mommy naik tingkat 3 sambil kendong Afeera. Alham suka la dapat main tangga. 



Kelas Aleesya sangatlah cantik. Speechless mommy. Cikgunya memang suka dekorasi. 
Okay, this is one of the reason kakak suka pergi sekolah. :)
Nampak kelas 3A ni parents and guru kelas pun sangat supportive. Alhamdulillah. 
So, mommy tolong lite je. 
Potong-potong kertas jadual, susun kerusi meja, pasang alas meja instant. 

Cantik dan bersih. Kaca tinggap dinding pun bersih berkilat dah. Clearly boleh see through! :)
Wallpaper pun sangatlah mendamaikan warnanya. Mommy dah la suka green! I like kelas Aleesya ni. Syiling pun baru cat. Alhamdulillah ramai parents yang bantu kat sini. 

Mommy menyelit. Bantu sikit-sikit je hujung ni. CikBaby dah lelap. 
Warna oren peach ni la yang mommy kata alas meja instant tu. Bawah penjuru tu ada getah untuk sangkut kat meja. 
Plastik alas meja boleh selit kertas notes. 

Penutup, rajin Aneesa sapu kelas bersih-bersih. :)

Jamuan makan secara potluck. 
Mommy bawa sikit tambahan nasi lemak kukus dan kuih talam suji chocolate. Tempah jiran-jiran taman je. Tak menyempat nak plan prepare sendiri. Jiran masak pun sedappp... Boleh kata kerap beli pada mereka. Kalau you all area Melaka sini nak order kuih talam atau nasi lemak kukus singgit, bagitau mommy ok. Nanti mommy bagi contact number.

Okay, balik sakit pinggang dan kejang otot tangan. Hahaha.. 
Kakak Aleesya suddently slightly fever.
Hari ni sepatutnya ada kenduri jiran taman. Tak tahu dapat pergi tak sebab daddy is away, Aleesya pula tak berapa sihat. Tolong doakan sama untuk Aleesya get well soon ya.. Alham and Afeera pun baru baik demam. Moga-moga semua diberi kesihatan yang sempurna. 
Hati sayu.. :')
The struggle is real!

Love,
Mommy_ima~
 

Friday, 26 October 2012

Focus bisnes ape?

As salam...

Sempena raya korban ni, saya juga ingin mengucapkan salam aidiladha kepada semua muslimin muslimat... :)
Saya juga tertanya diri sendiri, saya nak focus dalam ape ye? Ye la.,nampak macam2 saya jual..macam tak serius je! ;p Hihi...buat masa ni, saya masih focus betul2 dalam kerjaya sebagai House Manager a.k.a fulltime mommy! :)
Rasa macam2 juga saya cuba jual, sambil2 isi poket utk keperluan anak2 dan keluarga. Mmg tak seberapa yg saya dapat sebab saya tak focus untuk marketing. Buat masa ni, saya cuma promote barang2 yg saya sendiri dah try guna, dan saya suka.. Boleh diertikan juga lebih kurang "I'm not selling, but sharing..." ecehcehh.. ;)

Saya takmo la share benda tak elok, tak best..so, saya guna..saya suka..saya sebarkan.. :)

Contoh setakat ni yang saya dah pernah jual..
#1 Baby stuff (float, dress, etc..)[sini]
Suka sangat bila customer happy dengan barang yg dibeli..pembeli x ramai, tp gembira bila ianya dihargai.. tq dear, u know who u are..hik3..

#2 Cheese powder cheezy2.. [sini]
Saya sendiri suka mkn..dah cuba n sgt sedap. Jadi, nak bg korang merasa kesedapannya..sambil2 nak tolong kwn jual.

#3 ciskek mix... [sini]
Mmg senang sgt! Dan sy dah rasa buat sendiri, mmg marvelous rasanya..sedap! Sy ni x bape pandai nak buat kek..lgpun my hubby x bape gemar kek2 ni. Bila dah ade ciskek mix ni mmg best utk saya..

#4 easy caramel, tepung2 instant..
Yg ni kat fb je..tak done lagi nak buat entry..hik3. ;p

#5 Shaklee ;) [sini]
Saya mmg dah lama nak jadi member Shaklee..sbb sy sendiri guna dan ia betul berkesan utk sy..alhamdulillah, ketika sy first time guna, Shaklee ni salah satu cara sy berikhtiar.. Nnt sy akan share di lain2 entry k.. ;) insyaAllah bagus utk semua juga.. Buat masa ni, saya menawarkan harga hampir serendah harga dealler. Sbb niat di hati lebih kepada sharing kan, bukan selling semata..hik3.. :)

#6 Rempeyek n cakar ayam..
Hahah..yg ni jual kat jiran2 je..ambil stok kat kampung..tapi mmg tebaik lah rempeyek n cakar ayam nyer.. Serius! Jom dtg umah saya kalau nak cuba.. Tak berani nak pos2 takut hancur.. ;p If korang x kesah..boleh je pos..hik3..

Byk kan saya cuba jual2..ni pun ade yg tak recorded..hehe.. Tp semua mmg biasa2 je..poket pun tak penuh2. :p Tp syukur alhamdulillah, saya tetap gembira dengan ape yg saya buat. Saya tetap bersyukur dengan ape yg Allah kurniakan sekarang..dan saya bahagia.

Moga Allah limpahkan kami sekeluarga kesihatan yg baik, kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat, murahkan rezeki dan sentiasa diberkati dan diredhai olehNya.amiiin.. Saya doakan kalian juga. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah yg menentukan.. :)

Friday, 19 October 2012

Alhamdulillah..Aleesya semakin kembali ceria :)

As salam...

Alhamdulillah, keadaan Aleesya semakin pulih dari segi fizikal dan mental selepas kejadian Aleesya injured 3 minggu lepas. (kuku dah tercabut, luka 90% kering.. ).
Kadang-kadang je Aleesya cakap sakit..tapi dah tak nangis2 dah. Aleesya kembali aktif dan ceria seperti dulu.. :)

Malam tadi daddy meluangkan masa bersama bawa Aleesya n Aneesa jalan2. Ke Sunway Pyramid..Tq daddy.

Aleesya lah yang paling happy kan..tak kurang juga Aneesa. Dah pandai dah ekspresikan kegembiraan die..ekspresikan mengamuk pun pandai! :p
Aneesa dah pandai cakap piece bile diambil gambar.. terpengaruh dgn kakak Aleesya la.. ;) tapi tang jari die piece guna jari telunjuk n ibu jari, belum pandai kawal jari yg nk keluarkan..hihi.. :p



Terima kasih atas segala doa acik2, aunty2, uncle2, kawan2, dan daddy untuk Aleesya..

Mummy janji dengan Aleesya nak bawa pergi mandi pool, main sand bila kaki dia dah baik..sebab Aleesya budak baik tak nangis-nangis. Sekarang ni, Aleesya hari2 tuntut.. "Mummy, nanti we go swim yang blue colour, got slide2, got sand ok.. Finger Aleesya dah nak baik dah..sikit lagi.." begitu lah dia hari2..hihi.
Cuba teka, di manakah lokasi yang bakal mummy bawa Aleesya tu?

p/s: i'm  a fulltime mummy, partime busineswoman...harap hati saya cekal dan tabah melalui perancangan terbaru ni. InsyaAllah, moga semua yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak saya..Amiin.




Fulltime Mummy, Partime Businesswoman..lalala :)

Bismillahirahmanirahim...
As salam dan salam sejahtera..

Dengan ini mengumumkan...*jeng..jeng..jeng! :p

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee (ID 889328) di kawasan Shah Alam, Selangor.  :)
Mesti ramai mommies yang dah tahu ttg Shaklee ni kan.. Saya juga salah seorang pengguna dan telah jatuh cinta pada Shaklee ni. *winkwink

Jika berminat serta perlukan supplement semulajadi bagi:
- PENYUSUAN BAYI 
- IBU MENGANDUNG 
- BERPANTANG 
- MASALAH KULIT DAN KECANTIKAN KULIT 
- PENJAGAAN KULIT WAJAH 
- MASALAH BERAT BADAN 
- KESUBURAN 
- SUPPLEMENT UNTUK ANAK 
- ANAK KURANG SELERA MAKAN DAN SEMBELIT 
- ECZEMA/ MASALAH KULIT 

...dan sebagainya anda bolehlah hubungi saya:
# PM - Zaimah Bakar
# SMS/WhatsApp/Viber - 017-226 9327
# Email - zaimah.bakar@yahoo.com

Pembelian boleh melalui saya atau menggunakan ID saya (ID 889328 utk dapatkan harga ahli ☺) di branch berdekatan anda:
Cawangan2 Shaklee:
1. Wangsa Maju, KL.
2. Seberang Jaya, Prai, Penang.
3. Bandar Ipoh Raya, Ipoh, Perak.
4. Taman Molek, Johor Bahru.
5. Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.
6. Luyang, Kota Kinabalu.
**Updated: Mac 2014 - maaf, maklumat tentang anda membuat pembelian menggunakan ID saya (889328) DILARANG. Sila hubungi saya untuk mendaftar sebagai Shaklee Membership yang sah, bagi mendapatkan harga ahli menggunakan ID anda sendiri kelak). :)

Sila inform saya untuk saya guide cara makan :)
Dan anda layak untuk mendapatkan;
1. FREE AFTER SALE CONSULTATION
2. FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Penghantaran terus ke SELURUH Malaysia melalui Pos Laju/mana2 syarikat penghantaran yg berhampiran anda dengan hanya charge RM10 ke semenanjung Malaysia tidak kira berapa banyak pesanan anda.
Tidak kira di mana saya berada, yang penting di mana anda berada, order akan di proses seperti biasa :)

#Good health begin with a good nutrition.. :)

Page: Zaimah Bakar (Official)
Harap sudi la jengah dan hit LIKE..tq in advance :)
Hahah..siap ade page official kan..macam artis pulak! Huhu..bukan ape, facebook personal sy kena jd friend baru boleh view..tak semua sudi invite jd friend sy kan..uhuk. :(
Jadi, sy buat la page utk senang di view.. lgpun xde la bercampur gambar n urusan "office" dgn pic2 my kids di fb tu :p
Sy mak budak baru belajar nak buat page..haha :D *terkial2.. :p

Nanti sambung cerita panjang lagi.. :)
Sekian, Wassalam...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...