Showing posts with label Family Time. Show all posts
Showing posts with label Family Time. Show all posts

Tuesday, 12 April 2016

Ikut Shooting Elvira Studio - Birthday Party


Bismillah... As salammualaikum wbt.. :)

Ahad lepas (10/4/2016), my hubby ada job photographer untuk birthday party. Client ni dah banyak kali ambil Elvira Studio dalam pelbagai event diorang. Last 2 weeks, ada majlis aqiqah cucu client yang sama. Alhamdulillah..rezeki serasi urusan Elvira Studio dengan mereka. 


Birthday party ni my hubby ajak sekali datang. Tuan majlis jemput kami anak beranak memeriahkan majlis sekali. Kebetulan, weekend yang lepas tak ada apa-apa planning family weekend. Mula-mula mommy rasa taknak pergi juga. Segan + taknak ganggu my hubby tengah kerja. Mood kerja dengan spend time together as a guest berbeza kan..hehe. 


Lokasi Holiday Inn Hotel, Melaka.

Decorasi Function Room. KF Event sebagai organizer. 

Penampilan khas, Minion!
Antara character fav si kecik Alham.. :)





Aleesya, Mommy, Alham dan Aneesa.

Main..dan main. Sampai tumbang tiang belon ni. (O.o)

Puas kakak kecik ni main dengan Alham. BAru kenal, Alham nak main dah.



Kami lagi..Lama tunggu event nak habis.

Fav main telefon. Gasak mommy kena layan..fuh.. :'D

Bergambar dengan minion. Alham excited tengok dari jauh. Sampai dekat-dekat,
tergamam!
dekat lagi nak snap photo.. "nanaaakkkk..."keluar suara dia.haha.. :'D 


Kesian daddy, nak makan pun cepat-cepat curi masa sebab nak catch up snap photo event. :')

Alhamdulillah..selesai aktiviti ringkas hujung minggu lepas. Syukur dapat luangkan masa bersama-sama keluarga tercinta, walau event ni rasa kekok sikit sebab daddy (my hubby) dalam mood bekerja sebagai photog. :p

Love,
Mommy ima..~♥

Thursday, 25 September 2014

KLIA 2

As salammualaikum wbt..

Sabtu 2 minggu lepas kami ke KLIA 2.  Bukan ke sana sebab nak naik aeroplane. Saje jalan-jalan. Lagipun my hubby offer tanya nak ikut tak kann..haha. Pantang di offer. Kalau badan sihat dan tiada halangan, ON je..

Sabtu tu my hubby ada nak jumpa dengan customer photographer ELVIRA STUDIOJumpa di Seri Kembangan. Lepas tu kami ke Aeon Bukit Tinggi.  "Tempat mummy daddy dating dulu masa muda mudi tau.." Ahahahah.. :D kat situ la dulu makan2, merajuk2, romantik2 konon. :p

Dah beli barang n makanan sikit kat aeon, jam 6ptg terus gerak ke KLIA 2. Jam 8 baru sampai. Gedebak gedebuk, solat isyak..makan kentucky alas perut sebab kenyang lagi makan macam-macam. :)

Ok laa.. Luas, ada shopping2. Tapi saya bukan kaki shopping, jadi takde la teruja sangat. Just cuci2 mata, sambil tgk dunia luar. Ye la, saya kan housewife..duk rumah je. Kalau keluar pun hantar dan ambil Aleesya skool, paling banyak  pun ke poslaju sebab nak pos shaklee ke customer. Tu pun kadang minta poslaju pick up je kat rumah. :p

Posing2.. Ambil gambar je.




Lepas tu, my hubby kata teringin nak naik train KLIA transit tu. Saya ok je, lagipun kata nak bawa anak2 jalan kan. Naik train mesti anak-anak suka. Memang suka sangat! tertunailah hajat daddy naik train.

















Aneesa la yang paling excited. Dulu masa  naik komuter bawa Aleesya rasa naik train, Aneesa kecil lagi. So dia tak ingat. Aneesa suka sangat, sampai bangun2 tido bukak mata je terus cakap "best kan naik choo choo train kan mummy! Adik sukaa.. Ada mummy..daddy..kakak..alham. Tapi baby tidur je" berulang2 dia cakap. Hihih..

Semangat Aneesa nak masukkan tiket. :)
Selesa n bersih KLIA 2 ni. Iyelah, tempat tumpuan orang kan, haruslah bersih. Lagipun agak baru tempatnya, masih bersinar-sinar. Hihihi.. ;)

p/s: promosi Shaklee masih berlangsung dengan jayanya. Jom jengah!  klik [SINI]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...