Showing posts with label FamilyWeekend. Show all posts
Showing posts with label FamilyWeekend. Show all posts

Thursday, 25 September 2014

KLIA 2

As salammualaikum wbt..

Sabtu 2 minggu lepas kami ke KLIA 2.  Bukan ke sana sebab nak naik aeroplane. Saje jalan-jalan. Lagipun my hubby offer tanya nak ikut tak kann..haha. Pantang di offer. Kalau badan sihat dan tiada halangan, ON je..

Sabtu tu my hubby ada nak jumpa dengan customer photographer ELVIRA STUDIO. Jumpa di Seri Kembangan. Lepas tu kami ke Aeon Bukit Tinggi.  "Tempat mummy daddy dating dulu masa muda mudi tau.." Ahahahah.. :D kat situ la dulu makan2, merajuk2, romantik2 konon. :p

Dah beli barang n makanan sikit kat aeon, jam 6ptg terus gerak ke KLIA 2. Jam 8 baru sampai. Gedebak gedebuk, solat isyak..makan kentucky alas perut sebab kenyang lagi makan macam-macam. :)

Ok laa.. Luas, ada shopping2. Tapi saya bukan kaki shopping, jadi takde la teruja sangat. Just cuci2 mata, sambil tgk dunia luar. Ye la, saya kan housewife..duk rumah je. Kalau keluar pun hantar dan ambil Aleesya skool, paling banyak  pun ke poslaju sebab nak pos shaklee ke customer. Tu pun kadang minta poslaju pick up je kat rumah. :p

Posing2.. Ambil gambar je.




Lepas tu, my hubby kata teringin nak naik train KLIA transit tu. Saya ok je, lagipun kata nak bawa anak2 jalan kan. Naik train mesti anak-anak suka. Memang suka sangat! tertunailah hajat daddy naik train.

















Aneesa la yang paling excited. Dulu masa  naik komuter bawa Aleesya rasa naik train, Aneesa kecil lagi. So dia tak ingat. Aneesa suka sangat, sampai bangun2 tido bukak mata je terus cakap "best kan naik choo choo train kan mummy! Adik sukaa.. Ada mummy..daddy..kakak..alham. Tapi baby tidur je" berulang2 dia cakap. Hihih..

Semangat Aneesa nak masukkan tiket. :)
Selesa n bersih KLIA 2 ni. Iyelah, tempat tumpuan orang kan, haruslah bersih. Lagipun agak baru tempatnya, masih bersinar-sinar. Hihihi.. ;)

p/s: promosi Shaklee masih berlangsung dengan jayanya. Jom jengah!  klik [SINI]

Sunday, 27 April 2014

Picnic..Family Day di Pantai Puteri

As salammualaikum wbt.. :)

Nak buat quick blog update untuk aktiviti keluarga hari ni. (sebab kalau tak cepat cepat update, mesti asyiklah tertangguh nak taip entry kan..simpan2 sampai cerita kepam..haha)

Ok..Hari ni ber-picnic bersama keluarga in-law. MIL FIL IPAR DUAI ANAK2.. seronok! Dekat je kami buat..Di Melaka juga. Santai-santai dengan penjimatan tanpa menjejaskan kualiti keseronokkan..hihihi ;)

Lokasi, Pantai Puteri Melaka..Jarak dari rumah kami dalam 15 minit je rasanya..hihi. Pagi-pagi cuaca nyaman je..
Makanan kami buat potluck..masing-masing keluarga bawa makanan. Lontong, nasi lemak, roti canai, sandwich, karipap, jambu batu, dadih, orange juice, teh O. Saya paling simple, tak larat kononnya.. Tapi memang pun, sekeluarga diserang selsema. Tapi saya minor je..Alhamdulillah dah ok.
Saya bawa dadih strawberi dengan cappucino. Gambar tak snap, sebab takda apa yang menarik pun. Ingat nak buat roti sarang lebah butterscotch tu, tapi tak done laaa..kelamkabut pagi2 pam belon nak siapkan utk barang2 sukaneka kanak2 ribena ni. ;D
Aktiviti...mandi pantai, sand castle, sukaneka kanak2(lari ikat kaki dengan partner, bola beracun, pecahkan belon, tarik tali).. dewasa, makan..makan..makan..main motor ATV, chit chat...hihi...

Banyak gambar saya tak snap pakai phone saya..jadi, ni je la gambar yang ada. Nanti jika ada ahli keluarga yang lain pass gambar2 dalam whatsapp, saya update gambar kat sini buat kenangan.. :)



Ok...nak sambung buat kerja sebab dah banyak bersukaria kan... :p
Jemput ke online shop saya HealthyBeauty.my :)
Wassalam..

Monday, 30 September 2013

Aktiviti Pilihan Hujung Minggu - Jogging, Cycling, Picnic

As salammualaikum wbt.. :)

Terlalu banyak cerita nak update, tapi tak sempat nak update! Sampai tak tahu nak cerita mana dulu.kikiki.. :p

Takpelah..cerita tentang weekend lepas dulu. Then kita throwback satu2, kenang kisah2 yang dah terlepas nak update.hahaha..

Dah dua kali hujung minggu (Ahad) kami sekeluarga beriadah bersama keluarga MIL. Walau sekarang dah berpindah ke rumah sendiri, tak tinggal lagi di rumah mil..kebanyakkan aktiviti beriadah kami memang join together gether.Rumah MIL 5 minit je dah sampai kalau pecut! :p

LOkasi pilihan #TamanBotanikalMelaka. Sesiapa nak beriadah yang costless, priceless kat Melaka ni boleh la sekali jom.. Kot2 jogging, cycling kita berselisih, nanti hai hai la kan.. :)

Best! Sambil jogging dengar bunyi cengkerik, udara sejuk nyaman..berpeluh dan ringan badan. ;)
Jom layan sikit gambar. Tak snap banyak pun.. sebab leka berjogging kan (kononnya :p)

Kami cycling..tapi ni bukan basikal yg kami bawak.. action nak ambil gambar je ni. :p

Mil, saya, aneesa, aleesya, biras. Basikal ni ada dua..kami bawa yang ni la, sebab ada tempat duduk anak kecil (kat tempat aleesya sedang duduk tu). Penat kayuh naik bukit..masing2 dah tolak beskal! :p

Ni kat taman
Picnic..potluck! :)

Saya bawa sandwich dan buah tembikai.. :)

Last..dah ponat. jom balik! 
Best..in shaa Allah memang akan pergi lagi. Stay healthy, stay fit! :)
Wslm..


Wednesday, 12 June 2013

Sawan Stoberi at Cameron Highland :p

As salammualaikum w.b.t..

Lama rasanya nak pergi Cameron tak tercapai capai. Bukan apa, best kan sejuk sejuk kat atas nun, segar je banyak pokok-pokok, boleh makan fresh strawberi puas puas, luas saujana mata memandang kehijauan ladang teh..

Saya pernah pergi dua kali ke Cameron. Satu trip masa study ke BOH. Tapi tak gi mana, gi BOH dan balik..huh! Umur masa tu 19 tahun..wakaka. Gambar? ermm..mana nak godek ntah. 
Kali kedua, camping Kesatria Negara UiTM. Yang ni memang selebet je saya, tapi comel. kikiki..takmau kalah jugak :p So, sejuk je dapat time ni..uhuh!

Teringin gak nak dating2 dengan boipren kat Cameron. Tapi apakan daya takde boipren kan..haha. Pastu bila ada suami, ingat nak jugak merasa honeymoon kat cameron, tak dapat gak sebab honeymoon dah di plankan di tempat lain.hihi.. 

Bila ada anak seorang (Aleesya).. belum kesampaian juga nak ke cameron. Sampai lah ada Aneesa..
haaa..baru je dapat ke cameron, pada 12/6/2013. Tu pun last minit lepas konvo my hubby. :)

Kebanyakkan hotel dah full booked. Jadi, kami ambil keputusan ambil Hotel Titiwangsa, CH. Ok la..takde la hotel mewah, tetap selesa. rm188 dengan siap buffet dinner (steamboat, 6pm-10pm), dan buffet breakfast. Cuma....hmm, bab shower bilik air kitorang tak bape nak gembira. Air keluar macam ikut ombak gitu, kejap laju, kejap slow, kejap panas, kejap sejuk..dah la kesejukkan kan?tak nak mandi je rasanya..kikiki :p

Kami sampai ke Hotel dah malam..pukul 9:30 pm macam tu, sebab jem bila dah nak sampai. Urrghhh..memang penat amat. Rupanya jem sebab ada pasar malam kat sana kan. Ramai yang park sesuka hati tepi jalan menghalang perjalanan. Padahal, lepas pasar tu jalan clear je. Takpe..takpe. Menguji kesabaran je tu.hihi.. Sampai 9:30..gedebuk gedebak check in, mandi, siap siap untuk late dinner steamboat kat hotel tu. Nasib baik sempat, pukul 10:00 pm dia tutup. So, lagi 15 minit, memang kami makan laju laju.hihi.. sayur salad kat situ, perghhh! segar sangat! rangup n sedap. makan fresh je..tak sampai hati nak celur dalam sup steamboat sebab sayur die rangup sangat..hihi. :)



Di pagi hari.. Mummy semangat bangun nak pergi ladang strawberi. :D Awal bangun..cuaca sangat sejuk dan nyamannnn...~ :)
Pergi breakfast dulu kat hotel..sedap jugak. Puas hati :) :)

Then, pergi cari ladang stoberi. Tapi, time kami pergi ni, bukan waktu menuai. Stoberi banyak baru kuar putik je.. Kempunan nak petik stoberi sendiri tau.. :( takpe..gambar je la dengan seketul dua stoberi yang masih kat pokok.hihi.. :)








Mummy n kakak Aleesya, macam kena sawan stoberi. Excited woooo... :D Fresh Strawberry, Coklat Strawberry, Ais krim strawberry, dadih strawberry, semua strawberry! Adik Aneesa nak cuci stoberi je sbb nampak mummy cuci macam best. pastu paksa2 suap mummy makan jugak stoberi.. :p
Jom tengok Keek nak layan Stoberiii.... :) *sila tutup sound hot.fm widget kanan atas tu utk suara yg clear kat video keek..(sbb record tak betoi sgt, mic hp tak clear, jadi suara video ni perlahan.. ;p)*




Then, kami tak pergi mana pun lagi.. Sebab daddy tak sihat. Demam sebab kesejukkan. (camne next time nak gi main snow kat oversea ni..sejuk cameron pun dah  tak tahan.hihi...)
Dah janji nak bawak Aleesya pergi tengok butterfly, bird, tea field, flowerssss..belum kesampaian. Entah bila dapat datang Cameron lagi.. in shaa Allah nanti kita pergi lagi yeee.. :p

Hasil dari fresh strawberry..nak resepi? [klik sini]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...