Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Friday, 20 February 2015

De Rhu Beach Resort

As salammualaikum wbt.. :)

Entry dalam blog ni dah lompat-lompat ceritanya.. Yang pastinya semua dah lama berlaku dan berlalu. Sambil sambil saya belek koleksi gambar dalam henpon sambil delete mana yg tak perlu, jadi saya rasa nak update sikit sebelum terlupa. ;)

Kami sekeluarga dah lama tak bercuti bersantai. Jadi, mari kita mengimbau kenangan sambil tengok gambar-gambar lama..hehe.

Beach di sini unik sangat..ada makhluk yang sangat kecil comel di situ. SUbahanallah... :)
Pantai pun bersih sangat! We like!

30.08.2013, kami ke De Rhu Beach Resort, Pahang. Last minute booking, sehari sebelum..lepas my hubby booked, terus full dah. Memang dah rezeki..alhamdulillah. :) 
Tak rancang pun nak pergi bercuti jauh jauh.. (Takde lah jauh sgt..dalam negara lagi ni :p)

Asalnya adalah sebab my adik lelaki nikah.. Belah pengantin perempuan di Pahang. Actually, mereka ada siapkan homestay. Tapi oleh sebab family sedara mara rombongan dari pihak keluarga saya ramai dalam satu bas, jadi..kami pun decide nak booked homestay sendiri. But, my hubby yg lebih genius ni dapat cari tempat penginapan dan percutian yang sangat berbaloi!
Tak ingat la harga.. Rm200 kot (ye ke sayang??haha) utk 1 night, 2 tiket water theme park yg best!, 2 breakfast.. Permandangan pantai mmg cantikkk... Dan yang bestnya..pantai dia ada ketam yang kecik2 tu. Betapa excitednya my princess Aleesya dan Aneesa. ;)

My hubby kata..percutian kat De Rhu tu antara percutian yang sgt dia suka.. Santai je walau last minute punya plan. :) :)
Tq sayangggg..
Bilik standard biasa-biasa je. Tetap sangat selesa. :)

Sampai-sampai, semangat terus mereka nak mandi manda. Cuaca pun baik...
Water park yang lite je, tapi memang puas hati untuk melayan anak-anak.

Memang mandi sepuas hati.
Daddy pun jadi atlet perenang negara kejap.ahahaah.. :D
Nampaknya ex-lifeguard sedang beraksi di situ.

Keesokkan harinya. Breakfast.
Makanan sangat sedap. Alhamdulillah..

Ini lah makhluk ciptaan Allah kecil comel tu.
Ketam... Ya Allah... kagum kami.
First time Aleesya Aneesa pegang real and alive crab.
Aleesya cakap.."Aleesya rasa macam comelll je crab tu.."
Aneesa yang time ni 2years old pun ikut je apa kakak kata. :)

In shaa Allah...ada rezeki lebih boleh datang lagi... :)

sekian, wassalam..


Wednesday, 12 June 2013

Sawan Stoberi at Cameron Highland :p

As salammualaikum w.b.t..

Lama rasanya nak pergi Cameron tak tercapai capai. Bukan apa, best kan sejuk sejuk kat atas nun, segar je banyak pokok-pokok, boleh makan fresh strawberi puas puas, luas saujana mata memandang kehijauan ladang teh..

Saya pernah pergi dua kali ke Cameron. Satu trip masa study ke BOH. Tapi tak gi mana, gi BOH dan balik..huh! Umur masa tu 19 tahun..wakaka. Gambar? ermm..mana nak godek ntah. 
Kali kedua, camping Kesatria Negara UiTM. Yang ni memang selebet je saya, tapi comel. kikiki..takmau kalah jugak :p So, sejuk je dapat time ni..uhuh!

Teringin gak nak dating2 dengan boipren kat Cameron. Tapi apakan daya takde boipren kan..haha. Pastu bila ada suami, ingat nak jugak merasa honeymoon kat cameron, tak dapat gak sebab honeymoon dah di plankan di tempat lain.hihi.. 

Bila ada anak seorang (Aleesya).. belum kesampaian juga nak ke cameron. Sampai lah ada Aneesa..
haaa..baru je dapat ke cameron, pada 12/6/2013. Tu pun last minit lepas konvo my hubby. :)

Kebanyakkan hotel dah full booked. Jadi, kami ambil keputusan ambil Hotel Titiwangsa, CH. Ok la..takde la hotel mewah, tetap selesa. rm188 dengan siap buffet dinner (steamboat, 6pm-10pm), dan buffet breakfast. Cuma....hmm, bab shower bilik air kitorang tak bape nak gembira. Air keluar macam ikut ombak gitu, kejap laju, kejap slow, kejap panas, kejap sejuk..dah la kesejukkan kan?tak nak mandi je rasanya..kikiki :p

Kami sampai ke Hotel dah malam..pukul 9:30 pm macam tu, sebab jem bila dah nak sampai. Urrghhh..memang penat amat. Rupanya jem sebab ada pasar malam kat sana kan. Ramai yang park sesuka hati tepi jalan menghalang perjalanan. Padahal, lepas pasar tu jalan clear je. Takpe..takpe. Menguji kesabaran je tu.hihi.. Sampai 9:30..gedebuk gedebak check in, mandi, siap siap untuk late dinner steamboat kat hotel tu. Nasib baik sempat, pukul 10:00 pm dia tutup. So, lagi 15 minit, memang kami makan laju laju.hihi.. sayur salad kat situ, perghhh! segar sangat! rangup n sedap. makan fresh je..tak sampai hati nak celur dalam sup steamboat sebab sayur die rangup sangat..hihi. :)



Di pagi hari.. Mummy semangat bangun nak pergi ladang strawberi. :D Awal bangun..cuaca sangat sejuk dan nyamannnn...~ :)
Pergi breakfast dulu kat hotel..sedap jugak. Puas hati :) :)

Then, pergi cari ladang stoberi. Tapi, time kami pergi ni, bukan waktu menuai. Stoberi banyak baru kuar putik je.. Kempunan nak petik stoberi sendiri tau.. :( takpe..gambar je la dengan seketul dua stoberi yang masih kat pokok.hihi.. :)








Mummy n kakak Aleesya, macam kena sawan stoberi. Excited woooo... :D Fresh Strawberry, Coklat Strawberry, Ais krim strawberry, dadih strawberry, semua strawberry! Adik Aneesa nak cuci stoberi je sbb nampak mummy cuci macam best. pastu paksa2 suap mummy makan jugak stoberi.. :p
Jom tengok Keek nak layan Stoberiii.... :) *sila tutup sound hot.fm widget kanan atas tu utk suara yg clear kat video keek..(sbb record tak betoi sgt, mic hp tak clear, jadi suara video ni perlahan.. ;p)*




Then, kami tak pergi mana pun lagi.. Sebab daddy tak sihat. Demam sebab kesejukkan. (camne next time nak gi main snow kat oversea ni..sejuk cameron pun dah  tak tahan.hihi...)
Dah janji nak bawak Aleesya pergi tengok butterfly, bird, tea field, flowerssss..belum kesampaian. Entah bila dapat datang Cameron lagi.. in shaa Allah nanti kita pergi lagi yeee.. :p

Hasil dari fresh strawberry..nak resepi? [klik sini]

Thursday, 20 December 2012

Gold Coast..here we come!

Assalammualaikum w.b.t..

Gold Coast Ausie! oHH...bukan..bukan..yang Australia belum sampai lagi..in shaa Allah satu hari nanti kan sayangs sayangsku sekalian.. :)

Gold Coast Morib! Ok la tu.. Dan yang paling happy Aleesya la kan..suka dia dapat berjalan.. Dah lama bertangguh nak bawak Aleesya pergi sana sebab incident kecil ibu jari kaki Aleesya yang lepas. Bila dah sembuh pula, masing-masing sibuk. Takde kelapangan nak bercuti. Jadi, tiket hold dulu.. Nasib baik tak hold sampai expired..

Perjalanan kami bermula pada ahad jam 2 ptg dari melaka terus ke destinasi yang dituju. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Cuaca amat baik sekali tetapi hujan seketikanya sampai disana. Renyai2 jer.

hahaha..skema sikit ayat kat atas yg bold kaler merah tu. My dear hubby yang taip..tengah tengah syok baru nak update blog, tetap ade yang nak join taip taip jugak..ingatkan my kids je yang selalu nak kacau mummy tengah menaip..hikhik.. gurau je sayang.. my hubby nak buat kerje sikit guna pc, jadi saya beri laluan dia guna pc dulu la.. :p

Kita terus layan gambar je la... :)





  






Best tak?? bercuti memang best la kan.. Saya puas hati juga untuk percutian ni. Kalau korang nak pegi, try google google voucher promosi nak pergi sini. Berbaloi ambil time promo :)

Ehem..ehem.. nak selit sikit boleh? Cuba tengok dekat2 muka saya dalam gambar tu.. Nampak tak? kecik sangat? Ok, saya takpe..meh saya letak gambar yg zoom in sikit.. :p

Haa...ni muka bangun pagi tak mandi lagi terus terjun kat theme park.. mesti la tak mekap kan..hikhik. Tetap cun tak kulit saya? :p
Cuaca boleh tahan cerah dan panas.. Saya tak pakai sun block atau apa apa krim protection pun. Alhamdulillah..tak kena sunburn..tak gelap pun. Untuk pengetahuan, saya baru je start consume Collagen Shaklee. Baru 4 sachet tau..belum 1 kotak..belum 8 minggu. Tapi, memang dah nampak kesan yang marvelous! Sekarang memang tak make up dah. Lebih selesa tanpa make up. Paling jauh pun tepek compact powder, eye liner n lip balm je :)
Tak percaya ke kulit muka saya dah ok sikit berbanding dulu? Cuba terjah post entry lama2 saya yg ada gambar tak bermekap (ada ke..? sebab mmg segan nak letak gambar sendiri sebelum ni. Antaranya sebab malu dengan wajah yang tak semengah.. Ok2..boleh tengok post lama yang ni kot, ok sikit.. :p [klik sini])

Bulan Disember 2012 ni ada promosi Collagen. Jadi, memang sangat berbaloilah yang nak mencubanya.. :)
Berminat boleh KLIK SINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...