Setelah sekian lama tak update kan.. Serius rindu nak menaip..Tapi asal depan PC, blur tak tau nak update. Maybe blog pun bercuti sempena cuti mood kehamilan..(ada ke???haha..)
kita warming up kan blog ni dengan resepi je dulu la..hihi. Layan je la ye... ;)
(serius mmg tak tahu nak update apa dulu ni..banyak sangat cerita dah berlalu..hihihi)
Roti Sarang Lebah Arab dengan Sos Butterscotch ni saya dapat dari blogger ina intanberlian. Ina memang suka goda saya dengan post2 entry resepi.. Semua menyelerakan, jadi bila saya tak boleh tahan godaan, terpaksalah buat juga (bergantung kalau cukup bahan kat rumah + mood nak ke dapur ada + larat + masa) :) Kalau tak buat, takut kempunan.. Takde la air liur baby meleleh je kan..haha. Dari tak mengidam, tengok gambar makanan, terus jadi mengidam kan! gituuu..
RESEPI ROTI SARANG LEBAH DENGAN SOS BUTTERSCOTCH
Bahan & cara me-Roti:
2 cawan tepung gandum + 1/4 sudu teh garam + 1/2 sudu teh baking powder..............diayak 3 bahan ni.
1/2 sudu teh yeast mauripan + 1/2 cawan air suam + 1 sudu besar brown sugar....tunggu mixture ni berbuih sikit. Then masuk dalam campuran tepung yang diayak tadi.
1/4 cawan plain yogurt (room temp.)......masuk dalam adunan.
1/4 cawan minyak sun flower.............masuk sikit2 sambil uli semua tadi tu.
1/2 sudu teh yeast mauripan + 1/2 cawan air suam + 1 sudu besar brown sugar....tunggu mixture ni berbuih sikit. Then masuk dalam campuran tepung yang diayak tadi.
1/4 cawan plain yogurt (room temp.)......masuk dalam adunan.
1/4 cawan minyak sun flower.............masuk sikit2 sambil uli semua tadi tu.
Uli dan uli.....
Tinggalkan kejap sampai dia naik...
Dah naik...tumbuk2 doh bagi keluar anginnya...
Pastu bulat2kan (genggam doh sikit, ambil yg keluar celah jari ibu dan telunjuk) anggaran saiz, buah langsat.
Susun dalam tray. tabur la apa2 yg korang suka. saya tabur badam cincang.
Biarkan lagi...sampai dia naik kembang lebih kurang 2 kali ganda.
panaskan oven...doh dah naik..bakar dlm oven, suhu 200degree, 10-15 minit (ikut oven).
Bahan & cara SosButterscotch:
1 sudu besar butter...cairkan dalam periuk, api perlahan.
1/2 cawan brown sugar...mix dalam butter sampai cair dan berbuih.
1/2 cawan whipping cream....mix.
Siap! curah kat roti panas2... :)
Resepi asal boleh tengok blog ina [KLIK SINI]..yang ina punya lebih mudah difahami, siap ada gambar2.. :)
Kat bawah ni post saya kat FB masa first time try...tak sangka menjadi... gambar kat atas resepi tu kali kedua buat, sebab sangat sedap, kalau boleh nak buat hari2.
Memang tak rugi try buat.. Portion siap, mmg just nice je..sekali hadap sekeluarga pun boleh habis. Sesuai sgt bagi yg baru nk mencuba meroti. :)
Selamat mencuba..
Selamat mencuba..
1 comment:
Buat plain tanpa letak sebarang bahan tambahan kat atas kecuali sos je. Budak2 ni memilih. Fenomena roti ni skg kan?
Post a Comment