Sunday, 27 April 2014

Picnic..Family Day di Pantai Puteri

As salammualaikum wbt.. :)

Nak buat quick blog update untuk aktiviti keluarga hari ni. (sebab kalau tak cepat cepat update, mesti asyiklah tertangguh nak taip entry kan..simpan2 sampai cerita kepam..haha)

Ok..Hari ni ber-picnic bersama keluarga in-law. MIL FIL IPAR DUAI ANAK2.. seronok! Dekat je kami buat..Di Melaka juga. Santai-santai dengan penjimatan tanpa menjejaskan kualiti keseronokkan..hihihi ;)

Lokasi, Pantai Puteri Melaka..Jarak dari rumah kami dalam 15 minit je rasanya..hihi. Pagi-pagi cuaca nyaman je..
Makanan kami buat potluck..masing-masing keluarga bawa makanan. Lontong, nasi lemak, roti canai, sandwich, karipap, jambu batu, dadih, orange juice, teh O. Saya paling simple, tak larat kononnya.. Tapi memang pun, sekeluarga diserang selsema. Tapi saya minor je..Alhamdulillah dah ok.
Saya bawa dadih strawberi dengan cappucino. Gambar tak snap, sebab takda apa yang menarik pun. Ingat nak buat roti sarang lebah butterscotch tu, tapi tak done laaa..kelamkabut pagi2 pam belon nak siapkan utk barang2 sukaneka kanak2 ribena ni. ;D
Aktiviti...mandi pantai, sand castle, sukaneka kanak2(lari ikat kaki dengan partner, bola beracun, pecahkan belon, tarik tali).. dewasa, makan..makan..makan..main motor ATV, chit chat...hihi...

Banyak gambar saya tak snap pakai phone saya..jadi, ni je la gambar yang ada. Nanti jika ada ahli keluarga yang lain pass gambar2 dalam whatsapp, saya update gambar kat sini buat kenangan.. :)



Ok...nak sambung buat kerja sebab dah banyak bersukaria kan... :p
Jemput ke online shop saya HealthyBeauty.my :)
Wassalam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...