Showing posts with label Patapum SSC. Show all posts
Showing posts with label Patapum SSC. Show all posts

Thursday, 18 January 2018

Movie family-date: Jumanji

Bismillah.. As salammualaikum wbt.. :)

Lamanya tak update Blog mommy..
Macam biasa, sampai tak tahu nak update yang mana dulu. Hahaha..
Banyak juga nak kena tulis kat blog sebelum memori mommy dah luput.. :p

Last pergi tengok movie masa Cars 3.
Mommy kalau tengok movie, kena yang cerita kids boleh layan. Kalau tak, jangan harap dapat jejak lagi dalam panggung wayang. :'D lainlah daddy, sekejapan je dia calling-calling member ajak tengok movie bawa diri.  -_,-


Hari ni last minit daddy ajak tengok movie. Pada kitorang, best Jumanji ni. 8/10 stars mommy bagi. :)
Dah tak pakai dam dam lagi, yang ni pakai jumanji jenis play station. :D wataknya pun best.. Kelakar.. ;)

Kalau ada sesetengah part yang kids tak sesuai tengok (macam kissing ke..), my kids memang dah biasa tutup mata sendiri. Just selalu tanya "dah sudah belum..dah sudah belum.." :'D
Alham siap-siap dia yang tutupkan mata mommy pakai tangan dia. "mommy don't look!". Haha..
Ni antara first movie yang bukan cartoon rasanya bawa my kids. Owh..tak, sebelum ni pernah movie Cinderella. Tapi kira adaptasi cerita animasi juga tu kan.

Lepas layan movie, layan perut yang berkeroncong pula kat Boat Noodles.
Dah lama mommy nak makan Boat Noodles lagi. Tapi daddy tak minat, so tunda keingginan makan ni. Sebelum ni pernah makan Boat Noodles kat Damansara n D'pulze.
Thank you daddy sebab makan juga kat sini (terus makan sini sebab nampak sangat ke mommy jeling sambil telan air liur kat depan outlet Boat Noodles masa lalu tadi?hiks! :p)


Tapi mommy agak sedih bila dah sampai rumah, sebab baru terperasan yang baby carrier tertinggal! :'(


Sebab last daddy yang handle carrier ni. Daddy letak kat atas baby chair belakang tu. Pastu dah terlupa nak ambil. Aduhai... :(

Sentimental value carrier ni. First SCC mommy beli sejak Alham lahir. Memang berjasa banyak carrier ni. Sangat membantu mommy susah senang masa mommy sendirian uruskan anak-anak sejak daddy kerja jauh dulu.
Memang dah lusuh, tapi masih berguna. Mommy memang nak simpan je carrier ni buat kenangan walau next maybe takde baby kecil lagi.
Harap ada rezeki jumpa balik carrier ni.
Esok kalau ada masa, nak lari kejap singgah sana tengok kalau-kalau ada lagi. Sob..sob.. :'(

It's ok.. Ada hikmahnya. Sedia untuk berlapang dada menerima berita tentang ssc kesayangan esok. :')


Love,
Mommy_ima~

Saturday, 18 October 2014

Patapum Toddler V3 SSC ori ke?

As salammualaikum wbt..

Lately ni, ramai orang malaysia dah berjinak dengan babywearing. Alhamdulillah.. Baguslah, kebaikkan disebarkan. Sangat trendy dan style sambil babywearing. Takde istilah gendong macam i*d*n lagi ye. Mat salleh over the sea tu lagi ramai yang guna gendong baby. ;)

Tapi..masalahnya, ada pihak tak bertanggungjawab yang jual FAKE CARRIER! Tau tak ia membahayakan nyawa baby yang tak berdosa?? Banyak kes baby terjatuh la, buckle patah la.. Seriau.... Siapa nak bertanggungjawab tu? Banyak yang saya tengok live depan mata jual fake carrier, inikan pula online. Berlambak!

Jadi, to all mommies.. Please babywering safely. Beli yang original dari authorized seller. 

Macam mana nak tau fake? Antaranya:
Tengok ciri2 details.
Siapa seller.
Harga. Kalau ssc bawah 100 tu mmg confirm fake la kan. Tapi ada jugak yg jual fake guna harga ori. So, berhati hati ye mommies.

So far, carrier brand ergo paling banyak saya nampak yang fake dijual. Ergo kan famous, yang ori pun pricey. Takut sangat ramai yang tergoda dgn fake, beli dengan ilmu ye syg2..

Sebelum ni saya guna bay ring sling je. Sebab baby Muhammad pun dah 4 bulan, badan pun semakin semangat..Saya dah selamat membeli ssc patapum. Price, hanya rm125 sahaja! :) paling murah setakat ni. Ori ke???? Alhamdulillah ori. Actually harganya ialah rm299. Tapi ada clearance sale. Beli kat authorized seller, tinytapir.com. Ada warranty ke?? Refer email reply dari pihak tiny tapir:


Ok kan? So far so good. Patapum ssc never failed me yet! Alhamdulillah.. Lepas ni, banyak la gambar entry dengan patapum in action! :) 

Happy safely babywearing mommies! ❤️

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...