Thursday, 17 May 2012

10 TIPS MERANGSANG OTAK BAYI/ KANAK-KANAK

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama.

1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia
merenung anda, dia sedang membina memorinya. (Kadang2 bila minta Aleesya tenung sy, nampak mcm she's staring on the air..not really focus on me. Juling air kah??ish..hopefully not! hihi :p)

2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi. (Perlu cakap sebiji-sebiji kot..kalau laju sgt, mmg my kids ni akan tercengang..or "huh? what mummy said?")

3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya. (Sedang berusaha..hope jgn la kering awal sgt..)

4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.(my baby Aneesa mmg suka menjelir lidah sehingga sekarang. Tak ajar pun..tp penat jugak tgk die asik main lidah je)

5. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.(kita geletek dia, die geletek kita balik...camne?hehehe.. anak kita pulak nk tgk perkembangan kita kot..haha :D)

6. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik. (Hari2 mmg karaoke Nursery song dgn die..~☺)

7. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin. (yg ni mmg sy x dan..sbb time pakai diapers, selalu nak cepat je.my baby x suka baring, kejap je nak bgn)

8. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.(sentuh ngn ais or air sejuk.. "sejukkkk" )

9. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.(Oooo...hihi)

10. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.(Ok, baiklah!)

rujukan: abinajwan.com @ Breastfeeding Zone

p/s: sekarang kena luangkan lebih masa dgn kids... mcm sibuk je kebelakangan ni..kesian my kids..huhu..~
"sabar ye syg2ku..nnt mummy balik kite spend time together k.." bila la dpt gi bercuti ni...~??
Ni pixca bercuti bersama Aleesya masa beby2 @ Pulau Redang.. belum pernah bawa baby Aneesa bercuti lagi. Next percutian dgn baby Aneesa pulak! :)

3 comments:

IntaNBerliaN said...

dulu sy selalu cr mklumat pasal ni.. :-)

Ryn said...

boleh belajar ni...hehehe

Mommy_ima said...

@IntaNBerliaN: dah jd ibu ni, search info2 utk anak2 je kan..
@Riny: hihi..mmg kena belajar..sy pun masih sedang belajar jd ibu yg lebih baik.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...